Wednesday, October 26, 2011

SPRM



salepas belanjawan 2012 dibentangkan, kemudian 2 minggu baru lapuran audit diterima dan berbagai situasi dan keadaan yg menakutkan berlaku. penyelewengan berleluasa dalam mentadbir negara, dari sekecil makanan untuk budak TADIKA KEMAS hingga pada pembelian peralatan untuk menjaga keselamatan negara.

semua ini telah didedahkan oleh lembaga audit negara, pembelian pada harga yg berlipat ganda dari harga asal. projek yg mana wang sudah habis, hasil nya tiada, beli ternakan lembu, hasil nya taik lembu. beli kuda, dapat kuda tua. baik pulih kem tentera sama saperti tikus baiki labu.

yang menjadi persoalan pada penulis, kenapa semua kepincangan dan salah laku dalam urus tadbir negara tiada tindakan diambil. adakah ini semua dikira hangus begitu saja. apa peranan SPRM, adakah tunggu lapuran polis dibuat dulu baru siasat.

perkara yg sama berulang setiap tahun, kerugian atas angin untuk kroni. mungkin kerana UMNO yg memerintah, maka SPRM juga jadi macam siput babi merayap atas muka bumi ini.

marilah kita umat ISLAM berdoakan agar mereka mereka yg terlibat menghilangkan harta negara ditimba musibah. penulis rasa sudah tiba masanya kita doakan bala pada mereka sabelum ALLAH menimpakan bala pada kita atas maksiat yg dilakukan oleh orang lain.


1 comment:

paspenang said...

maaf pasulukinta,..apa kaitan ulasan dgn gambar?

Post a Comment