sejak 1999, kerjasama PAS dengan parti lain saperti PKR dan DAP telah terjalin. walau pun berlaku perpecahan seketika. dari segi pengalaman bertanding dalam p/raya, penulis dapati sejak gabongan APU, antara Semangat 46 dan PAS, segala persiapan p/raya hanya dilaksanakan oleh ahli dan penyokong PAS saja.
sejak 1999, kerjasama antara PAS dan PKR juga dilihat secara jelas, hanya pekerja PAS sahaja yang bertungkus lumus dalam 'jentera p/raya.
tetapi sejak asal lagi, DAP sentiasa bergerak sendirian, mereka mempunyai jentera p/raya serta berkemampuan menghadapi p/raya. DAP bergerak sapenuh nya tanpa dibantu oleh parti yang lain. ini menunjukkan bahawa mereka berhak bertanding dan seterus nya menang.
kita lihat dalam p/raya 2008, PKR bertanding saperti 'big brother' pada PAS. jentera p/raya PAS dilihat digembeling sapenuh nya oleh PKR untuk kawasan yg mereka bertanding. jentera p/raya PAS sentiasa wala' pd pimpinan untuk bekerja walaupun pd parti kawan. pada pandangan penulis ianya tidak sesuai lagi untuk menghadapi p/raya ke 13 kelak.
saperti mengadakan' kenduri kendara ', tuan majlis menyediakan perbelanjaan dari segi, makan minum, sewa kemah, dan segala segi sahingga akhir majlis. begitu juga untuk menghadapi p/raya, apabila PKR bertanding dalam suatu parlimen/dun, mereka mesti siap sedia dengan kewangan dan tenaga pekerja nya, ahli PAS hanya membantu bukan pekerja utama dalam kontek ini.
mana mungkin tuan rumah dudok dan menyambut tetamu saja, yang menghidang dan melayan tetamu diurus oleh orang lain. kalau ada yg memberi sumbangan tuan rumah dapat. inilah yg dikatakan tiada keadilan dalam urusan p/raya.
penulis ingin bertanya pada KEADILAN, sampai bila mahu bergantung pada tenaga kerja PAS, nafsu besar nak bertanding kalau boleh disemua dun/parlimen. tetapi tidak pernah menilai kemampuan diri sendiri.
pada ahli PAS/jentera p/raya, adakah kita sanggup diperlakukan saperti buruh oleh sahabat kita 'KEADILAN'
No comments:
Post a Comment