Friday, November 30, 2012

telinga dipotong





telinga dipotong sebab mulut celupar. adnan yaakob MB pahang akan potong telinga jika Bentong DAP menang. mari kita berdoa beramai ramai agar telinga adnan yg sombong dan bongkak itu di POTONG.

Amiiiiiiin !!!!!!!!!





in the making - come back


shahrizat jalil sepipit denga shah rukh khan


saya akan kembali, tunggu salepas PRU 13.





Thursday, November 29, 2012

ANAK KU SAYANG




Anak ku Sayang


engkau lah segala gala nya, aku berdoa agar Allah selamatkan UMNO dari hancur dan lenyap.  ada kah doa aku ni sesuai dengan status ANAK ku sayang









Puteri Ku


mana satu pilihan ku



puteri ku, Puteri UMNO, yang mana satu pilihan ku, yg jadi ketua merangkap timbalan menteri jaga kesihatan, ber obesiti. baru nak masuk UMNO, comel dan cantik, itulah dia standard puteri UMNO.





Tuesday, November 27, 2012

PKR lawan UMNO, mesti ?



bakal calon


di DUN Hulu Kinta, dalam PRU 12, PKR bertanding dan meletakkan calon India, tewas, tapi pada PRU 13 akan datang, mereka masih juga ingin bertanding di DUN Hulu Kinta

tiada gerakkerja dan jentera pilihanraya yg dijalankan sahingga hari, tiada calon yg nak dibawa ketengah, alasan takut calon disabotag, takut calon di culik, jika itu alasan nya memang benarlah PKR calon nya 'tidak boleh dipercayai'

jika PAS LETAK CALON NYA, INSYAALLAH KAMI YAKIN KEMENANGAN ITU 'ADA', ini berpandukan pada keahlian, jentera pilihanraya, gerak kerja yg dah dijalankan serta sokongan pengundi,  PKR mengharapkan PAS membantu secara keseluruhan nya untuk mereka bertanding, ini sama saperti
" PKR buat kenduri, yg bekerja PAS, yg keluar wang belanja PAS, pasang dan turun khemah PAS, tapi duit sumbangan PKR sapu, dan yg seronok dan berbulan madu PKR, 

ini kah dinamakan 'KERJASAMA'

UMNO akan menang dengan mudah








Monday, November 26, 2012

mereka ini lah pejuang sabenar



muslimah



gabongan artis yang telah 'berhijrah' dalam program selamatkan Gaza telah berjaya mengumpul sekitar RM10,000 dan tidak perlu modal untuk menganjurkan konset besar besaran,  dua jam bersama masyarakat saja jumlah sabesar itu berjaya dikumpulkan, apa kah artis di bawah naungan Amy search boleh lakukan






Sunday, November 25, 2012

Ketiak siapa bau busuk!!!!!!!!!!!




seri dengan Mat Bangla, dia kata bau ketiak bangla busuk, sekarang dengan singapura, ketiak siapa yg bau busuk, tukar je raja ni




Polis menaik taraf Dataran


tugas tambahan POLIS



Polis Malaysia sudah mula digerakkan untuk menaiktaraf dataran merdeka, kerja pada hari ahad dan dibayar 'overtime' mungkin oleh DBKL

anti lynas bergerak perlahan lahan ke dataran





anak bangsa malaysia


perbezaan antara yang hak dan bathil



bangsa melayu/islam masih lagi berseronokan dengan hiburan, melahirkan artis artis untuk menghiburkan, ini lah dinamakan anak Malaysia





hanya keadaan saja yang dapat melahir para mujahideen, anak kecil ini membesar untuk mempertahankan tanah air nya, semangat jihad sudah ada dalam diri nya, dia berjuang untuk mendapatkan keredhoaan dari ALLAH swt











Saturday, November 24, 2012

kalau dah tak berdaya, ceraikan saja





bola sepak negara sudah berada pada tahap pekerja 'buruh' saja, tiada peningkatan tetapi terdapat unsur penurunan pulak,  jurulatih yang dibanggakan kerana menang piala AFF dulu masih berada di tapuk lama, tiada gaya untuk maju kehadapan

di liga perdana inggeris, dua jurulatih hebat dari chelsea dan QPR dipecat kerana prestasi pasukan merosot, tiada hal dalam menentukan hala tuju pasukan mereka,  dimalaysia sudak kalah berkali kali, seri dengan 'mat bangla' pulak masih nak simpan 'raja bola',

alasan 'jurulutih' malaysia ialah "kita masih dalam mencari gandingan yang sesuai", KALAU DAH TAK 'MOLEK' CERAIKAN SAJA RAJAGOPAL TU, cari yang baru sabelum kita dibodohkan oleh pasukan luar,

















Friday, November 23, 2012

bagaimana masa depan nya







gossip beredar di alam maya status erra fazira yang cantik dan comel, telah dua kali dia menempoh alam bersuami, doakan supaya segala nya berakhir dengan baik


bagaimana pula dengan tiga setuges ini, dudok depan dah mula menunjukkan tanda tanda nyanyuk nya, berbaju biru sudah dihapuskan segala usahanya terutama islam hadhari OLEH SI OREN, dan akhir sekali diri nya sendiri, jadi perdana menteri pun atas ehsan pak lah,  kemungkinan besar dia pun 'hanyut' sudah jelas, mai pakat doakan supaya mereka bertiga 'lingkup' Ameeen














Wednesday, November 21, 2012

ini lah akibat tidak pandai memilih






pada 13 nov yang lalu, saorang bekas tentera dihukum penjara 3 bulan akibat mencuri sapeket susu untuk dijual kemudian membeli makanan untuk anak perempuan nya,  sekecil itu jumlah yg dicuri tetapi hukuman nya 3 bulan penjara, bayangkan dia mencuri kerana terpaksa dalam keadaan yg terdesak, adakah mencuri itu hobi nya,

disini kita lihat indah nya 'hudud', jika ia mencuri kerana 'dharurat', bukan sengaja suka mencuri, maka hukum nya dinasihat, diberikan pekerjaan jika tiada pekerjaan, dan dibantu jika dia menghadapi masaalah kewangan, ini kerana jumlah yg dicuri hanya sekitar RM21 sahaja,  kata pepatah melayu kalau nak mencuri biar lah puas makan hingga anak cucu saperti yang berlaku pada "Perasuah dan Pencuri "harta dan wang rakyat,  kalau didapati bersalah penjara 3 tahun jeeeee

oleh itu pandai pandai lah kita memilih kerajaan yang adil, pemimpin yang berhemah dan bertimbang rasa serta bertanggung jawab pada rakyat
















Tuesday, November 20, 2012

doa oleh datuk dr fatma zahra untuk '''


apa kah doa untuk bukan islam dibolehkan


budaya UMNO, semua BOLEH, doa untuk menolak kezaliman haram hukum nya terutama berdoa untuk menolak dan menghancurkan UMNO, tapi doa untuk MIC boleh saperti yang berlaku semasa pilihanraya kecil di selangor,  doa tersebut di ikuti dengan bacaan Yassin untuk kemenangan calon BN dari MIC (kafir)

UMNO lebih utamakan kafir dan sesama saudara islam nya






Monday, November 19, 2012

bergegar seluruh tubuh



PAS didakwa mendoakan agar UMNO/BN musnah - hancusssss


bergegar iman apabila melihatkan wanita dalam keadaan ghairah di depan mata


tetapi pada puak UMNO, mereka rasa takut apabila mendapat tahu seluruh ahli dan penyokong PAS mendoakan agar mereka musnah dan tewas dalam PRU 13,  apa kah mereka yakin dengan berdoa saja mereka akan musnah ?  mereka hina Islam dari seluruh pelusuk sahingga kawan mereka yg kafir turut sama menghina Islam, mereka diam tanda redho,

apa dengar doa untuk melaknat mereka, mereka takut dan kecam, memang adat kita menentang musuh, mana mungkin kita setuju dengan musuh, kita mesti lawan musuh dalam apa cara sekali pun termasuk 'berdoa' agar musuh (UMNO) tewas dan musnah,

ini adalah perjuangan untuk survival keamanan dan kesejahteraan negara dibawah perintah ISLAM














Sunday, November 18, 2012

Pilihanan Rakyat


Bakal Perdana Menteri Malaysia



penulis berkeyakinan bahawa TGHH adalah calon perdana menteri yang paling sesuai, kerana majoriti rakyat pilih beliau, jangan ambil kira pendapat dan pandangan pimpinan Pakatan Rakyat saja, penulis ahli PAS, mesti pilih TGHH, begitu juga semua ahli dan penyokong PAS

TAKBIR - ALLAHUAKBAR







Friday, November 16, 2012

Najib Bertaubat





Harusani telah meminta Najib untuk bertaubat,  dan semua pengikut nya iaitu seluruh ahli UMNO bertaubat kerana menolak hukum hudud, tolak hudud, tolak ALLAH, tolak ALLAH, tolak islam, tolak islam, KAFIR, maka perlu bertaubat

Harussani ada berani ke beritahu pada najib, kerana apa, kerana harussani juga perlu bertaubat kerana dia juga ahli UMNO







Wednesday, November 14, 2012

Rosmah diberi peringatan oleh sahabat nya

 

Rosmah tidak akan berubah kerana itu adalah gaya nya tersendiri walau pun ada tudong berwarna merah, jambul nya tetap terkeluar


di persidangan WISE di doha, isteri perdana menteri turki memberi nasihat pada rosmah agar berpakaian yang lebih sopan dengan menutup aurat nya (rambut), beliau menunjukkan ibu jari tanda bagus jika jambul nya di'sembunyikan',, mungkain itu yang dituturkan oleh isteri seorang pemimpin Islam







Tuesday, November 13, 2012

mulut busuk


sebab santan, pulut binasa
sebab mulut, badan binasa pulak



angelina jolie mempunyai sepasang bibir yang seksi san cukup menarik untuk semua lelaki



jamil khir juga mempunyai mulut yang cantik, dengan senyuman manis nya, tapi ia berbau BUSUK,

salahkan nurul izzah pasal murtad, tu yang dah murtad sampai 168 orang siapa punya kerja, kenapa tak ditarbiyahkan, dinasihatkan,  ini marahkan nurul, kerja kamu kamu simpan dan sembunyikan,
jaga mulut kamu tu jamil khir, orang tau kamu tak buat kerja, sejak jadi menteri, kerja kamu kumpul harta je,       lebih baik bagi kat hassan ali jaga akidah, mungkin ada kesan nya



Monday, November 12, 2012

Adakah perkara ini akan berulang lagi


perkara yang mungkar akan berlaku kerana nak 'jaga' hati orang lain


adakah nabila akan berubah salepas dikritik oleh bapa nya - amy sendiri.


esok seluruh penganut agama Haindu akan merayakan perayaan deepavali, adakah najib akan dianugerahkan darjat tertinggi 'Hindu' dalam majlis keagamaan mereka, adakah perkara begini di 'halalkan' oleh UMNO, minta datuk Jamil Khir bercakap sedikit 


anwar juga tidak terkecuali dari melakukan perkara yang sama, penulis minta tak perlulah kita merayakan perayaan keagamaan mereka, hantar saja lah wakil dari kaum mereka yang ada dalam PKR untuk merasmikan hari deepavali tersebut,

saperti 'firman' ALLAH swt, dalam surah Al Kafirun, jelas menyatakan bahawa agama kita, kita rayakan, dan agama mereka biarlah mereka raikan, jangan lah kerana UNDI kita gadaikan AKIDAH kita, betul juga cakap HASSAN ALI tu, kita lupakan akidah kerana UNDI,

'ADA KAH INI AKAN BERULANG LAGI PADA ESOK'








Sunday, November 11, 2012

senda gurau pagi Ahad


ada diantara manusia yang tidak dapat membezakan majlis orang dengan majlis sendiri punya


saperti ac mizal, dilahirkan seorang lelaki, tetapi ingin berperanan sebagai perempuan, tidak kah ini melanggar hukum alam



dalam majlis perkahwinan Datuk lee, rosmah sebuk dudok di tengah pasangan pengantin kenapa, adakah dia yang diraikan, atau dia perlu juga publisiti murahan, tumpang majlis orang,  atau memang budaya masyarakat cina yang membenarkan orang lain dudok diantara mereka,


kita minta tidak lah akan berlaku pada pasangan ini selepas Rosmah dudok ditengan mereka berdua,  biarlah mereka bahagia,

untuk renungan,





Saturday, November 10, 2012

bini bini ku


bini bini yang bermasaalah



rozita cantik, lawa tapi tidak mendapat tempat dihati jejaka kerana masih tidak mahu 'berubah' walau pun usia sudah meningkat



maya karin juga perempuan yang cantik dan seksi, ada rupa dan harta, tetapi sudah tiada jejaka malang nasib dia kerana sudah kahwin tapi masih tidak mahu berubah


rosmah isteri perdana menteri malaysia, boleh dikatogerikan sebagai 'isteri ku gangster, lagak lebih dari menteri kabinet dapur, ada harta tiada rupa, tapi cuba menonjolkan diri nya yang hebat, pergi mekah dan balik mekah macam pergi hatyai je  tiada perubahan




tuanku permaisuri agong, balik dari mengerjakan ibadah Haji, dari tak bertudoang sudah bertudong, itu nama nya haji mabrur, insyaallah, mari lah kita seluruh rakyat jelata berdoa agar tuanku permaisuri kekal dan di beri 'Petunjuk" untuk menjadi isteri yang 'solehah'



adakah mereka ini hanya melakukan 'gimik' untuk survival dalam politik 














Friday, November 9, 2012

Ibu ketam menyuruh anak nya berjalan betul


Muhyideen Yassin meminta TGNA menasihati Anwar dan Karpal singh dan Nurul Izzah tenteng Islam secara am nya



sharifah aini juga begitu, hantar anak mengaji di arab saudi, tetapi dia sendiri masih tidak berubah  adakah dengan cara begini ALLAH akan ampunkan dosa kita



Amy search juga begitu saperti KETAM apabila anak nya sendiri mendedahkan diri nya untuk tontonan ramai, amy sendiri sudah ;tua' masih berlagak saperti orang muda

dalam memberi peringatan pada kawan tentang ISLAM, muhyideen patut nasihati Chua Soi Lek yang terang terang menghina ISLAM dan malah perkara ini berlaku depan hidung najib presiden UMNO  Muhyideen juga dengan tegas mesti nasihat NAJIB yang bisu macam orang 'bodoh' dalam islam sahingga dihina tetapi diam diri dan tepuk tangan pulak  bab akidah, muhyideen patut berhubong dengan Hassan Ali untuk bercakap atau bertindak

pada muhyideen, penulis nasihatkan kalau bab islam, jaga orang dalam rumah dan parti sendiri dulu, jangan nampak kelemahan orang lain








Thursday, November 8, 2012

dia suruh orang lain buat, tapi diri sendiri sembunyi - tikus






ada orang berani beri cadangan, tapi tak mahu bikin kerja, cakap lebih  pelacur dia bikin kerja, dia juga cakap lebih



anwar ibrahim cadangkan najib bertanding di marang, tempat TGHH,  cadangan yg baik  TGHH awal lagi mencadangkan diri nya untuk bertanding di Pekan tempat najib bermandi manda  salepas itu ada cadangan TGHH bertanding pulak di sarawak  

apa dia orang ingat TGHH itu 'bola' ke  TGHH amat berani apabila menawarkan diri bertanding di tempat 'musuh'  tapi anwar ibrahim cakap je cabar najib pulak bertanding di marang  dia sendiri diam dan kalau boleh tempatnya tiada pertandingan  

Anwar ibrahim ini sah pengecut juga orang nya, baling batu sembunyi tangan  jangan cadangkan orang lain, sendiri mau cadangkan diri sendiri  cabar najib bertanding di permatang pauh atau you bertanding di pekan, apamacam ada berani ka

sendiri mau ingat ma














Wednesday, November 7, 2012

benar kah mereka ini kafir harbi






Datuk Mashitah Ibrahim kata mereka yang menerima kepimpinan Perdana menteri adalah 'Kafir Zimmi', dalam erti kata lain perlu dilindungi oleh pemerintah


sebab itu chua soi lek, raja porno malaysia dilindungi oleh UMNO walaupun dia 'HINA' islam depan Najib  dia adalah contoh kafir zimmi


karpal pernah kata 'langkah mayat saya jika nak melaksanakan hukum hudud'  ini bermakna karpal adalah kafir harbi, dalam erti kata halal dibunuh jika tidak 'bayar' upti perlindungan  minta pandangan dari Datuk Mashitah Ibrahim tentang status karpal


Lin Guan Eng pula dudok dalam satu kapal dengan karpal , tapi dia selalu membantu umat islam di pulau pinang, adakah dia juga termasuk dalam 'kafir harbi'  ikutkan tingkah laku nya, dia lebih banyak membantu umat islam dari Islam Najib  

apakah status nya  Datuk Mashitah mesti jelaskan pada rakyat malaysia siapa kafir zimmi dan siapa kafir harbi  senang kita umat islam untuk bertindak atau berurusan dengan mereka








Tuesday, November 6, 2012

sama tapi tak serupa




dia ni hanya selingan je, yang nak diceritakan adalah gambar gambar dibawah ni


rambut yang gerbang malam


tapi dia ni lagi hebat dari diatas, rambut nya lagi besar, gelang nya hingga ke siku, cincin penuh jari dan pakaian nya elegan hampir serupa tapi tak sama kan







Monday, November 5, 2012

Robin Hood


RENUNGAN  PAGI



Robin Hood adalah legenda di zaman inggeris yang merompak orang kaya dan bangsawan kemudian menolong/membantu rakyat yang miskin  Robin menjadi musuh pada semua bangsawan  dan menjadi Idola bagi generasi pertengahan dan miskin

begitu juga kita lihat pada ketika ini, Robin Hood moden ala Malaysia yang merompak wang rakyat miskin dan membantu orang kaya, inilah yang diamalkan oleh UMNO dan ketua nya Najib  dia tak gunakan anak panah untuk mendapatkan wang, tetapi Najib gunakan AES untuk kutip wang rakyat untuk diserahkan pada KRONI nya

lebihan hasil 'rompakan' tersebut akan dikembalikan pada rakyar melalui program BR1M ke 2 pada awal tahun 2013 kelak  tahniah kita mempunyai pemimpin yang sama handal dan mungkin lebih dari Robin Hood


Sunday, November 4, 2012

dah nak menopause, baru nak bercerai






Pilihanraya ke 13 sudah hampir sangat lah kata kita  Bila bila masa saja najib akan isytiharkan pilihanraya  Nama calon untuk bertanding bagi semua parti politik masih lagi menjadi rahsia  Kenapa mesti dirahsiakan, Adakah kerana takut bakal calon akan disabotaj, atau di culik atau akan disogok

Berita terkini terdapat beberapa wakil rakyat dari Sabah pula nak tinggalkan BN untuk bersama Pakatan  Terpanggil pulak pada penulis kenapa dah nak pilihanraya baru nak keluar dari BN  Adakah ini kerana mereka jangkakan bahawa BN akan tumbang dan sebagai persediaan untuk terus KEKAL sebagai wakil rakyat  Apabila mereka umumkan utk keluar, maka mereka secara otomatik akan dipilih sebagai 'calon' pada kerusi mereka yang disandang pada ketika ini

apakah tindakan mereka ini boleh disama kan dengan jenis KATAK yg lompat bila nak masuk musim HUJAN












Saturday, November 3, 2012

memang tak tidor bersama ..






apa yang dinyatakan oleh Kak Jat bahawa apa yang berlaku dalam NFC diluar pengetahuan beliau ada lah benar.  kerana kak jat kata dia tak tahu sebab penjelasan dari nazri aziz bahawa kak jat sudah lama tidak tidor bersama suami nya.  sebab tu mereka tidak pernah berbincang dalam 'kamar'.. ini lah bukti nya mereka sudah tidak 'bersama'.

begitu juga dengan kes 'anak nazri aziz.  beliau tidak tahu menahu akan kehebatan anak nya kerana mereka tidak pernah tidor sebilik bersama, kata nazri dia bukan nya 'gay'.  betul le tu. kalau nazri tahu apa yang dilakukan oleh anak nya, komfom nazri ada lah golongan 'gay'.  tapi perangai mereka tak tumpah sama saperti pepatah melayu kata - 'kemana tumpah nya kuah kalau tak diatas nasi',  begitu juga kata orang padang rengas, bapak borek, anak rintik, dan kata orang perak bapak kencing berdiri anak kencing berlari.  bermakna anak lebih hebat dari bapak weh












Friday, November 2, 2012

tiba tiba terjumpa ....







untuk menghadapi PRU ke 13, najib cuba seberapa daya upaya untuk menang.  ini kerana PRU ke 13 adalah PRU yang pertama beliau hadapi sabagai perdana menteri. beliau menjadi perdana menteri adalah atas ehsan Pak Lah yang meletakjawatan.

itu lah sebab nya kenapa najib berbelanja sakan untuak rankyat, semua jenis bantuan diberikan termasuk penerima utama nya ia itu Rosmah Mansur. sepanjang hayat jadi PM, najib tidak menjana ekonomi, tetapi membelanja wang negara yang ada.

pada penghujung hayat nya, duit sudah kurang, tiba tiba negara dikejutkan dengan PENEMUAN hasil bumi yang di gelarkan 'emas hitan' dan ' juga 'emas asli'.  'emas hitam' dijumpai dipantai kelantan/pahang.  'emas asli' dijumpai di Perak.  pelik juga yang dijumpai dinegeri Pakatan atau bekas Pakatan.  adakah ini benar, jika benar - Alhamdulillah, jika tidak, tentu ini penemuan Pilihanraya.






Thursday, November 1, 2012

UMNO mesti ditolak





Umno mesti ditolak dalam pilihanraya ke 13 demi survival negara.  beberapa sebab UMNO mesti ditalkinkan adalah yang utama nya ROSMAH MANSUR.  isteri perdana menteri yang lebih berkuasa dari perdana menteri. dia adalah spesis menghabiskan wang negara, dia nak mati dengan harta benda nya.

ketika ini seluruh kumpulan pembangkang menolak program AES. kemudian pemuda UMNO pula keluar kenyataan juga menentang  AES, kemudian baru lah profesor kangkung  Datuk Dr Mohamad Mustafa Ishak bercakap bahawa AES tidak sesuai dan perlu dikaji semula.  ditambah pulak majoriti MP BN tidak sokong program AES.  ini semua kerana apa ? kerana pilihanraya ke 13 sudah hampir.

jika program AES ini diteruskan juga, kemungkinan besar UMNO/BN tumbang saperti tumbangnya tiang AES


kerana takut UMNO tumbang, maka AES ditangguhkan saja.  jika UMNO/BN menang, mereka akan beroperasi kembali.

oleh itu untuk dimansuhkan AES terus, rakyat malaysia MESTI TUMBANGKAN UMNO /BN