malaysia semua boleh, mahathir perkenalkan slogan 'malaysia boleh'. demokrasi malaysia adalah demokrasi ganjil dimiliki sapenuh nya oleh parti yg memerintah. contah nya,
1. peruntukan ahli parlimen/dun untuk kawasan yg diwakili oleh lawan ditahan/sekat dan peruntukan tersebut diserahkan pada ketua perhubongan UMNO.
2. mesyuarat menteri besar/ketua menteri, negeri yg diperintah lawan tak dipanggil untuk bersama. apa kah perdana menteri yg ada ini bukan perdana menteri kerajaan negeri kelantan/selangor/kedah dan p.pinang.
dalam pemerintahan parti (UMNO) juga dilihat ada presiden UMNO dalam presiden. presiden UMNO adalah najib tun razak, tetapi mahathir tetap bercakap macam dia masih presiden UMNO. malah lebih hina dan keji lagi apabila mahathir bercakap berkaitan polisi negara macam dia masih Perdana Menteri malaysia.
jika di Great Britain dan US, apabila perdana menteri dan presiden nya turun, mereka terus mendiamkan diri dan menjauhkan diri mereka dari bercakap hal hal negara. kerana apa, kerana mereka sudah ada perdana menteri dan presiden baru. mereka mantan sudah tidak dipilih lagi oleh rakyat maka mereka seharus nya tidak bercakap bagi pihak kerajaan.
ini berlainan sekali dengan 'malaysia boleh', mahathir dah bersara, masih lagi nak bercakap saperti orang 'gila talak' saja rupa nya. adakah beliau merasai bahawa dia lah saja yg 'bijak' menguruskan negara. dudok lah diam, jangan sibuk uruskan kerja orang lain, banyakkan lah beriktikaf, berikan lah peluang orang lain untuk menguruskan cara mereka pula.
malaysia memang boleh.
kerajaan dalam kerajaan
PM dalam PM
No comments:
Post a Comment