Thursday, October 20, 2011

PAS dilihat penting musuh dan lawan

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada ketika ini dilihat amat penting dan menjadi satu parti yang boleh dijadikan isu oleh kawan dan lawan. walaupun dalam gabungan Pakatan Rakyat terdapat juga DAP dan PKR, PAS lebih menonjol dari segi kepimpinan dan gerak kerjanya serta komitmen ahli yg tinggi.

apabila penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 mendapat kepastian akan kehadiran PAS dan ahli nya, mereka rasa perhimpunan tersebut akan berjaya. walaupun pun ianya ditentang oleh NGO UMNO dan polis, perhimpunan tersebut dilihat berjaya. pemimpin PAS dari presiden hingga ke bawah turun dan bergerak bersama ahli dan peserta BERSIH. segala tomahan dan sanjungan diberikan pada keberanian ahli dan pimpinan PAS.

terbaru apa bila PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam perhimpunan sejuta umat (HIMPUN), UMNO terlebih dahulu memberi komen bahawa PAS tidak serius dalam memperjuangkan Islam. Utusan melayu/malaysia memainkan peranan dengan menuduh PAS tali barut DAP kerana perlukan undi cina dalam PRU 13. berbagai cemuhan dilemparkan apabila dilihat perhimpunan tersebut sudah PUDAR sabelum masa nya.

disini lah penulis lihat kehebatan PAS dalam menghadapi lawan dan kawan. PAS mesti tegas dan berpegang pada prinsip asal perjuangan. bertolak ansur tidak bermakna PAS sudah mengubah dasar perjuangan nya. sikap berhati hati dalam memberi komen mesti lah diberatkan. pimpinan PAS mesti bergerak selaras dengan isu semasa dengan kajian yg mantap. PKR turut mengisytiharkan untuk tidak hadir dalam HIMPUN.

perhimpunan sejuta umat telah memberikan kita - PAS gambaran awal siapa kawan dan lawan. NGO islam satu ketika dulu bersama PAS, kini sudah menuduh PAS tidak konsisten dalam mempertahankan Islam. apa kah mempertahankan akidah sudah dianggap perjuangan yg tertinggi.

apabila PAS berjuang untuk melaksanakan hukum HUDUD, siapa kah NGO yg bersama dengan kita ? penulis lihat kita sudah kenal pasti mereka dan kita mesti berhati hati di muka hadapan dalam memilih kawan, lawan sudah ada dan pasti.


No comments:

Post a Comment