Tuesday, July 31, 2012

benar kah PAS ganti UMNO ?

surat yang dikatakan dari PAS Pusat





PAS ketika ini sedang berusaha untuk menggantikan tempat UMNO untuk memerintah. maka slogan PAS ganti UMNO dilaungkan di segenap pelusuk negara. ada beberapa perkara yang dilihat slogan tersebut tidak tepat malah membawa erti yang amat menakutkan.

jika PAS berazam untuk menggantikan tempat UMNO dari segi kerusi serta terus memerintah, insyaallah, slogan nya memang tepat dan releven. apa kata jika berlaku PAS ganti UMNO dalam tindakan, gerakkerja, cara pemilihan dan budaya yang paling buruk iaitu cantas mencantas juga berlaku saperti UMNO.

penulis lihat budaya cantas mencantas sudah berlaku dan yang amat ditakuti dalam slogan PAS ganti UMNO. ganti macam mana, ganti nama dari UMNO ke PAS tetapi budaya UMNO pulak PAS ikut. berita terkini yang masih dalam teka teki adalah kedudokan Timbalan Presiden Pas saudara Mat Sabu, Kedah tolak, habis apa guna nya mat sabu jadi timbalan presiden kalau tak diberikan kerusi untuk dia bertanding.

dan begitu juga di kawasan Larut Perak, apabila YDP kawasan diketepikan hanya kerana bekas pegawai polis sertai PAS dan terus dicadangkan untuk bertanding di Larut. Fauzi saari yang baru beberapa hari sertai PAS sudah di junjung merata negeri untuk dipromasikan sebagai bakal calun. apakah ini bukan budaya mencantas pada orang yang sudah bekerja begitu lama untuk menghadapi pilihanraya.

satu lagi contoh cantas mencantas berlaku iaitu di PAS kawasan Tambun. sabelum pemilihan YDP dan AJK kawsan dilakukan, YDP dan AJK lama sudah berkempen serta membuat fitnah pada calon yang akan bertanding. sehingga kan mereka sanggup mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa PAS pusat meredhai supaya tiada pertandingan diadakan di semua jawatan tertinggi peringkat kawasan. ini juga budaya cantas mencantas berlaku dalam PAS

adakah PAS akan ganti UMNO dan mengambil alih keseluruhan nya termasuk budaya buruk tersebut. penulis mendapati budaya cantas mencantas saperti UMNO sudah ada dan tiada beza nya UMNO dengan PAS kecuali nama nya saja.










Monday, July 30, 2012

indah nya itu ISLAM

abby memang cantik dan manis tetapi



abby lebih kelihatan cantik, manis dan ayu bila bertudung. ini lah beza nya antara Wanita dan Muslimat






Saturday, July 28, 2012

DAP saperti Amerika

Amerika menentang Iran dalam aspek nuklear, ancaman demi ancaman dilancarkan
terhadap Iran. dalam erti kata Amerika hanya bersenda untuk menjadi
musuh Iran. Bila Iran/syiah menyerang dan membunuh Islam Sunni, mereka berlengah
untuk ambil tindakan.

DAP juga sama saperti Amerika, bila PAS usul hukum hudud, mereka menentang secara jelas walaupun dikatakan sahabat dalam Pakatan. DAP menentang UMNO/BN tetapi menyokong mereka dalam bab hudud.

Amerika menentang Iran tetapi berdiam diri bila mereka membunuh umat islam yang lain

fikirkan lah dasar DAP.

Wednesday, July 25, 2012

mana yang ikhlas ! ! !

TGNA meletakkan batu tanda bangunan tersebut dirasmikan pembinaan nya.
perletakkan batu tersebut tanda menyambung kerja dengan sempurna.
keikhlasan terpancar dengan TGNA meletakkanbatu tersebut
dengan tangan beliau tanpa lapik/alas iaitu sentuhan terus.
ini juga menandakan bangunan dibina dengan BERSIH
tidak bernajis RASUAH
batu bata jenis tinggi mutu nya - merah



Najib juga telah meletakkan batu bata di bangunan yang hendak didirikan,
tapi letak nya batu bata tersebut menunjukkan tiada ikatan antara satu
dengan yang lain kerana tidak mengikut susunan yang betul ini
menunjukkan bahwa yang sabenar nya Najib tidak bijak menguruskan
pentadbiran negara, selama ini negara ditadbirkan oleh
seseorang dibelakang nya iaitu APCO.
najib memakai sarung tangan, batu tersebut kotor dan
bernajis, jelas RASUAH sudah ada dalam projet tersebut
batu bata pun jenis putih,





Tuesday, July 24, 2012

mana pilihan anda -

keadaan dan cara Muslimat mengharungi banjir, kain tidak dinaikkan untuk
mengelakkan dari basah



keadaan dan cara Wanita mengharungi banjir, kain diangkat ke atas untuk
mengelakan nya dari basah. biar terdedah kaki (aurat) asalkan
kain/seluar yang mahal tidak basah.

mana pilihan anda.
Muslimat atau Wanita






Monday, July 23, 2012

siapa suka 'komunis'




































gambar pinjam dari tukang lawan

Bapa Najib, Tun Razak memulakan hubongan dengan negara komunis
kemudian disusuli oleh anak Tun Razak, Najib
mereka berdua sama sama membawa masuk sokongan pada negara komunis
kemudian SB - siput babi kata komunis ada dalam parti pembangkang
ini lah di katakan
'lembu punya susu, sapi dapat nama. boleh pakai lah
UMNO berak tengah jalan dia kata Pakatan lontar taik

fikir fikir lah








Sunday, July 22, 2012

ratu belanda lebih arif dari ! ! !












ratu belanda lebih perihatin dengan cara pemakaian nya apabila berada di negara Islam
















lihat saja ratu malaysia, rosmah, tetap dengan gaya nya menonjolkan jambul nya.

ratu belanda pandai

bak kata melayu
masuk kandang kambing mengembek
masuk kandang harimau, mengaum









Saturday, July 21, 2012

kreatif dan mancho


















kalau kita miskin, kita akan berfikir
tak ada payong, tangkai pisang dan papan nipis jadi payong
kalau dah susah, tiada rasa 'malu'
orang kaya tak kan buat begitu kerana ada 'wang'
itu lah dia yg dikatakan 'antara dua darjat'

untuk renungan awal ramadhan
semoga puasa tahun ini lebih baik dari thn lepas
Insyaallah












Wednesday, July 18, 2012

ada kah PAS Pusat restui ! ! !
























dalam pemilihan parti pada tahun 2011, terdapat pertandingan bagi jawatan Yang Di Pertua PAS kawasan Tambun. untuk mengekal 'berkuasa', penyandang jawatan ia itu Dr Khairudin telah 'mengeluarkan' surat arahan dari PAS pusat saperti di atas.

surat tersebut menyatakan bahawa PAS pusat setuju agar pertandingan di semua jawatan 'tidak dipertandingkan'. adakah benar surat tersebut dikeluarkan oleh PAS pusat padahal PAS pusat sendiri terdapat pertandingan sahingga Ust Nasa tewas di tangan Abang Mat Sabu.

jangan kerana 'gilakan kuasa', sanggup membuat surat 'palsu' dari PAS pusat. penulis inginkan kepastian dari PAS pusat terhadap surat tersebut.

PERINGATAN - jangan sekali kali kita minta jawatan, apa tak lagi menipu untuk kekal berkuasa.




Wednesday, July 11, 2012

PAS paling kuat dlm Pakatan

























Presiden PAS, dato abd hadi menyatakan bahawa PAS paling kuat dalam Pakatan Rakyat. satu kenyataan yang amat memberangsangkan. PAS memang kuat sejak ditubuhkan lagi. PAS berjuang secara konsisiten dari mula iaitu bersendirian, kemudian bersama UMNO, kemudian bersama Semangat 46, dan ketika ini bersama DAP dan PKR.

tetapi dato presiden menyatakan bahawa PAS akan bertanding di 80 kerusi parlimen dengan DAP bertanding maksima nya 60 kerusi, ini bermakna baki 82 kerusi akan ditandingi oleh PKR. secara logik nya PKR lah yang lebih 'kuat'. kalau pakatan menang yang akan jadi Perdana Menteri adalah Dato Sri Anwar, bukan Presiden PAS.

penulis lihat secara rambang saja, PKR lebih kehadapan dalam memperjuangkan hak rakyat dari PAS. PAS tidak membina keyakinan rakyat untuk membela rakyat jika berkuasa. PAS banyak membawa isu remeh. tiada cadangan yang kukuh saperti memperkasakan modul pendidikan, menyelesaikan masaalah secara logik isu PTPTN, konsesi TOL lebuhraya secara praktikal, bukan terus nak mansuhkan saja. tiada kajian implikasi dari cadangan untuk memansuhkan PTPTN serta bayaran tol.

PAS mesti bentangkan satu plan tindakan untuk mengatasi masaalah setinggan, bukan tunggu bila perintah baru nak dibuat usul. rakyat nak lihat kemampuan PAS merancang jika berkuasa kelak. PAS harus tanam keyakinan yang tinggi pada rakyat untuk memilih PAS sebagai pengganti UMNO.

jangan menang sorak, kampong tergadai. PAS selalu membantu rakan nya, tetapi rakan nya hanya berdiam diri. akhir nya yang menang 'rakan' karib nya, dan PAS sendiri kecundang.

DAP sentiasa pandai dalam 'berkawan', bila pilihanraya, DAP jaga kawasan nya, tidak perlu bersusah payah menghantar tentera nya membantu rakan yang 'lemah' tetapi 'EGO'.


fikir lah untuk memertabatkan ISLAM








Tuesday, July 10, 2012

raja yang adil !!!!!!!!!!!!!





















"pepatah melayu berkata"

Raja yang adil , raja yang disembah
Raja yang zalim, raja yang disanggah.

rakyat berdoa untuk kesejahteraan pada raja yang adil
boleh kah kita tidak berdoa untuk raja yang zalim

jangan jadikan diri kita ber'tuhan'kan raja sahingga segala yang dilakukan walaupun 'maksiat' di diamkan. auzubillah.

biar lah kita jadi rakyat yang tahu yang mana satu 'hak' dan yang mana satu 'bathil'.






Monday, July 9, 2012

gambar bercerita













gambar di atas menceritakan hubongan akrab antara mereka berdua

untuk renungan saja













Saturday, July 7, 2012

kemana berdiam diri nya JATI

























bukan kah ini juga yg ditentang oleh JATI dan PERKASA. dimanakah mereka, berdiam diri dan membisu. adakah membisu kerana syarikat arak ini menaja perjuangan kamu berdua.

bangkit, bangkit, halang mereka mempersendakan ISLAM. jangan perjuangkan untuk Melayu, Raja dan Islam hanya pada kertas mu saja.




Friday, July 6, 2012

mana mungkin 'ibrahim ali' sokong











hudud yang disuarakan oleh dato ayub rahmat dari johor telah mendapat tentangan dari rakan nya iaitu chia soi leeak - MCA. betul le tu soi leak tentang, kerana hudud UMNO akan lebih menyeluruh meliputi orang bukan islam. ini bermakna soi leak akan di sula/rotan atau apa saja dalam enakmen hudud. takut le orang tua cina tu.

tetapi yg lebih pelik, PERKARA di bawah Ibrahim Ali turut berdiam diri pulak, apakah beliau juga akan disula/rotan jika hudud dilaksanakan? apabila kelantan nak laksanakan hudud, ibrahim ali yg paling kuat menentang nya. tak kan lah pula kali ini atas usul dari UMNO, beliau akan sokong. jika PERKASA sokong, jelas hudud itu hudud UMNO.

dimana pulak Ibrahim Ali dan PERKASA nya akan berada, samaada dalam kolam titiwangsa kah atau lubuk cina.



Wednesday, July 4, 2012

UMNO dah 'menang'














bila ADUN kemelah dato ayub rahmat memberi pandangan berkenaan dengan hukum 'hudud', semua nya terperanjat dan tertanya tanya. apa kah beliau serius atau tidak. chia soi lek, juara porno dengan cepat menyatakan bahawa dato ayub sudah 'hilang akal'. NGO's islam dengan cepat menyokong cadangan tersebut dan tidak ketinggalan musuh UMNO, iaitu PAS juga menyambut nya dengan hati yang terbuka.

dalam keadaan yang mana PAS katakan bahawa UMNO sudah 'nazak' untuk menghadapi pilihanraya, tiba tiba satu suntikan telah diterbitkan oleh 'pakar' politik mereka. apabila hudud hendak dilaksanakan oleh PAS, tiada menteri atau wakil rakyat UMNO bercakap dalam bentuk' menyokong'. tetapi bila dato ayub bercakap pasal 'hudud', berbagai tangkapan diberikan oleh wakil rakyat UMNO dalam erti kata setuju tetapi perlukan penelitian.

seluruh NGO mula memberi perhatian dan secara umum nya mereka bersetuju sangat. disini penulis dapati bahawa UMNO sudah dapat satu suntikan yang amat mujarab untuk meraih undi dari orang melayu islam. pada ketika UMNO dihimpit kiri dan kanan, mereka mencipta satu kenyataan yang PAS dah lama nak buat tetapi tidak mendapat restu dari rakyat. kenapa apabila UMNO bercakap, terus dapat perhatian rakyat.

disini PAS kena berhati hati terhadap tektik UMNO untuk mendapatkan undi dari melayu islam. kita lihat juga sahingga hari ini parti cina saperti DAP dan MCA membisu. kenapa ? mungkin ada acara tersembunyi disebalik cetusan idea untuk melaksanakan hudud di johor.

pada parti PAS, penulis minta berwaspada. kenapa hampir pilihanraya isu hudud dilagukan oleh UMNO Johor. fikirkan muslihat 'syaitan'.













Tuesday, July 3, 2012

mujur dia tak masuk
























nasib baik mereka ini tak sertai PAS


ketika ini sudah ramai artis berani tampil kehadapan untuk berpolitik. satu perkembangan yg sihat. tetapi masih ramai lagi yg bergantung rezeki dengan menyatakan kalau tak ada UMNO, lama dah kita 'mati'.

nasib baik amy dan mizal dan seangkatan nya tak sertai PAS.