UMNO - united malay national org. satu nama yang cukup gah untuk diperkatakan dalam bentuk memperjuangkan untuk Bangsa dan Agama. mereka adalah pejuang mempertahankan kedaulatan raja raja melayu, keunggulan bangsa melayu dan tertegak nya kebesaran Islam.
UMNO mengambil alih tampuk pemerintahan negara secara aman dan mesra dari kerajaan British pada 1957 secara rasmi nya. maka di isytiharkan kemerdekaan dengan laung 3kali MERDEKA. UMNO bukan saja ambil alih perintahan negara saja, malah mereka turut mengambil harta rakyat untuk mereka sendiri.
apakah mereka telah laksanakan saperti yang dilaungkan. apabila kerajaan islam kelantan hendak melaksanakan HUDUD, UMNO dibawah ketiak Mahathir mencegah dan melarang ianya terlaksana. apakah ini menunjukkan bahawa mereka memertabatkan Islam, dalam erti kata nya UMNO lah yang menghalang hukum islam terlaksana di bumi kelantan.
membenar kan umat islam bersembahyang, berpuasa, ada pusat zakat, mengerjakan haji, merayakan hari2 kebesaran islam itu bukan menandakan UMNO memperjuangkan islam. Negara komunis Cina pun lakukan perkara yang sama, tiada beza nya.
dalam kontek mempertahankan hak orang melayu juga dilihat untuk kepentingan diri sendiri. tanah rizab melayu semakin berkurangan. bahasa melayu di persekolahan juga dilihat sebagai mata pelajaran sampingan . biasiswa untuk anak melayu satu ketika dulu menjadi kewajipan kerajaan, tetapi kini ia telah menjadi pinjaman pula. UMNO telah mendidik anak bangsa nya berhutang mulai alam persekolahan lagi.
dan terkini UMNO telah dan dalam proses untuk menghapuskan generasi melayu dibumi sendiri apabila Kampung Baru yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur digadaikan. isu ini disalahkan pada Pakatan Rakyat terutama PAS kerana gagal mempertahankan nya semasa undian di parlimen. kenapa pula PAS yang disalahkan, usul untuk menggadaikan Kampung Baru datangnya dari UMNO itu sendiri. kalau mereka memperjuangkan untuk bangsa, sudah tentu mereka tidak usik kampung baru tersebut. untuk pembangunan. banyak lagi tanah yang perlu digunakan, yang mereka nampak hanya Kampung baru itu juga.
penulis lihat melayu UMNO lah yang sabenar nya boleh di anggap MUNAFIQ kerana tidak lakukan apa yang telah mereka ikrarkan dalam perhimpunan mereka setiap tahun persidangan agung UMNO. mereka halang hukum islam dilaksanakan dikelantan dan mereka juga menggadai maruah dan hak orang melayu. pada pembaca sekelian, hebahkan sifat munafiq yang ada pada UMNO.
No comments:
Post a Comment