Sunday, October 30, 2011

Gurindam pagi Ahad


kita rasa apa yg kita lakukan itu adalah kebaikan, memang benar, tapi yg sabenar nya ia nya MAKSIAT.

kita rasa kita telah membantu, tetapi sabenarnya membunuh

Saturday, October 29, 2011

PERKASA menuju Kematian


PERKASA satu pertubuhan Ultra Melayu, memperjuangkan hak dan kedudokan istimewa orang melayu. mendapat restu dari UMNO, didokong oleh mantan PM, Tun Mahathir, dan presiden nya adalah Ibrahim Ali.

apa yang penulis lihat, kehadiran PERKASA telah merosakkan sadikit konsep negara ia itu 'perpaduan nasional'. PERKASA menjadi terlalu ekstrim dalam memperkatakan 'hak' orang melayu. hak keistimewaan orang melayu sudah termaktub dlm perlmbagaan negara, mengapa mesti dilaungkan dengan slogan 'hidup melayu'.

penulis lihat jika sesuatu perkara sudah ujud dan diperjuangkan kembali,ini menandakan terdapat kepincangan dalam mempertahankan hak tersebut. hak istimewa orang melayu tidak pernak dihakis atau dinafikan oleh orang 'bukan melayu', tetapi ia nya terhakis disebabkan oleh 'orang melayu' itu sendiri. banyak hak keistimewaan melayu terhakis kerana ketamakan serta sikap kepentingan diri dan kroni pemimpin melayu itu sendiri. kitsa telah bincangkan perkara hak istimewa orang melayu yang sudah habis digadai oleh juara orang melayu.

PERKASA itu sendiri dilihat tiada mempunyai 'aura' untuk memperjuangkan hak orang melayu. barisan kepimpinan nya amat rapuh dan berkudis. pertama tama presiden nya sendiri yang tiada pegangan dan pendirian yang konsisiten, penakut, cakap banyak, pengelat dan tin kosong. ditambah dengan kehadiran sahabat karib nya sebagai naib presiden, zulkifli nordin/kulim. semua kenal zul dengan kopiah putih bercakap saperti 'badut negara', mengulas isu agama mengikut pandangan otak kosong nya, peguam yang tak dapat berkhidmat untuk masyarakat, ditolak oleh pengundi.

PERKASA disokong kuat oleh mantan PM tun mahathir, beliau sendiri dilihat sebagai seorang 'gila talak' jawatan Perdana Menteri, mudah lupa, rasa dirinya masih hebat, sudah bersara masih nak bercakap hal negara. terkini bertambah parah apabila dibawa masuk seorang lagi bekas 'gangster' negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, mantan ketua polis negara, yg sudah hampir nyanyuk, jalan senget saperti 'ketam', bercakap tersekat sekat, tapi hati masih seorang pejuang.





PERKASA secara keseluruhan nya tiada kredibiliti untuk memperjuangkan 'hak orang melayu'. siapa yg memimpin negara ketika ini, cina kah, india kah, atau iban, sudah tentu jawapan nya 'orang melayu. siapa gadai hak orang melayu, sudah tentu orang melayu, siapa orang melayu tersebut, sudah jelas dan nyata adalah 'UMNO'. kenapa PERKASA melaung saperti 'anjing menyalak bukit', terkam saja lah UMNO yg gadai maruah orang melayu.

dalam mesyuarat agong nya yg ke2, dilihat ramai bekas pemimpin 'terbuang' hadir. jelas PERKASA tempat untuk mereka yg di 'reject'. zainudin maidin, khalid yunus yg sudah sepi dari dunia politik dilihat membuat 'come back'. adakah mereka ini akan membantu atau meranakan PERKASA. jangan jadikan PERKASA tempat mereka membuat 'PERKASAM'

yang jelas PERKASA menuju KEMATIAN nya









Friday, October 28, 2011

sindir/seloka/lawak pagi Jumaat

Thursday, October 27, 2011

quality - mutu



dalam keadaan serba moden dan kelengkapan yg canggih, negara dilihat hampir hampir MUFLIS. muflis nya negara kerana segala yg dilakukan tiada Berkualiti - tak bermutu. dalam segala segi, mutu perkhidmatan, mutu kesenian, mutu pekerjaan dan mutu buatan sudah tiada lagi. dan ini ditambah lagi dengan mutu INTEGRITI - KEYAKINAN.

apa yg nak kita banggakan dengan perfileman pada masa ini, banyak cerita khayalan saja, bertopik kan Hantu dan cinta. jalan cerita yg tiada motif atau hala tuju. skrip yg lemah, pelakon yg longlai dan sebagai nya. cuba perhatikan filem P.Ramlee, skrip yg kuat dan bermutu, hala tuju cerita jelas, memberi tauladan dan pelakon nya menghayati lakonan mereka.

sukan, bola sepak menjadi gilaan dari dulu hingga sekarang. tapi pemain dahulu saperti mokhtar dahari , arumugam, minhat dan seangkatan dengan mereka, bermain untuk kepuasan diri, untuk negara, dan mereka benar benar pemain. tidak LEMBIK, tidak glamour dan tidak mengharapkan wang ganjaran saperti yg ada ketika ini. tahap dinaikkan menjadi profesional. malu kita bila dibandingkan mutu nya dengan zaman Super mokh.

kualiti wakil rakyat juga sama saperti pemain bola sepak. mereka lebih mengutamakan ganjaran, kontrak untuk kroni/keluarga, kekayaan. tidak saperti menteri dulu, contah nya saadon zubir, ghazali shafie dan seangkatan dengan nya. mereka berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

kenapa penulis katakan zaman sekarang tidak berkualiti.

1. pelakon dulu tidak kaya saperti pelakon sekarang
2. ahli sukan dulu tidak jutawan saperti sekarang
3. ahli politik dulu berkhidmat utk masyarakat dan negara, tiada bertaraf jutawan saperti ahli politik sekarang
segala ini terjadi kerana ahli sukan, ahli seni dan ahli politik tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan IKHLAS. mereka lebih tumpukan pada masa depan mereka. bukan untuk membangunkan masyarakat dalam kontek tanggungjawab, membina insan dan menjadi contoh serta ikutan rakyat.

fikirkan masa depan generasi kita






Wednesday, October 26, 2011

SPRM



salepas belanjawan 2012 dibentangkan, kemudian 2 minggu baru lapuran audit diterima dan berbagai situasi dan keadaan yg menakutkan berlaku. penyelewengan berleluasa dalam mentadbir negara, dari sekecil makanan untuk budak TADIKA KEMAS hingga pada pembelian peralatan untuk menjaga keselamatan negara.

semua ini telah didedahkan oleh lembaga audit negara, pembelian pada harga yg berlipat ganda dari harga asal. projek yg mana wang sudah habis, hasil nya tiada, beli ternakan lembu, hasil nya taik lembu. beli kuda, dapat kuda tua. baik pulih kem tentera sama saperti tikus baiki labu.

yang menjadi persoalan pada penulis, kenapa semua kepincangan dan salah laku dalam urus tadbir negara tiada tindakan diambil. adakah ini semua dikira hangus begitu saja. apa peranan SPRM, adakah tunggu lapuran polis dibuat dulu baru siasat.

perkara yg sama berulang setiap tahun, kerugian atas angin untuk kroni. mungkin kerana UMNO yg memerintah, maka SPRM juga jadi macam siput babi merayap atas muka bumi ini.

marilah kita umat ISLAM berdoakan agar mereka mereka yg terlibat menghilangkan harta negara ditimba musibah. penulis rasa sudah tiba masanya kita doakan bala pada mereka sabelum ALLAH menimpakan bala pada kita atas maksiat yg dilakukan oleh orang lain.


Tuesday, October 25, 2011

apa pihak pembangkang sentiasa bersalah?


dalam kontek membangunkan negara, kita perlukan pembangkang. mereka ini bertindak sebagai 'check and balance' kepada apa yg dilakukan pemerintah agar tidak berlaku penyelewengan. tetapi pada ketika ini kita lihat pemerintah negara Malaysia, tidak dapat menerima teguran. mereka menganggap apa saja yang dilakukan adalah hak mereka dan dalam kuasa mereka.

beberapa kejadian telah berlaku dan tindakan undang undang telah diambil samaada dalam siasatan atau ditahan. teguran atau komen yg diberikan adalah kerana terdapat beberapa keraguan pada pentadbiran oleh pihak kerajaan. contah saperti

1. isu mat indra, mat sabu ditahan hanya kerana bantahan pihak UMNO. perkara akedemik ini patut dibincang untuk mendapatkan status yg sabenar kedudokan mat indra

2. prof aziz bari memberi pandangan dan kedudokan sultan dalam menangani isu kuasa eksekuif baginda. perlembagaan ini sepatutnya dibincang dan dihalusi semoga tidak berlaku kepincangan dalam pentadbiran istana.

3. arahan mengajar atau berceramah tanpa 'tauliah'. apakah kita perlu bertauliah dalam bercakap tentang Agama. tak kan lah bodoh sungguh Tuan Guru Nia Aziz untuk bercakap agama islam. beliau seorang ulama besar, tetapi kerana beliau dari kalangan pembangkang, tauliah juga tetap diperlukan. penahanan telah dilakukan pada Azmil mustapha dan Bob Lokman, apa kah keputusan nya, ini menampakkan lagi KEBODOHAN pihak JAIS.

4. isu kesultanan, Tun mahathir lucut kekebalan sultan, mulut UMNO macam ada NAJIS dalam nya, diam dan tak buka mulut. aziz bari menerangkan status saja, macam lipas kudong, terus diambil tindakan.

setakat ini penulis cuba luahkan rasa tidak puas hati akan tindakan yg diambil oleh penguasa terhadap apa yang dikatakan 'pembangkang' syabas pada mahasiswa UIAM yg telah bangun dan NAJIB takut akan disambut dengan demo, maka ditarik balik segala 'larangan' pada aziz bari oleh pihak BARUA universiti UIAM tahniah








Sunday, October 23, 2011

bagaimana dengan Aqidah mereka ini !


himpunan sejuta umat untuk memperbetulkan Aqidah, bagus, tapi jangan jadi saperti pepatah melayu ' kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata buta'. apa kah mereka, gambar dibawah ini Aqidah nya sudah mantap. minta jawatankuasa HIMPUN jumpa mereka ini dan betulkan Aqidah mereka kerana mereka isteri pada pemimpin, contah dan tauladan.



shahrizat, jambul tersembul terkeluar



comel dengan rambut sejemput dan mengerbang



peserta HIMPUN, rambut tak ditutup



bagus kerana turut serta dlm HIMPUN, doakan supaya dia berubah dan bertudung.



cantik dan cute



tak tahu lah penulis nak katakan, hebat sungguh Aqidah anak pemimpin yg hampir runtuh .



Saturday, October 22, 2011

dua dalam satu - UMNO


semasa lawatan rasmi menteri besar perak ke sg rapat - DUN hamidah osman, kita boleh lihat keadaan yg sabenar nya berlaku atau kerektor ahli umno. dalam lawatan tersebut, hamidah telah memprogramkan dua pendekatan untuk bersama rakyat. kebiasaan nya pemimpin umno akan hadir dalam majlis berupa makan minum saja. tapi kali ini disajikan dengan santapan rohani ia itu bersolat berjemaah solak sunat dhuha. alhamdulillah, tapi kita tidak tau apa kah muslihat yg ada pada hamidah osman



difahamkan, semasa zambri mengimamkan solat sunat dhuha, ramai lah ahli umno dudok dan bersembang diluar masjid. mereka menunggu zambri habis solat untuk bersama. tapi program diteruskan dalam masjid untuk ambil berkat, maka dijemput semua yg hadir masuk dlm masjid. ramai nya saperti gambar diatas.


tetapi semasa solat sunat dhuha dilakukan, kemana pulak pencacai tersebut berada. adakah mereka heran MB zambri ini bersembahyang waktu matahari naik. boleh ke sembahyang waktu tersebut. tak pernah nampak orang sembahyang salepas solat subuh. atau memang jelas ahli umno, sembahyang pada mereka perkara yang engteng, zambri sembahyang pun untuk tarik glamour je.

Thursday, October 20, 2011

HIMPUN kemungkinan ditunda


pada ketika ini sudah banyak kenyataan rasmi dan tak rasmi dikeluarkan berkaitan dengan perhimpunan sejuta umat (HIMPUN). masa sudah terlalu singkat, hanya tinggal dua hari saja lagi untuk perhimpunan tersebut berlangsung. PAS dan pakatan rakyat sudah menarik diri. NGO's dari pencacai UMNO telah mula dilihat berbelah bagi untuk turut serta.



penulis difahamkan, NGO's UMNO mula rasa mereka telah memasang perangkap yg akan makan tuan. bagaimana, ia akan bermula apabila mereka hadir dlm perhimpunan tersebut. kalau lah UNMO dan NGO's nya boleh turun untuk berjihad dalam mempertahan kan Aqidah umat islam dari murtad,maka disini mereka akan lebih berada dalam keadaan yang sukar jika ada pula NGO yg akan mengajurkan perhimpunan agar AKTA HUDUD dilaksanakan.

kenapa HIMPUN untuk isu murtad UMNO menjadi HERO, tapi himpunan Sokong Akta Hudud mereka TOLAK. ini akan menunjukkan belang sabenar nya UMNO dalam memperjuangkan ISLAM.
khairy jamaludin masih berdiam diri, adakah kita mengharapkan Ibrahim Ali, Zulkipli kulim dan katak yg lain untuk mempertahankan Islam. pada cikru azmi, jangan lah diri kita diperkudakan oleh katak national.






PAS dilihat penting musuh dan lawan

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada ketika ini dilihat amat penting dan menjadi satu parti yang boleh dijadikan isu oleh kawan dan lawan. walaupun dalam gabungan Pakatan Rakyat terdapat juga DAP dan PKR, PAS lebih menonjol dari segi kepimpinan dan gerak kerjanya serta komitmen ahli yg tinggi.

apabila penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 mendapat kepastian akan kehadiran PAS dan ahli nya, mereka rasa perhimpunan tersebut akan berjaya. walaupun pun ianya ditentang oleh NGO UMNO dan polis, perhimpunan tersebut dilihat berjaya. pemimpin PAS dari presiden hingga ke bawah turun dan bergerak bersama ahli dan peserta BERSIH. segala tomahan dan sanjungan diberikan pada keberanian ahli dan pimpinan PAS.

terbaru apa bila PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam perhimpunan sejuta umat (HIMPUN), UMNO terlebih dahulu memberi komen bahawa PAS tidak serius dalam memperjuangkan Islam. Utusan melayu/malaysia memainkan peranan dengan menuduh PAS tali barut DAP kerana perlukan undi cina dalam PRU 13. berbagai cemuhan dilemparkan apabila dilihat perhimpunan tersebut sudah PUDAR sabelum masa nya.

disini lah penulis lihat kehebatan PAS dalam menghadapi lawan dan kawan. PAS mesti tegas dan berpegang pada prinsip asal perjuangan. bertolak ansur tidak bermakna PAS sudah mengubah dasar perjuangan nya. sikap berhati hati dalam memberi komen mesti lah diberatkan. pimpinan PAS mesti bergerak selaras dengan isu semasa dengan kajian yg mantap. PKR turut mengisytiharkan untuk tidak hadir dalam HIMPUN.

perhimpunan sejuta umat telah memberikan kita - PAS gambaran awal siapa kawan dan lawan. NGO islam satu ketika dulu bersama PAS, kini sudah menuduh PAS tidak konsisten dalam mempertahankan Islam. apa kah mempertahankan akidah sudah dianggap perjuangan yg tertinggi.

apabila PAS berjuang untuk melaksanakan hukum HUDUD, siapa kah NGO yg bersama dengan kita ? penulis lihat kita sudah kenal pasti mereka dan kita mesti berhati hati di muka hadapan dalam memilih kawan, lawan sudah ada dan pasti.


Wednesday, October 19, 2011

shabas pd dato presiden PAS

syabas pd dato presiden kerana mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam perhimpunan sejuta umat. terdapat unsur untuk mendapat perhatian atau untuk mengalihkan pandangan dari isu HUDUD kepada isu murtad. UMNO cuba menjadi hero dalam isu murtad saperti yg berlaku di selangor.

isu hudud adalah perjuangan asal PAS dalam politik nya. UMNO tolak hudud kerana hukum ini merangkumi semua kes jenayah, tapi murtad hanya melibatkan status muslim itu saja. disini dilihat UMNO juga memperjuangkan Islam.

NGO islam saperti PERKASA, PEDIKA dan PATRIOT tidak melibatkan diri mereka secara langsung, adakah mereka takut atau memang penakut.

Tuesday, October 18, 2011

Dato' Hassan Ali merajuk ?

PAS selangor telah menghantar dua pucuk surat perlantikan pada dato' hassan ali, tetapi dijawab tidak terima. kenapa! kerana "sebab mulut badan binasa". bila dato hassan ali menjalankan tugas nya sebagai Exco kerajaan negeri, pas selangor dan pimpinan nya rasa dato hassan ali membelakangkan mereka dalam tindakan nya mencegah kemungkaran. dalam erti kata nya yg sabenar, apa jua tindakan yg akan diambil mesti mendapat restu dari PAS selangor.



dato hassan ali dikecam oleh sahabat nya sendiri tanpa belas ehsan. ditambah pula komen yg tidak ada usul periksa dari bloggers, dato hassan dikatakan mirip UMNO, belaci UMNO, dikudakan oleh UMNO dan sebagai nya. ada kah dato hassan malaikat, tiada perasaan kecil hati. tapi bila tindakan beliau disokong oleh tuanku sultan, ramai lah belaci memuji beliau. fikirkan lah sendiri perasaan orang yg berjuang tetapi dikatakan pengkhianat.

pada pimpinan PAS, sudah banyak kali penulis ingatkan supaya kita sabar dalam membuat keputusan. kaji dahulu sabelum mengeluarkan kenyataan. sepakat dalam membuat keputusan. apa kah kalau kita meminta maaf, maruah kita jatuh dan dipandang hina.

fikir lah untuk kebaikan ummah





Monday, October 17, 2011

himpunan sejuta umat

perhimpunan sejuta umat akan diadakan pada 22 okt 11 di stadium shah alam. ia dianjurkan oleh NGO ISlam dan diketuai oleh TERAS dan PEMBELA. penulis lihat perhimpunan ini tidak selari dengan perjuang asal ia itu melaksanakan Hukum HUDUD. bab akidah adalah cabang dari pelaksaanan hukum hudud. jika kita adakan perhimpunan menyokong hudud, penulis rasa mungkin mereka dari agama lain yg faham keperluan hudud akan turut serta.

perhimpunan ini juga takut di gunakan oleh UMNO untuk mengkucar kacirkan umat islam dalam fahaman tentang hukum. kenapa hukum mati UMNO boleh terima, murtad sudah lama berlaku tapi tiada tindakan oleh kerajaan UMNO. perhimpunan sejuta umat ini juga mungkin akan disertai oleh Zulkulim, ini akan menambahkan keraguan pada matlamat perhimpunan.

Sunday, October 16, 2011

gigit jari naina penang


saperti yang telah dijanjikan dalam persetujuan BN, jawatan ketua menteri p.pinang tetap akan disandang oleh olang cina. ini tentu nya mali dali parti gerakan. Najib isytihar perang bahawa melayu tidak akan jadi ketua menteri penang. menang ke kalah ke, melayu/UMNO tetap jadi kuda cina di penang.



kesian penulis pada kumpulan naina/mamak penang yang telah turun dari bangunan tinggi tunjuk perasaan dan menentang DAP. segala usaha mereka nampak nya saperti 'mencurah air didaun keladi'. cina gerakan 'relek' saja dan menang boleh jagi ketua menteri.
penulis seru 'jom pakat join PAS' dah tentu belum janji apa apa lagi. kita dah bagi tau, UMNO janji je pandai, akhir nya melayu juga yang rugi.



Saturday, October 15, 2011

PM dalam PM


malaysia semua boleh, mahathir perkenalkan slogan 'malaysia boleh'. demokrasi malaysia adalah demokrasi ganjil dimiliki sapenuh nya oleh parti yg memerintah. contah nya,
1. peruntukan ahli parlimen/dun untuk kawasan yg diwakili oleh lawan ditahan/sekat dan peruntukan tersebut diserahkan pada ketua perhubongan UMNO.
2. mesyuarat menteri besar/ketua menteri, negeri yg diperintah lawan tak dipanggil untuk bersama. apa kah perdana menteri yg ada ini bukan perdana menteri kerajaan negeri kelantan/selangor/kedah dan p.pinang.




dalam pemerintahan parti (UMNO) juga dilihat ada presiden UMNO dalam presiden. presiden UMNO adalah najib tun razak, tetapi mahathir tetap bercakap macam dia masih presiden UMNO. malah lebih hina dan keji lagi apabila mahathir bercakap berkaitan polisi negara macam dia masih Perdana Menteri malaysia.

jika di Great Britain dan US, apabila perdana menteri dan presiden nya turun, mereka terus mendiamkan diri dan menjauhkan diri mereka dari bercakap hal hal negara. kerana apa, kerana mereka sudah ada perdana menteri dan presiden baru. mereka mantan sudah tidak dipilih lagi oleh rakyat maka mereka seharus nya tidak bercakap bagi pihak kerajaan.

ini berlainan sekali dengan 'malaysia boleh', mahathir dah bersara, masih lagi nak bercakap saperti orang 'gila talak' saja rupa nya. adakah beliau merasai bahawa dia lah saja yg 'bijak' menguruskan negara. dudok lah diam, jangan sibuk uruskan kerja orang lain, banyakkan lah beriktikaf, berikan lah peluang orang lain untuk menguruskan cara mereka pula.

malaysia memang boleh.
kerajaan dalam kerajaan
PM dalam PM






Thursday, October 13, 2011

JAIS melakukan kerja mungkar

salepas serbuan dilakukan oleh JAIS ke DUMC, keluar pula arahan ulama yang terlibat dalam politik tidak dibenarkan berceramah agama. dua hari yang lepas Bob Lokman pula ditahan kerana berdakwah. Bob lokman berdakwah bukan mengajak manusia ke jalan kemungkaran. Bob bukan wakil rakyat yang perlu dicegah dari bertazkirah.

apa sabenar nya kerja yang perlu dilakukan oleh JAIS ini. ia nya sepatut melakukan Amal maaruf Nahi mungkar. maksiat yang berleluasa di selangor tiada tindak, dibiarkan, malah tutup mata sabelah, mari kita doakan beramai ramai supaya para pegawai JAIS yang tutup sabelah mata terhadap maksiat, dibutakan mata mereka, bukan saja hati mereka.

para pendakwah yang ingin mengubah dan membawa kebaikan pula dicegah. pencegahan ini samaada datang nya arahan dari UMNO atau tidak itu soal kedua, apa kah mereka rasa mereka hebat apabila melarang pendakwah berdakwah. ingat lah hari akhirat tuan tuan pegawai JAIS, kita tidak menongkat langit dan akan mati juga. adakah UMNO akan berkata, 'kami tanggung dosa kamu semua' sesungguh nya para pegawai JAIS amat jahi kerena menjadi kuda tunggangan UMNO didunia ini.



Wednesday, October 12, 2011

sesumpah dunia dan akhirat

UMNO - united malay national org. satu nama yang cukup gah untuk diperkatakan dalam bentuk memperjuangkan untuk Bangsa dan Agama. mereka adalah pejuang mempertahankan kedaulatan raja raja melayu, keunggulan bangsa melayu dan tertegak nya kebesaran Islam.



UMNO mengambil alih tampuk pemerintahan negara secara aman dan mesra dari kerajaan British pada 1957 secara rasmi nya. maka di isytiharkan kemerdekaan dengan laung 3kali MERDEKA. UMNO bukan saja ambil alih perintahan negara saja, malah mereka turut mengambil harta rakyat untuk mereka sendiri.

apakah mereka telah laksanakan saperti yang dilaungkan. apabila kerajaan islam kelantan hendak melaksanakan HUDUD, UMNO dibawah ketiak Mahathir mencegah dan melarang ianya terlaksana. apakah ini menunjukkan bahawa mereka memertabatkan Islam, dalam erti kata nya UMNO lah yang menghalang hukum islam terlaksana di bumi kelantan.
membenar kan umat islam bersembahyang, berpuasa, ada pusat zakat, mengerjakan haji, merayakan hari2 kebesaran islam itu bukan menandakan UMNO memperjuangkan islam. Negara komunis Cina pun lakukan perkara yang sama, tiada beza nya.

dalam kontek mempertahankan hak orang melayu juga dilihat untuk kepentingan diri sendiri. tanah rizab melayu semakin berkurangan. bahasa melayu di persekolahan juga dilihat sebagai mata pelajaran sampingan . biasiswa untuk anak melayu satu ketika dulu menjadi kewajipan kerajaan, tetapi kini ia telah menjadi pinjaman pula. UMNO telah mendidik anak bangsa nya berhutang mulai alam persekolahan lagi.
dan terkini UMNO telah dan dalam proses untuk menghapuskan generasi melayu dibumi sendiri apabila Kampung Baru yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur digadaikan. isu ini disalahkan pada Pakatan Rakyat terutama PAS kerana gagal mempertahankan nya semasa undian di parlimen. kenapa pula PAS yang disalahkan, usul untuk menggadaikan Kampung Baru datangnya dari UMNO itu sendiri. kalau mereka memperjuangkan untuk bangsa, sudah tentu mereka tidak usik kampung baru tersebut. untuk pembangunan. banyak lagi tanah yang perlu digunakan, yang mereka nampak hanya Kampung baru itu juga.

penulis lihat melayu UMNO lah yang sabenar nya boleh di anggap MUNAFIQ kerana tidak lakukan apa yang telah mereka ikrarkan dalam perhimpunan mereka setiap tahun persidangan agung UMNO. mereka halang hukum islam dilaksanakan dikelantan dan mereka juga menggadai maruah dan hak orang melayu. pada pembaca sekelian, hebahkan sifat munafiq yang ada pada UMNO.





Saturday, October 8, 2011

mulia dan cerdik nya Lim Guan Eng


Lim Guan Eng ada lah ketua menteri P.Pinang dari DAP dan seorang pemimpin bukan Islam. Tetapi beliau pernah berkata akan menjadikan Omar Bin Abdullah - sahabat Nabi sebagai Idola beliau dalam sistem pemerintahan nya. Beliau mengambil pemimpin Islam sebagai tauladan nya kerana beliau yakin akan mendapat kepercayaan dari orang islam di p.pinang. beliau juga cerdik dalam berhadapan dengan musuh dan sahabat. mari kita renung tindakan beliau menangani masaalah dengan musuh politik beliau



1. kes beliau didakwa menghina negeri Johor di singapura. seluruh jentera UMNO/BN menuduh beliau menderhaka pada tuanku sultan johor. bukti mengatakan beliau menghina kerajaan johor belum terbukti lagi, desakan demi desakan agar beliau memohon maaf di minta oleh UMNO dan pencacai nya.

sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi, beliau memohon maaf pada Tuanku sultan dan akhir nya isu ini tertutup dengan sendiri nya. seluruh pimpinan UMNO/BN hilang akal dan terkedu untuk terus menghina LGE. pada LGE, memohon maaf pada tuanku tiada rugi nya, tetapi kini beliau dipandang sebagai seorang pemimpin yang Berhemah tinggi dan mulia.

ada kah dengan memohon maaf tersebut bermakna beliau bersalah. tidak, LGE bertegas akan mencari bukti untuk mendakwa mereka yang menyebarkan berita beliau menghina kerajaan negeri johor.

2. hubongan mesra beliau dengan pimpinan pusat diteruskan dengan menganjurkan basikalthon di p.pinang bersama hampir 20,00 pelajar cina seluruh p.pinang. beliau ingin meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk sekolah sekolah cina, maka dianjurkan nya satu program dan menjemput perdana menteri untuk merasmikan nya.

najib turun dgn harapan akan mendapat sokongan masyarakat cina kelak dalam p/raya. PM berjanji akan membantu dan mengisytiharkan bantuan bernilai RM15 juta. akhir nya kita lihat betapa bijak nya LGE untuk mendapatkan bantuan untuk sekolah cina tanpa perlu sumbangan dari masyarakat. dengan hanya satu jemputan, beliau dapat 15juta. mudah dan mesra.

3. apakah yang dapat kita pelajari dari tindakan LGE, beliau dipuji dan disanjung oleh seluruh penyokong nya di p.pinang. musuh politik beliau pula hilang punca untuk menjatuhkan nya. beliau merendahkan diri tanpa perlu menggadai maruah nya.

4. apakah pimpinan kita (PAS) boleh lakukan saperti tersebut. khalid samad didesak oleh UMNO utk memohon maaf, beliau enggan dengan angkuh nya. mat sabu juga didesak seluruh NGO UMNO utk memohon maaf atas isu mat indra, tetapi tetap tegas dgn pendirian nya untuk tidak berbuat demikian. akhir nya mereka berdemo semasa ceramah mat sabu di Rembau.

cuba kita bayangkan, kalau mat sabu menerima perwakilan UMNO untuk bertemu dan menyerahkan memorandun semasa di Seremban. kalau beliau terima, penulis yakin tidak akan berlaku kejadian di Rembau. dalam masa yang sama kita sudah berdepan dengan mereka dan boleh jelaskan perkara yang sabenar nya pada pencacai UMNO.

kalau mat sabu memohon maaf atas ucapan beliau pada kes bukit kepong, sudah tentu waris dan pencacai UMNO tidak dapat memanjangkan isu tersebut.
tidak dinafikan isu bukit kepong telah memberi rahmat pada seluruh anggota polis dan tentera apabila kerajaan - najib memberikan insentif dalam bajet 2012.

sebagai renungan, apakah kita perlu bersikap tegas dalam semua bentuk, LGE tegas juga dalam menangi kes pentadbiran tetapi berlembut untuk isu kemasyarakatan.
a. marilah kita tunjukkan sifat bermaaf maafan.
b. hulurkan tangan untuk bersalaman dengan musuh.
c. anggap lah musuh batu loncatan untuk menaikkan imej kita.

berlapang dada lah kita dalam menyelesaikan isu isu berkaitan masyarakat




Thursday, October 6, 2011

siapa lah aku


esok, 7 okt, akan diumumkan belanjawan negara oleh YAB perdana menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. setiap kali pembentangan belanjawan, peruntukan pada tentera dianggap peruntukan LEBIHAN. tiada keutamaan yang serius terhadap kebajikan anggota tentera. janji demi janji telah ditaburkan untuk menaiktaraf kehidupan anggota dan keluarga tentera. ini jauh berbeza dengan kehidupan anggota polis diraja malaysia. mereka ini sentiasa mendapat perhatian yang istemewa dari kerajaan terutama UMNO.



adakah kerana pasukan polis ini berkhidmat terus pada kerajaan/UMNO. mereka telah melaksanakan tugas menjaga kepentingan UMNO. menerima arahan dari UMNO tanpa perlu dilakukan siasatan awal. polis telah menggunakan konsep cepat dan cekap. ini lah punca nya pasukan polis sentiasa mendapat perhatian khas dari jemaah menteri UMNO.

tentera terpinggir dalam isu kebajikan. memang tidak dinafikan terdapat pembangunan dalam pasukan tentera, tetapi pembangunan tersebut merupa perkembangan mengikut masa dan situasi saja. tiada pembangunan khas atau peruntukan serta merta saperti yang diberikan pada pasukan polis.

tetapi dalam masa terkini, nampak nya ada usaha untuk menawan kembali hati hati anggota tentera dan bekas bekas tentera apabila timbul isu Mat Indra yang berkaitan dengan PEJUANG tanah air dan Penjajahan oleh british. adakah perhatian ini dapat bertahan lama atau kata melayu 'hangat hangat tahi ayam'.

dalam pembentangan belanjawan kelak - esok kita harap ada peruntukan khas untuk anggota tentera dan bekas tentera. jangan diberikan perhatian apabila timbul isu yang berkaitan dengan kepentingan UMNO. tentera berkhidmat untuk AGUNG dan NEGARA, bukan untuk parti politik. memang benar, tentera tidak menyumbang pada negara dalam bentuk hasil - wang untuk negara. tentera bukan Lembaga Hasil , polis , kastam, UPP atau majlis tempatan yang membuat kutipan dalam bentuk cukai atau denda.

ingat lah, tanpa tentera, negara tidak dapat berfungsi dengan baik, rakyat dapat tidur lena, pelabur luar yakin dengan keselamatan pelaburan mereka dan sebagai nya.




Kami juga rakyat malaysia

Wednesday, October 5, 2011

Najib berbelanja di Giant Supermarket


perbelanjaan najib semasa bercuti di Australia berjumlah RM9juta. penulis pada kali ini ingin mendapat pandangan dari pembaca apa kah yg sebenar nya najib dan kak rosmah berbelanaja. adakah apa yg mereka lakukan itu mereka berbelanja atau di belanjakan. saperti pekerja kaki tangan awam yg lain juga, najib menerima gaji dan elaun. tetapi dilihat najib berbelanja melebihi dari apa yg beliau terima yg dikatakan GAJI.




penulis terfikir juga berapa banyak kos yg ditanggung oleh najib dalam melaksanakan beberapa majlis persendirian beliau. disini cuba kita kira berapa kos nya, siapa tanggung dan siapa yg membayar nya.

contoh;
1. majlis sambutan hari raya najib di pekan, tetamu sekitar 50,000 orang. kos nya ditanggung oleh najib ke, UMNO ke, Kerajaan ke, atau ditaja oleh syarikat/individu. jika satu kepala dikenakan RM10, tentu jumlah nye hampir sekitarRM500,000. banyak tu,
2. majlis pertunangan anak nye, majlis tersebut merupakan majlis peribadi/keluarga atau majlis NEGARA.
3. terfikir juga, makan minum beliau sekeluarga dan termasuk pekerja di Sri Perdana, adakah najib keluarkan wang gaji beliau untuk membeli bahan makanan harian dirumah nya. adakah ini juga bil pembelian ditanggung oleh kerajaan.
4. heboh dengan pemborosan big mama, adakah mereka membayar setiap pembelian saperti pakaian, peralatan persendirian, saperti beg tangan, rantai/gelang, dan perhiasan big mama.
5. elaun perjalanan najib macam mana dikira, adakah beliau membuat tuntutan saperti naik basikal dan naik bas.

ini adalah soalan yg remeh tapi untuk kita fikirkan bersama atas kemewahan kehidupan najib dan big mama nya yg luar biasa.

"rakyat didahulukan, prestasi diutamakan"





Saturday, October 1, 2011

apa kah itu 'kerjasama'



sejak 1999, kerjasama PAS dengan parti lain saperti PKR dan DAP telah terjalin. walau pun berlaku perpecahan seketika. dari segi pengalaman bertanding dalam p/raya, penulis dapati sejak gabongan APU, antara Semangat 46 dan PAS, segala persiapan p/raya hanya dilaksanakan oleh ahli dan penyokong PAS saja.


sejak 1999, kerjasama antara PAS dan PKR juga dilihat secara jelas, hanya pekerja PAS sahaja yang bertungkus lumus dalam 'jentera p/raya.

tetapi sejak asal lagi, DAP sentiasa bergerak sendirian, mereka mempunyai jentera p/raya serta berkemampuan menghadapi p/raya. DAP bergerak sapenuh nya tanpa dibantu oleh parti yang lain. ini menunjukkan bahawa mereka berhak bertanding dan seterus nya menang.

kita lihat dalam p/raya 2008, PKR bertanding saperti 'big brother' pada PAS. jentera p/raya PAS dilihat digembeling sapenuh nya oleh PKR untuk kawasan yg mereka bertanding. jentera p/raya PAS sentiasa wala' pd pimpinan untuk bekerja walaupun pd parti kawan. pada pandangan penulis ianya tidak sesuai lagi untuk menghadapi p/raya ke 13 kelak.

saperti mengadakan' kenduri kendara ', tuan majlis menyediakan perbelanjaan dari segi, makan minum, sewa kemah, dan segala segi sahingga akhir majlis. begitu juga untuk menghadapi p/raya, apabila PKR bertanding dalam suatu parlimen/dun, mereka mesti siap sedia dengan kewangan dan tenaga pekerja nya, ahli PAS hanya membantu bukan pekerja utama dalam kontek ini.

mana mungkin tuan rumah dudok dan menyambut tetamu saja, yang menghidang dan melayan tetamu diurus oleh orang lain. kalau ada yg memberi sumbangan tuan rumah dapat. inilah yg dikatakan tiada keadilan dalam urusan p/raya.

penulis ingin bertanya pada KEADILAN, sampai bila mahu bergantung pada tenaga kerja PAS, nafsu besar nak bertanding kalau boleh disemua dun/parlimen. tetapi tidak pernah menilai kemampuan diri sendiri.

pada ahli PAS/jentera p/raya, adakah kita sanggup diperlakukan saperti buruh oleh sahabat kita 'KEADILAN'