Monday, April 30, 2012

manis nya perayaan BERSIH


kita tidak tinggalkan kekotoran sampah sarap begitu saja, peserta bersih cuba membantu DBKL (dudok bantah kuala lumpur) sedaya upaya nya yang ada.





sifat dan sikap kasih , tolong menolong timbul dan tertanam dalam perayaan BERSIH, siapa kata DAP dan PAS tidak boleh bersatu.








tanpa di upah, tanpa disediakan pengangkutan, tanpa diberi makan dan minuman, semua kaum dapat dudok bersama atas nama perjuangan BERSIH. kasih sayang timbul tanpa batasan agama, kaum dan darjat hanya kerana menentang KEZALIMAN kerajaan UMNO.BN

kita tumbangkan UMNO/BN dalam PRU 13.

takbir



Sunday, April 29, 2012

kenapa BERSIH kat Ipoh AMAN




kenapa program BERSIH kat Ipoh aman dan tiada provokasi dari peserta mau pun pihak polis.
jawapan nya senang je.

1. polis yg tinggal kat ipoh hanya sekitar boleh terima laporan saperti kematian dan kecurian saja. yang lain habis dah dihantar ke kuala lumpur.

2. peserta BERSIH yang gagah dan mengancam serta bersemangat perwira, pejuang. pembebasan dan sifat kepahlawanan sudah berada di kuala lumpur juga.

sebab itu BERSIH di ipoh aman kerana yg tinggal sudah laih (tak mampu), anggota polis tak ramai dan aman bila polis tiada.
ini jelas menunjukkan bahawa jika semua anggota polis 'stand by' kat balai saja, sudah tentu demo rakyat akan jadi aman dan mesra alam.

akhir sekali jelas juga yang memulakan provokasi adalah POLIS, yang ganas ada lah POLIS, yang celaka hidup nya juga adalah POLISSSSSSSSSSSSS





Thursday, April 19, 2012

jika Penguasa berlaku 'tidak' adil




sudah terlalu banyak kejadian berlaku - berlaku di antara penyokong UMNO/BN dengan penyokong Pakatan.
bila penyokong Pakatan berkumpul, mereka akan diserang oleh balici/barua barua UMNO, tetapi pihak POLIS sentiasa lambat tiba dan bertindak. berbagai alasan diberikan, jika ada tangkapan, 1 atau 2 orang saja, kemudian didapati tiada kes dan dibebaskan.

jika penyokong Pakatan berdemo, tanpa sebab polis bertindak cepat dan ganas menyuraikan demo. ramai yang ditangkap kemudian dibicarakan.

penulis memang benci dan memandang hina tugas mereka. mereka "polis' bukan bertugas menjaga keamanan dan keselamatan negara dan rakyat, tetapi polis dilihat banyak menjaga keselamatan dan kebahgian pemimpin UMNO laknatullah.

polis ada lah satu tugas yg amat mulia, tetapi kerana nak jaga 'perut' mereka, maka tugas murni mereka menjadi HINA dan hidup mereka banyak yang bergelumang dengan 'najis, rasuah yang mula dari polis, mereka tahu siapa yang berasuah, tetapi nak jaga sesuatu, perkara ini ditutup.

selagi Penguasa tidak berlaku 'adil', selagi itu 'rahmat' dari langit tersekat. pada sahabat dan rakan penulis yang bertugas sebagai anggota POLIS, sedar lah bahawa kita akan mati dan bertemu dengan Nya. ingat lah akan soal di alam kubur, ingat lah dosa dan pahala. jangan jadikan diri kita (polis) anjing pada mereka yang 'b erkuasa' dan 'zalim'

INGAT LAH BAHAWA KITA AKAN MATI JUA




Saturday, April 14, 2012

melayu sudah hilang JATI




apa itu Jati, identiti satu satu kaum atau bangsa. kita perhatikan pada akhir akhir ini, melayu sudah hilang Jati diri atau identiti sendiri. bangsa tidak boleh diubah atau di tukar. melayu tetap melayu, cina dengan kecinasan nya, dan kaum india dengan kebanggaan bangsa mereka.

kaum cina adalah satu kaum yang cukup kuat kebangsaan mereka. walau dimana mereka berada, budaya dan bahasa mereka tetap diutamakan. dan terkini kita lihat kaum india sudah mulai membina dan membangun semula identiti mereka dengan memperjuangkan bahasa dan budaya mereka.

penulis bukan lah nak menghidupkan sifat dan sikap Assabiyah di kalangan kita orang melayu. memang benar Allah swt tidak tanya pun apa bangsa mu, ia akan tanya apa agama mu. adakah kita boleh buang identiti bangsa kita dengan begitu saja. penulis ingin membuka minda kita pada pagi sabtu ini supaya kita tidak lemas dengan kebangkitan kaum dan bangsa.

apa yang ada tinggal lagi pada bangsa melayu, nama tanah melayu negara kita sudah jadi Malaysia. bahasa melayu juga ditukar dengan bahasa Malaysia. kampong tradisi orang melayu saperti di kampong baru kuala lumpur pun sudah dalam proses penghapusan. kampong kampong melayu di wilayah persekutuan diambil alih untuk pembangunan tetapi kg kg cina dibangunkan dengan diberikan gelaran 'cina town'.

kini masyarakat india juga sudah menuntut untuk di ujudkan 'little india' di bangsar dan juga di bandaraya Ipoh. kampung melayu ditengah bandaraya ipoh dihapuskan untuk memberi laluan 'pembangunan'. siapa kah yang menghilangkan Jati diri bangsa melayu, sudah tentu bukan samy vellu atau lee lam tai, dan tentu nya pemimpin 'MELAYU'

kenapa perkara ini berlaku, ini adalah kerana kepentingan politik orang melayu. untuk mendapat kan sokongan dari kaum cina dan india, segala tuntutan mereka diterima dan dilayan. penulis mencadangkan supaya seluruh bangsa melayu 'tolak' UMNO dalam PRU 13 ini kerana mereka lah yang menghapuskan bangsa sendiri.

penulis bukan penyokong Assabiyah, cuma nak buka minda pembaca saja.







Friday, April 13, 2012

bijak nya UMNO pagi jumaat



pemimpin UMNO memang bodoh baran. apabila PAS melaungkan untuk melaksanakan hukum hudud di kelantan , mereka halang dan akan menggunakan kuasa dharurat.
bila nak pilihan raya, mereka/UMNO totok ni mencabar pula PAS kenapa tidak laksanakan hudud di kelantan yang PAS perintah.

terbaru, bila Pakatan Rakyat nak hapus kan PTPTN, mereka kata negara akan bankrup. bila Pakatan jelaskan perkara tersebut boleh dilakukan, UMNO sekali lagi mencabar supaya negeri dibawah perintah Pakatan hapuskan dulu PTPTN.
bangang punya UMNO, PTPTN tu urusan Pusat, kalau nak Pakatan hapus, kena lah bagi Pakatan mendudoki Putra Jaya.

ini menunjukkan bahawa seluruh ahli politik BN bodoh tahap lembu ijat. pada seluruh rakyat malaysia, jangan lah kita ni diperbodohkan oleh UMNO/BN saperti shahrizat bodoh kan pemimpin UMNO.






Tuesday, April 10, 2012

mohon bantuan membina surau


Kami AJK surau alfalah kg melayu batu 8 ulu kinta akan membina sabuah surau yg baru bagi menggantikan yg lama. penggantian ini kerana surau sedia ada telah dibina diatas tapak/tanah rumah persendirian. kesilapan berlaku semasa pembinaan dahulu kerana ketiadaan kepakaran dalam mencari tapak yg sesuai. kini kami merasakan adalah tidak adil terus mendudoki tapak/tanah tersebut yg akan menyebabkan tuan tanah tidak dapat mendirikan rumah nya dengan selesa.

maka satu tapak yg baru telah diperolehi dan pembinaan asas telah pun bermula. kos secara keseluruhan untuk bangunan surau dan kemudahan nya adalah sekitar RM300,000. kami merayu pada jemaah/umat islam secara individu atau syarikat untuk menyumbangkan pada dana pembinaan ini. setakat ini kami mempunyai dana berjumlah sekitar RM60,000 sahaja. semoga bantuan tuan/puan mendapat Keberkatan dan Rahmat dari Allah swt.

segala sumbangan/derma boleh disalurkan ke:

1. bank islam malaysia, no akaun nya, - 08013010055615 / SURAU AL-FALAH KG MELAYU BATU 8 ULU KINTA

2. Sebarang pertanyaan boleh hubongi saya - Khirrudi bin Kajaga, - 0195753627

Sunday, April 8, 2012

kompom lelaki lebih baik dari wanita


najib telah mengambil alih tugas dan tanggung jawab menjaga wanita daripada shahrizat yang tamat tempoh senator. shahrizat jelas tidak mampu menjaga wanita berbanding kejayaan beliau menternak lembu secara besaran.





shahrizat gagal menjaga wanita tetapi berjaya sebagai tokeh lembu negara. ini dengan jelas menunjukkan bahawa lelaki yang paling layak menjaga WANITA




Wednesday, April 4, 2012

kezaliman kita yang tak disedari




ZALIM - satu tindakan yang ditafsirkan menindas yang dilakukan satu pihak terhadap pihak yang lain

kezaliman yang jelas dan selalu dilaungkan untuk mendapatkan pembebasan nya adalah yang dalam bentuk peperangan saperti yang berlaku di palestine. tetapi tiada yang nak menuntut keadilan dalam bentuk kehidupan harian terutama yang dilakukan dikalangan kita sendiri.

apa yang penulis ingin bawakan dalam tulisan kali ini adalah KEZALIMAN dikalangan Jemaah itu sendiri (PAS). kemenangan kita lambat kerana kita tidak jaga waktu telah penulis siarkan dalam ruangan yang lepas, kali ini kemenangan juga akan dilewatkan oleh ALLAH swt kerana telah berlaku kezaliman dikalangan jamaah sendiri.

apa kah kezaliman yang telah berlaku, ia itu apabila pemimpin menghadirkan diri dalam sesuatu majlis LEWAT. CONTAH NYA JIKA MAJLIS TERSEBUT AKAN BERMULA JAM 9 MALAM, PEMIMPIN BERKENAAN TIBA SEKITAR 15 - 20 MINIT LEWAT. apabila ditanya kenapa, alasan nya sibuk dan ada hal. tidak kah ini bermakna pemimpin berkenaan tidak pegang pada janji nya untuk hadir jam 9 malam? boleh kah ini ditafsirkan sebagai mungkir janji, tidak amanah.

perkara selalu berlaku pada ruangan pengajian saperti kuliah maghrib, ustaz tidak dapat hadir, tetapi tidak pula dimaklumkan pada pengerusi surau atau masjid, ustaz tersebut beranggapan ini perkara biasa. jemaah menunggu saja tanpa tahu bahawa ustaz berkenaan tidak dapat hadir, ini lah dinamakan ZALIM, zalim pada jemaah yang tertunggu tunggu.

kita jemaah (PAS) amat tidak sensitif akan perkara ini. kita nampak kezaliman hanya pada peperangan saja. kezaliman membuatkan orang ramai /masyarakat tertunggu tunggu adalah Kezaliman yang paling tinggi tahap KEZALIMAN nya.

maka ingatlah jika ALLAH swt berlaku zalim pada kita dan melengahkan KEMENANGAN kita, kita tidak perlu salahkan orang lain. pemimpin dan jemaah secara umum nya diingatkan menjaga waktu dan berlaku adil adalah kunci pada kejayaan kita dalam menghadapi Pilihan Raya. mana mungkin kita boleh menang jika kita tidak Amanah dan Menjaga Waktu.