Thursday, October 27, 2011

quality - mutu



dalam keadaan serba moden dan kelengkapan yg canggih, negara dilihat hampir hampir MUFLIS. muflis nya negara kerana segala yg dilakukan tiada Berkualiti - tak bermutu. dalam segala segi, mutu perkhidmatan, mutu kesenian, mutu pekerjaan dan mutu buatan sudah tiada lagi. dan ini ditambah lagi dengan mutu INTEGRITI - KEYAKINAN.

apa yg nak kita banggakan dengan perfileman pada masa ini, banyak cerita khayalan saja, bertopik kan Hantu dan cinta. jalan cerita yg tiada motif atau hala tuju. skrip yg lemah, pelakon yg longlai dan sebagai nya. cuba perhatikan filem P.Ramlee, skrip yg kuat dan bermutu, hala tuju cerita jelas, memberi tauladan dan pelakon nya menghayati lakonan mereka.

sukan, bola sepak menjadi gilaan dari dulu hingga sekarang. tapi pemain dahulu saperti mokhtar dahari , arumugam, minhat dan seangkatan dengan mereka, bermain untuk kepuasan diri, untuk negara, dan mereka benar benar pemain. tidak LEMBIK, tidak glamour dan tidak mengharapkan wang ganjaran saperti yg ada ketika ini. tahap dinaikkan menjadi profesional. malu kita bila dibandingkan mutu nya dengan zaman Super mokh.

kualiti wakil rakyat juga sama saperti pemain bola sepak. mereka lebih mengutamakan ganjaran, kontrak untuk kroni/keluarga, kekayaan. tidak saperti menteri dulu, contah nya saadon zubir, ghazali shafie dan seangkatan dengan nya. mereka berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

kenapa penulis katakan zaman sekarang tidak berkualiti.

1. pelakon dulu tidak kaya saperti pelakon sekarang
2. ahli sukan dulu tidak jutawan saperti sekarang
3. ahli politik dulu berkhidmat utk masyarakat dan negara, tiada bertaraf jutawan saperti ahli politik sekarang
segala ini terjadi kerana ahli sukan, ahli seni dan ahli politik tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan IKHLAS. mereka lebih tumpukan pada masa depan mereka. bukan untuk membangunkan masyarakat dalam kontek tanggungjawab, membina insan dan menjadi contoh serta ikutan rakyat.

fikirkan masa depan generasi kita






1 comment:

batu pelangi/BZ said...

Silap kita dulu memberi amanah kepada pemimpin
yang tidak 'serius'dan berkualiti untuk mentadbir negara.

Post a Comment