Monday, January 30, 2012

siapa serang ust azizan



pemuda Pas pusat menyatakan serangan bertalu terhadap Ust Azizan adalah untuk menjatuhkan beliau. soalan nya siapa yang menyerang. UMNO kah, PERKASA kah, hassan ali kah, atau PEKIDA.

yang terakhir dan terbaru, beliau diserang oleh pujangga Pakatan Rakyat ia itu Prof. Aziz Bari yang satu ketika dulu idola penyokong PAS. pakar undang2 tersohor, tetapi apabila berlaku kekecohan, tiada rundingan dilakukan, terus serang, memang hebat aziz bari ini, apatah lagi beliau sudah diangkat oleh 'bapa saudara nya' menjadi calon di sabak bernam.

kedudokan nya yang kukuh dalam PKR telah menyebabkan nya menyerang Ust Azizan, sama saperti Azmin ali yang menyerang hassan ali. Pemimpin PAS juga berdiam diri. kerana apa, kerana takut nya pemimpin PAS pada pujangga mereka dato' sri anwar ibrahim.

kini pemuda PAS kelihatan sudah hilang taring gigi nya. merayu supaya ust azizan tidak diserang. kenapa tidak beri saja 'amaran keras' pada aziz bari.

penyokong dan rakyat jelata sedang memerhati akan kewibawaan PAS dalam menangani isu 'maruah dan kedaulatan' parti islam PAS. jangan jadikan diri kita (PAS) diperlekehkan oleh rakyat dengan ungkapan 'cakap lebih'.



Friday, January 27, 2012

presiden PAS




bila azmin ali menjerit serta memberi arahan supaya PAS mengambil tindakan terhadap dato' hassan ali, dua hari sahaja salepas itu, PAS terus 'pecat' dato' hassan ali. memang hebat kuasa ketiga dalam PAS, ia itu rakan dalam pakatan terutama dari pimpinan PKR.

dan kini, ahli baru PKR, aziz bari pula sudah berani memberi amaran dan arahan supaya PAS sekali lagi mengambil tindakan terhadap MB kedah, ust azizan razak. aziz bari memberi amaran sabaik dia dicalonkan untuk bertanding disabak bernam atas tiket PKR. memang hebat pimpinan PKR.

pimpinan PAS pula dilihat saperti 'lembu' dicucuk hidung untuk ditarik ke hulu ke hilir. PKR membawa isu lembu - nfc, tapi rupa nya dia juga (PKR) mengarah 'lembu' supaya bertindak atas arahan nya.

apakah PAS dengan kebanggaan presiden nya masih berdiam diri, berfikir dulu, panggil mesyuarat dulu, kita ada pakar perlembagaan sendiri, pakar undang2 sendiri, adakah PAS sudah jadi 'dayus', boleh diarah oleh orang luar. dimana letak nya maruah PAS pada mutakhir ini.

jangan biarkan sahingga penyokong PAS sudah hilang keyakinan pada PAS kerana pimpinan PAS adalah 'kuda tunggang' PKR

Thursday, January 26, 2012

hassan ali ke 2


Isu AUKU telah mengheret MB kedah kedalam satu lagi isu diantara PAS dan Pakatan terutama PKR. kita lihat DAP masih dalam keadaan mendiamkan diri. PKR melalui wakil belum sah nya -aziz bari sudah bersuara. adakah peristiwa hassan ali akan berulang dan berlaku buat kali kedua. azmin ali bersuara suruh PAS ambil tindakan terhadap hassan ali kerana Anwar. PAS melatah dan terus PECAT.



adakah ini akan berlaku dan terjadi terhadap Ust azizan yang disanjung semasa 'konvension' Pakatan baru baru ini. mungkin kah suara 'amaran' dari Aziz Bari pulak menjadi keramat sahingga pimpinan PAS pusat pecat azizan. jangan pisang berbuah dua kali. kata TGNA, beliau tidak mahu jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua nya.

ADA KAH PAS MEMPUNYAI KEWIBAWAAN SEBAGAI PARTI YG BESAR DAN BERPENGARUH

Saturday, January 21, 2012

PKR tunjuk PAS cara siapa ada 'kuasa'



hassan ali di lucutkan jawatan exco nya tanpa perlu tunggu rayuan hassan ali pada PAS. alasan nya mudah, hassan sudah dipecat oleh PAS. sama ada hassan merayu atau tidak sahingga tarikh 'keramat' Pas, khalid tidak peduli. memang hebat khalid yang mewakili PKR.

Azmin mengumumkan bahawa DSAI adalah PM ketujuh dalam konvension PKR di Johor. dia angkat ketua nya dengan ego tanpa rujuk pada kawan dalam Pakatan. semua senyap dan kemungkinan besar ramai yang tak berani nak "tegur" azmin. hebat sungguh azmin ali yang mewakili PKR.

Dia orang juga kata, jika DSAI "tiada", Nurul Izzah akan dilantik sebagai pengganti ayahanda nya. memang hebat PKR. boleh buat keputusan dengan cepat dan pantas. semua pemimpin PAS dan DAP "senyap sunyi" tak berkata, lidah kelu untuk berucap.

tiga wakil rakyat nya telah bertukar menjadi "katak" di perak. kerana mereka bertiga dari PKR melompat, jatuh kerajaan Pakatan dan berlaku drama terbaik di "kurun" ini. memang hebat orang PKR. dia lompat, jatuh kerajaan. semua diam tak salahkan PKR. siapa berani kata PKR adalah dari golongan yang sama dengan UMNO, pantang ada pangkat mula nak kaya "CEPAT".

PAS Perak tuntut kerusi "katak" yang lompat, PKR kata itu hak aku. PAS Perak takut dan rujuk perkara ini ke PAS pusat. ahli dan akar umbi di perak sudah tahu keputusan nya. KITA IKUT TAHLUF SIASI, APA YANG MEREKA BERTANDING PADA PRU KE 12, KITA IKUT. TIDAK PERLU TUKAR KERUSI, KITA MESTI TAAT PADA PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA PAKATAN. itu lah skrip yang akan diucapkan oleh "tauke" kecut dalam PAS.

handal atau tidak nya PKR kita lihat dan amati ucapan mereka ini. dalam mesyuarat Pakatan antara PAS dan PKR peringkat Kawasan di Tambun, PAS tambun minta untuk bertanding di kerusi Ulu Kinta, mereka tak beri. alasan nya mereka sudah siap sedia untuk menghadapi PRU13 bila bila masa saja.

kita tanya mereka berkenaan dengan jentera pilihan raya yang dikatakan sudah siap sedia, jawapan yang diberikan adalah sungguh bijak. PAS Ulu Kinta telah siap sedia, jadi itulah jentera pilihanraya PAKATAN (milik bersama PKR) yang akan digerakan. bila kita kata, kita tak akan gerakkan jentera kita, mereka kata ahli PAS berdosa besar kerana tidak "WALA'" pada arahan pimpinan tertinggi PAS. menang mereka, PKR hebat, mereka hebat hebat dan memang hebat.

azmin ali suruh PAS ambil tindak kan pada hassan ali, 2 hari saja selepas itu hassan ali dipecat tanpa diberi peluang saperti digantung dulu keahlian nya. memang hebat azmin dari PKR.

apa kah kepimpinan PAS lebih utama menjaga hati dan sanubari Sahabat terutama PKR. jangan ingat ahli diakar umbi lihat dan diam saja. jangan sampai "wala" ahli pada pimpinan menjadi sampah. kemahuan ahli tamat dengan ucapan "wala". PKR gunakan "wala" yang direka oleh PAS untuk menikam dan memaksa ahli PAS menjadi HAMBA pada ikataan Pakatan untuk bekerja untuk PKR selama lama nya.

RASULLULAH JUGA DITEGUR OLEH ALLAH swt - ada kala nya.

JANGAN JADIKAN UCAPAN PEMIMPIN PAS ITU MACAM ALQURAN, TIDAK BOLEH DITEGUR

JANGAN JADIKAN PEMIMPIN KITA DIATAS SAPERTI NABI TIDAK BOLEH DITEGUR. Auzubilah.

HARAP PEMIMPIN DI ATAS BERCAKAP ATAS KAPASITI KEBENARAN PERKARA YANG BERLAKU DI BAWAH.








Friday, January 20, 2012

wajar kah tol dimansuhkan




memang benar syarikat konsesi lebuh raya sudah untung banyak. ketika ini mereka mengaut keuntungan yang luar biasa dan beberapa cadangan untuk menghapuskan nya telah disuarakan.
terkini, Lim Guan Eng dari DAP menyatakan bahawa jika Pakatan menguasai Putrajaya, tol akan dihapuskan.

ini satu cadangan yang ditunggu tunggu oleh penyokong Pakatan. tindakan yang kurang membebankan pengguna jalanraya/lebuh raya. pengguna bebas bergerak tanpa perlu berhenti untuk bayaran tol.

tetapi apakah tindakan ini tidak menyebabkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan l/raya akan terjejas. kos selenggaraan lebuh raya terpaksa kerajaan tanggung dan kos pengurusan nya juga tinggi. bagaimana dengan kebajikan dan masa depan para pekerja lebuh raya terutama yang berkhidmat di kaunter bayaran, ribuan juga jumlah nya. adakah mereka ini akan diberikan pekerjaan yang lain atau dibiarkan menganggur.

saya mencadangkan jumlah keuntungan yang diperolehi dari tol tersebut dikurangkan dengan mengenakan cas yang minima saperti diturunkan kadar tol sekitar 20% ke 30%. yang lebih utama dalam urusan lebuh raya ini, kerajaan mesti ambil alih sapenuh nya, agar keuntungan nya dapat di agihkan untuk rakyat dalam bentuk pembangunan dan perkhidmatan.

ini satu cadangan dan harap mendapat maklum balas.





Thursday, January 19, 2012

bila hassan ali tiada,PAS makin kecut




bila dato' hassan ali dipecat olehPAS, kita mengharapkan imej PAS akan melonjak. tapi malang seribu kali malang apabila pengganti nya Dr ahmad yunus hanya diberikan jawatan Exco yg bertaraf TADIKA. jawatan utama dirampas oleh khalid, benar kata orang, PKR sudah tidak yakin PAS untuk mengendalikan hal hal berkaitan Ugama.

kenapa ini berlaku, apabila hassan ali mengharamkan arak di shah alam, PAS yg tentang konon nya itu hak orang bukan islam. bila serbuan di buat ke atas DUMC, Pas juga kata itu hak orang kristian. akhir nya khalid kata biar aku yang handle.

PAS parti yang memperjuangkan islam hanya atas kertas saja.

fikir lah sendiri








Tuesday, January 17, 2012

ada kah ia akan terus mengganas



harimau adat nya apabila luka ia akan mengganas. ini juga berpandukan pada tahap luka yang dialami nya, jika terlalu parah, mungkin ia hanya mununggu masa untuk ditamatkan, tapi kalau luka nya dapat disembuhkan maka dikuatiri ia akan mengganas untuk membalas dendam.

harimau bagini ada dua kemungkinan, satu jangan diusik akan dia, biarkan nya bersendirian buat seketika. bila ia rasa agak selesa dengan luka nya bertambah baik, maka ia akan berjalan lalu ke tempat asal nya.

kemungkinan kedua, jika ia merasai nyawa nya terancam akibat terus diserang oleh manusia, ia akan hilang pertimbangan dan terus menyerang. disini sama ada harimau itu dapat membaham musuh nya atau diri nya tewas.

dato' hassan ali di ibaratkan saperti sa ekor 'harimau yang luka'. kebijakan PAS lah untuk mengawal nya. jika PAS dan pencacai nya terus menyerang nya, ia kelihatan saperti ingin menyerang kembali. adalah lebih bijak jika dato' hassan dibiarkan tanpa disebut atau dijolok oleh pencacai PAS dalam apa jua keadaan. biarkan ia bersendirian hingga luka nya sembuh atau sebalik nya.

adakah PAS merasai untung untuk terus menyerang dato' hassan ali? pemimpin dan ahli PAS harus bijak dalam menangani isu ini. kita selalu katakan media UMNO suka membuat provokasi, tapi kita juga dilihat sama saperti UMNO.

fikir lah




Monday, January 16, 2012

senyum besar



dia kata syukur kerana Barisan Nasional memberi nya RM500. kalau dulu nak p/raya dia BN hanya beri kain pelikat/batik saja, kali wang wang wang.
RM500 untuk 5 tahun, silap hari hari ini pun ada yang dah habis. kalau kain pelikat/batik, tahan lama juga, boleh bawa pergi sembahyang.

semua nya yang BN/UMNO beri tak betul. bagi RM500, sapu 250 juta se orang beb.


BN BN BN tanda nak mampus





Sunday, January 15, 2012

kebanggaan 1 Malaysia



KR1M - Kedai Rakyat 1 Malaysia
BR1M - Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
KR1M - Klinik Rakyat 1 Malaysia
RR1M - Rumah Rakyat 1 Malaysia
LR1M - Lembu Rakyat 1 Malaysia
SR1M - Saham Rakyat 1 Malaysia
SR1M - Sekolah Rakyat 1 Malaysia
KR1M - Kubur Rakyat 1 Malaysia










Friday, January 13, 2012

menang sorak, kampung tergadai



mahkamah sudah membuat keputusan DSAI tidak bersalah. maka beliau bebas saperti saekor burung merpati terbang diudara.
najib pula berkata saya tidak pernah mempunyai niat untuk menzalimi DSAI.
UMNO/BN terbukti tidak menguasai mahkamah, mahkamah bebas membuat keputusan mengikut saluran undang.

Najib telah berjaya mematikan isu 'kezaliman UMNO terhadap DSAI
apakah selepas ini DSAI masih lagi akan bercakap 'kezaliman' terhadap diri nya dalam ceramah.
najib berjaya mengurangkan tekanan dan peluru dari Pakatan.

apa yang menakutkan Pakatan, adalah 57% pengundi tegar UMNO/BN kekal dengan mereka dan 15% pengundi atas pagar yang memberi undi mereka pada Pakatan pada p/raya ke12 adakah akan kekal bersama dgn Pakatan.

diharapkan Pakatan akan terus membawa isu negara dan masyarakat dengan lebih hebat lagi untuk memberi tekanan yang berterusan pada Najib.








Thursday, January 12, 2012

ish ish ish



ish ish ish ganjil juga rupa buah ini. ini lah kejadian yang terjadi menyerupai barangan lain.
kembar nya kut. untuk tatapan saja



sungai diatas sungai



apakah ini satu cara untuk menarik pelancong atau satu keperluan.






Tuesday, January 10, 2012

beralih angin



daku bertukar angin kerana tahun 2012. dari pasulukinta ke tongkat dari ulu kinta


Monday, January 9, 2012

saiful, mangsa liwat yang bijak



saya redho dengan keputusan mahkamah. itu adalah ketentuan dari Allah. pasti yang benar jika dizalimi di dunia akan di selamatkan diakhirat dan jika terlepas didunia orang yg zalim, Allah akan hukum di padang masyar.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah Engkaulah matlamat ku dan aku mencari keredaan Mu). ucap saiful bukhari yang benar benar beriman.







Umar tidak dipecat oleh Nabi




saidina Umar telah membantah perjanjian hudaibiyah, tetapi baginda Rasullullah tidak memecat umar atas sikap nya yg melawan arus.
hassan ali tidak menentang dasar PAS, cuma nak ia nya lebih tegas, tetapi telah dipecat.

Sunday, January 8, 2012

Hassan Ali - check and balance Pakatan



apa yang dilakukan oleh dato' hassan ali adalah merupakan check and balance pada PAS dalam berurusan dengan rakan dalam pakatan. contoh nya saperti
1. Azmin ali mengishtiharkan DSAI sebagai PM ke 7, adakah ini telah dirujuk pada pimpinan PAS dan DAP atau mendahului mereka.
2. DSAI mengumumkan PM sementara apabila beliau dipenjarakan. adakah juga ini pandangan dan persetujuan Pakatan.
3. himpunan 901, adakah jelas untuk menuntut keadilan atau untuk menunjukkan sokongan pada DSAI.
4. adakah PKR bersetuju dengan konsep negara berkebajikan berpaksikan ISLAM. di singapura konsep ISLAM mereka lebih terserlah dari malaysia walaupun diperintah oleh pemimpin Cina.
5. apa kah PKR sedar mereka tidak ada sokongan diakar umbi kecuali wala' nya ahli PAS pada Pakatan.

harap semua jemaah renung secara global bukan dalam saja untuk menidakkan kebolehan dan kewibawaan dato' hassan ali.

renung renung lah untuk masa depan PAS






Saturday, January 7, 2012

sah UMNO sudah bodoh macam lembu


kompom UMNO bodoh. dia cuba nak buruk buruk kan Pakatan Rakyat yang melakukan jenayah terhadap bangunan UMNO kedah dengan menyimbah cat.




berlaku dijangka pada waktu malam. ada pengawal lagi. kawasan yang terbuka. mudah dilihat orang ramai. tulisan banyak pula. dijangka masa untuk membuat kerja tersebut sekitar 1/2 jam. pengawal balik tidur kat rumah kot. atau pengawal dibayar rasuah supaya diam dan lihat. atau pengawal itu sendiri yang melakukan nya. pengawal tersebut patut disiasat oleh polis dengan segera untuk mengelakkan kekeliruan.




Thursday, January 5, 2012

beza nya Nur Amalina dengan Siti Fatimah


siti fatimah mendapat didikan agama dari awal dan apabila berjaya diraikan oleh ahli Agama maka Insyaallah ia kekal dengan cara Islamik nya dan kita doakan semoga beliau berjaya dan bertambah Iman nya.




berbeza dengan nur amalina, kejayaan beliau diraikan secara sekular, dan mendapat pendidikan agama secara asas disekolah, maka buka tudong dari bertudong biasa bagi mereka yang sealiran dengan didikan UMNO. anak didik UMNO mana ada yang senonoh, cuba lihat awei, jamal abdilah dan seangkatan dengan nya.

cuma kita takut lisa surihani dan anak arwah dato' sosilawati juga hanyut dengan UMNO nya.


dudok dekat orang jual minyak wangi, dapat harum nya, tapi kalau dudok dalam kandang lembu, bukan bau nya saja yang kita dapat, malah jadi lembu jugak kita.