Tuesday, December 28, 2010

double decker trouble


dalam menghadapi penghujung tahun 2010, kejadian kemalangan melibatkan bas adalah diluar jangkaan. sistem pengangkutan negara amat tinggi teknologi nya, lebuh raya yang baik dan bertaraf dunia. bas bas yang disediakan tinggi teknologinya dengan sistem gps, bas dua tingkat dan semua nya baru dan dalam keadaan baik. ini dibantu dengan pemeriksaan berkala - PUSPAKOM.

had kelajuan di lebuhraya di negara kita ialah 110 kmj. satu ketika dulu ada yang memohon untuk dinaikkan had laju ke 130 kmj. trend ketika ini bas persiaran atau bas pengangkutan awam antara bandar menggunakan bas dua tingkat.
di kota london dan paris, bas dua tingkat digunakan dalam bandar bukan antara bandar. di malaysia yang serba canggih, kita gunakan nya untuk perjalanan jauh dengan kelajuan 110kmj itu pun yang dihadkan, belum lagi dipecut melebihi had laju yang dibenarkan.

para pengkaji yang duduk di kementerian pengangkutan tidak kah mereka membuat kajian akan kesesuaian penggunaan bas dua tingkat untuk perjalanan jauh. negara yang maju saperti kota london pun tidak menggunakan double decker. fisik mengatakan centre gravity double decker tidak setabil dengan kelajuan 110kmj. ketinggian nya tidak seimbang dengan kelebaran bas serta kelajuan yang tinggi. ini memudahkan kemalangan berlaku terutama ketika mengambil selekoh, menekan brek ketika menurun bukit, memotong kenderaan.

jika digunakan dalam bandar, kelajuan terhad, mengambil selekoh dalam kelajuan yang rendah, tidak menurun tanah tinggi. adakah pengusaha memikirkan keuntungan penumpang yang ramai dalam satu perjalanan.

fikir lah untuk keselesaan dan keselamatan penumpang


takbir



Tuesday, December 21, 2010

renongan siri 02




siri 01 - polis lalu lintas mengganti tiang lampu isyarat. dalam siri ini tugas polis juga sama dengan tugas anggota JPJ. sekadar bertanya dan sembang sembang, antara tugas hakiki polis dan JPJ dalam soal berkaitan kenderaan.
pendapatan utama JPJ adalah cukai jalan kenderaan dan yang berkaitan dengan kenderaan itu sendiri saperti denda ubah suai, enjin kenderaan yang tidak di daftar, cermin gelap dan juga ciri ciri keselamatan kenderaan.
tugas polis lebih pada nama nya sebagai polis lalu lintas, mesti lah yang berkaitan disiplin jalan raya. pendapatan polis lalu lintas adalah kesalahan memandu lalu, memandu dalam keadaan cuai, berbahaya, memotong pada garisan berkembar dan sebagai nya berkaitan disiplin memandu di atas jalan raya.
disini kita lihat jika diteliti dengan terperinci, tugas polis dan JPJ adalah berbeza, JPJ tumpu pada kenderaan samaada ciri keselamatan atau ubah suai kenderaan. polis pula tumpu pada disiplin pemandu kenderaan diatas jalan raya.
jika tugas ini dapat dilaksanakan dengan telus dan tegas, sudah tentu kesesakan lalu lintas dapat diatasi. sekatan jalan raya tidak perlu diadakan sepanjang masa olih pihak polis. kadang kadang kita lihat ada anggota polis melakukan sekatan jalan raya pada tempat dan masa yang janggal. tempat yang merbahaya saperti di selekoh atau jalan mandaki. juga didapati tiada tanda sekatan sebagai amaran kepada pemandu. apa kah kemungkinan yang berlaku jika sekatan jalan raya dilakukan tanpa dijadualkan, RASUAH, akan terjadi diantara dua pihak terutama apabila sekatan di tempat yang terpencil.
berikan lah pada JPJ melakukan tugas nya dengan profesional.
selama ini tidak nampak kesan nya terhadap sikap pemandu apabila polis melakukan sekatan jalan raya. mat rempit bertambah, pemandu tidak memakai topi keledar berleluasa. apa kah wawasan polis trafik dalam mengatasi masaalah ini. pihak yang bertanggung jawab mesti merancangsatu kaedah untuk mengatasi nya
mungkin ada hamba ALLAH yang mempunyai kemampuan untuk membantu menyelesaikan nya jika tidak 100% tetapi ada usaha nya.
renungan untuk tatapan dan membuka minda untuk berbincang

takbir




Saturday, December 18, 2010

renungan siri 01





terdapat ratusan malah jutaan rakyat malaysia yang telah ke luar negara sama ada dalam urusan sebagai pelajar, pelancong atau bertugas. malah terdapat segolongan pegawai kerajaan yang dihantar untuk mempelajari pembangunan, pengurusan dan pentadbiran untuk dibawa pulang sebagai panduan ditanah air. semua ini telah berlaku berpuloh tahun lama nya sebelum apa yang akan dikatakan nanti. adakah kita telah belajar atau masih dalam 'perhatian'.
dalam siri 01 ini kita sentoh tugas tugas anggota polis yang biasa iaitu "police traffic".
anggota polis trafik di malaysia ini antara tugas yang kita nampak adalah:
a. tugas pengiring VVIP - VIP
b. lalu lintas - mengganti tugas tiang lampu isyarat waktu "puncak"
c. sekatan lalu lintas waktu sesak
d. tugas sampingan - tugas JPJ

"trafik flow" yang terdapat dinegara kita sentiasa sesak dan tenat. polis lalu lintas terpaksa dibawa untuk membantu mengatasi nya. kesesakan akan meningkat masa ke semasa. adakah angota polis akan digunakan mengganti tiang lampu isyarat berterusan.
di luar negara - kota london, umpama nya, lampu isyarat rapat sahingga pada jarak 50 meter antara satu. sepanjang penghayatan tidak terdapat seorang pun anggota polis trafik berdiri atau mengganti lampu isyarat. jumlah kenderaan yang banyak tiada kesesakan atau "jem". adakah rakyat malaysia tidak berdisiplin sehingga memerlukan anggota polis mengawal atau kita tiada kaedah untuk mengatasi nya. pegawai polis yang berkenaan lebih mengetahui cara untuk mengatasi nya atau tiada KUASA untuk melaksanakan nya kerana kehendak AHLI POLITIK.

fikir lah untuk keselesaan dan kemudahan rakyat

takbir

kebangkitan singa tua yang luka






berita terakhir yang timbul beberapa hari yang lalu adalah ujud nya 2 parti baru secara rasmi atau tidak iaitu KITA dan UBP. KITA diterajui oleh zaid ibrahim dan UBP di pelopori oleh jeffrey kitingan. siapa kah mereka, kedua dua nya bekas pimpinan dari PKR. tetapi ujud nya 2 parti yang baru itu dalam pendekatan yang berbeza.
KITA ujud atas tindakan menukar parti asal AKIM, ini merupakan satu tindakan membeli AKIM dan tukar nama KITA, secara umum nya mematikan AKIM. malang sekali pada pimpinan AKIM yang telah hilang pengaruh dan modal sehingga menjual parti tersebut pada zaid ibrahim. kenapa perkara ini boleh berlaku. secara sepintas lalu, kewibawaan zaid ibrahim telah jelas dalam mainan politik beliau.
beliau sebenar nya ingin meletakkan dirinya pada tempat yang setaraf dengan pimpinan utama parti parti politik yang lain. nafsu sebagai pimpinan utama pada beliau dinafikan UMNO/BN apabila saranan beliau agar ISA dimansuhkan ditolak. tercalar kewibawaan beliau lalu keluar dari UMNO masuk PKR.
dalam PKR sekali lagi beliau mencuba meletak diri nya dikalangan pimpinan utama apabila bertanding jawatan timbalan presiden parti, ini juga dilihat gagal dan tindakan yang sama iaitu keluar parti.
akhir sekali beliau yang kaya, secara sinis nya membeli AKIM dan tukar kepada KITA serta menjadi presiden, maka tercapai lah akhirnya beliau meletakkan dirinya setaraf dengan pimpinan utama parti yang lain,
beliau akan duduk dalam saf pimpinan bersama TG hadi, DSAI, Najib, LKS dan semua presiden parti dalam malaysia. dan ini lah matlamt UTAMA zaid dalam arena politik. adakah beliau mempunyai kredibiliti untuk memimpin, sama sama kita tunggu dan lihat.
zaid ibrahim adalah umpama singa tua yang luka tetapi masih ingin mengaum kejantanan beliau dalam politik.
sebagai satu renongan

TAKBIR




Wednesday, December 8, 2010

masih tidak yakin?

sumber gambar: attaqwatravel


selepas berlaku 2 insiden baru baru ini, iaitu kenaikan harga minyak dipasaran dan pendakwaan mr khir toyo, ramai meramalkan pilihanraya akan berlaku dalam masa yang terdekat. diambil kira kenaikan minyak penanda PRU dekat, rasa nya salah. rakyat dalam kedaan tertekan mana mungkin UMNO akan mengadakan PRU, sudah tentu mereka akan kalah.
tetapi saperti ungkapan emas tun mahadhir - melayu mudah lupa, PRU selepas 6 bulan dari sekarang mungkin boleh diadakan. apabila tun abdullah naikkan harga minyak secara mendadak, ramai yang melompat, tetapi turun dengan cepat apabila diberi subsidi.
kes mr khir toyo, apa ada pada beliau jika benar dia bersalah. dia bukan ketua UMNO di selangor. kalau kalah tak rugi, kalau menang , ini yang jadi racun pada PR. banyak dah contoh pemimpin UMNO/BN sentiasa didapati tidak bersalah. adakah kita masih mengharapkan serta menanti keputusan yang menyebelahi kita (khir didapati bersalah).
Dato' bakar chik menyatakan PR akan menang, Dato razali hamzah kata UMNO/BN kalah banyak kerusi, tun mahadir kata BN menang balik 2 -3 negeri PR tapi belum cukup 2/3 kerusi majoriti. ini semua ramalan yang mengelirukan dan tiada tanda keyakinan dalam membuat kenyataan. tiada kenyataan UMNO/BN kalah.
dilihat PR tidak dapat melawan gerak saraf UMNO/BN. media mereka masih menunjukkan UMNO/BN gagah dan apa yang dilakukan betul walaupun harga minyak naik. PR menggunakan media elektronik untuk melawan mereka, memang canggih, tapi rakyat luar bandar, masih tidak dapat maklumat sebenar nya. edaran risalah melawan surat akhbar berita harian dan utusan melayu tidak cukup kuat. kita banyak bergantung pada akhbar parti yang pengeluaran nya terhad.
apakah kita yakin akan menang, tiada tindakan aggresif, gerak saraf tidak berfungsi, khidmat masyarakat terhad, penerangan ke akar umbi lemah. selalu mengharapkan kelemahan UMNO/BN. tiada usaha untuk memperkukuhkan parti, memperkemaskan jentera p/raya. kemenangan atas kelemahan musuh, tidak kekal apabila menang kerana kita juga tidak kuat.
berikan lah satu kenyataan yang meyakinkan masyarakat bahawa PR memang layak untuk menawan PUTRAJAYA.

TAKBIR

Saturday, December 4, 2010

memang confirm bodoh






semua ahli UMNO memang confirm - SAH - bodoh nya. contoh,

1. peguam - apa yang dilakukan oleh pembangkang, disamam dan di ISA kan
2. doktor - kes liwat DSAI semua pemeriksaan walaupun yg diperiksa lain, dilapur lain
3. hakim - bahan yg wajib diserahkan pd pihak pembela, dinafikan, macamana nak soalbalas
4. PDRM - pembangkang berkumpul, tanpa direport, dtg dgn ganas menyuraikan. UMNO siap goyang pagar, buat tengin je
5. SPRM-pembangkang, baru cerita je, dah dtg buat siasatan. UMNO dah buat, tak tahu je

khutbah jumaat dari Imperial College London







Thanks to ALLAH
Ucapan syukur dan alhamdulillah mesti diterjemahkan dan bentuk perbuatan, bukan saja pada ucapan dimulut dan didalam hati. sama dalam terjemahan Iman, yang paling lemah nafi kemungkaran dalam hati. (terjemahan dari khutbah).
saya terjemahkan pada jemaah yang berjuang untuk menegakkan Syariat.
pada para jemaah Islamiah,(PAS) jangan jadi ahli saja, mesti bergerak dalam jemaah untuk menentukan tertegak nya daulah Islamiah sepenuhnya. jadi ahli sudah memadai sama saperti umat islam tidak mendirikan solat.
mencapai kemenangan mesti bergerak dengan kebolehan dan kemahiran yang ada seperti yang telah dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t walaupun berdoa pada yg uzur
semoga mencapai kejayaan dengan keredaan Nya

TAKBIR

Friday, December 3, 2010

berita dari london





ada 2 berita tidak akan berlaku di malaysia

1. yuran pengajian naik di londan, satu protes besar2an akan dilakukan oleh persatuan pelajar dan juga pelajar secara bersama.

2. salji yang melanda kota london, dota' bandar berada di zurich utk bida FIFA 2018, diminta letak jawatan.

iktibar -
1. suara rakyat menjadi penentu pd polisi, pemimpin akur dgn keperluan rakyat, bukan isi perut pemimpin, pemimpin berkhidmat utk rakyat
2. masaalah alam semula jadi boleh salahkan pemimpin, dimalaysia, masaalah rasuah dilakukan pemimpin tak boleh disentuh apatah lagi masaalah alam,yg di salahkan -adakah ALLAH -Tuhan

inilah yang dikata demokrasi sebenar, boleh ditegur. dimalaysia - ISA