Wednesday, November 30, 2011

WIFI percuma seluruh Selangor



Rais yatim dah lama bagi kat Gua Musang WIFI percuma, selangor tahun depan , kah kah kah.



Tuesday, November 29, 2011

ada kah shahrizat tidak terlibat.



isu fedlot - NFC telah lama dipertikaikan oleh pembangkang dan beberapa NGO's. dikatakan ia nya melibatkan menteri dalam kabinet Najib - Shahrizat Jalil. dikatakan juga perniagaan ini di kaitkan dengan shahrizat kerana ia nya menteri, ada kelebihan. walaupun perniagaan ini diuruskan oleh suami nya.

shahrizat boleh menafikan ia nya tidak terlibat dalam pemberian pinjaman mudah pada suami nya. tapi secara nyata, jika suami nya seorang yg 'Bodoh' dalam perniagaan datang untuk meminjam dari bank, contoh nya, sudah tentu pinjaman nya diluluskan kerana ia nya 'suami' pada saorang 'menteri'. contoh juga saperti anak 'mahathir muhammad', tidak dilahirkan sebagai usahawan/jutawan, tapi kalau ia kata nak berniaga, siapa berani kata 'awak tak layak', nak mampus ditanam hidup hidup oleh bapa nya 'mahathir'.


shahrizat memang tidak terlibat dalam isu NFC, tetapi contoh juga, kalau lah anak gadis shahrizat ditangkap berkhalwat, adakah shahrizat akan kata 'saya tak terlibat'. memang shahrizat tidak terlibat, yang ditangkap anak nya. tapi maruah keluarga orang akan kata 'ITU ANAK SHAHRIZAT'. tak pula penulis tahu jika shahrizat muka tak malu, kulit nya tebal macam kulit 'LEMBU'.

jika kita ada maruah kita akan bersama bertanggung jawab terhadap sesuatu perkara yang berlaku dalam keluarga kita. contoh terbaik, Tuan Guru Dato' Nik Aziz, apabila menantu nya dikaitkan dengan isu jawatan ceo di dalam kerajaan kelantan, TGNA , menantu nya terus meletakkan jawatan kerana tidak mahu melibatkan nama baik dan reputasi ayah mertua nya. ini lah dikatakan tidak menumpang 'populariti' orang lain.

tapi punulis yakin 100% kulit muka shahrizat sama tebal nya dengan kulit LEMBU. itu sebab dia boleh kata dia tak terlibat.














Monday, November 28, 2011

bola kalah, pembangkang hasut.



harimau muda kalah,
kalah dengan jepun
kalah dengan syria
kalah juga dengan bahrain,

gah dengan indonesia melalui tendangan penalti,
harimau muda keletihan,
harimau muda diganggu emosinya,
harimau muda dihasut oleh Pembangkang,

pembangkang hasut harimau muda, pembangkang tiada sikap kesukanan,
pembangkang tidak minat dengan sukan,
pembangkang kata bola melalaikan,

yang sabenar nya, harimau kita masih muda, hanya layak bermain dalam negeri saja.


Sunday, November 27, 2011

cara Queen sambut tetamu


begitu sopan nya 'Queen' apabila menyambut tetamu yag dihormati rakyat. ini bermakna Queen bijak mengenakan pakaian sesuai dengan taraf dan kedudokan tetamu nya.



begitu manis nya isteri Perdana Menteri Turki dengan pakaian berwarna kehijauan serta Queen pula warna putih.





Queen nampak macam baru bangun pagi je, ketika menyambut 'Rosmah and Husband'. begitu kurang selesa je dengan kehadiran 'tetamu' nya itu. cuba lihat pakaian Queen, baginda mengenakan pakaian sesuai dengan keadaan semasa.


Saturday, November 26, 2011

Benar kah DSAI layak jadi PM ke 7



kita rasa terperanjat juga apabila azmin ali, mengisytiharkan DSAI sebagai 'future' prime minister yang ke 7. dalam konvension PKR di Johor, isu menabalkan DSAI sebagai Perdana Menteri ke 7 suduh mendapat restu dari pimpinan PKR. apa kah seluruh pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju.

ini lah cara PKR nak mendahului dalam semua isu dari rakan nya dalam PR. apa hebat sungguh DSAI sahingga PKR yakin akan mendapat mandat dari rakyat/pengundi dalam p/raya ke 13. apa kah PAS dan DAP tunggul dalam Pakatan Rakyat. jika PKR merasakan mereka hebat dari PAS dan DAP, penulis rasa kita kena bertanding atas tiket masing masing tidak atas nama PAKATAN RAKYAT.

PKR saperti yang telah penulis tuliskan dalam blog ini terdahulu, mereka memperkudakan secara keseluruhan nya ahli ahli PAS untuk bergerak sebagai jentera mereka. dalam p/raya ke 12, ahli PAS bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan PAKATAN RAKYAT. tetapi kita lihat sekarang, PKR mula 'keras kepala' dan telah 'mendabit dada' bahawa mereka lah HERO dalam PAKATAN RAKYAT.

pada ahli PAS, penulis ingin ingatkan, jangan kita sangka hanya UMNO akan patuk kita kalau kita bekerjasama dengan nya. tetapi penulis rasa begitu yakin, bahawa PKR lah yang akan 'patuk' kita dalam belitan nya. hati hati dengan tipu helah mereka. mereka bak umpama 'kayangan', tetapi ingin memerintah. kalau mereka memerintah, siapa kah 'kuda kuda' mereka, kalau bukan ahli PAS siapa lagi.

kenapa PKR tidak berani memperkudakan ahli dan pimpinan DAP. kerana DAP adalah parti yang mempunyai prinsip dan tegas. semua kerusi yang mereka (PKR) tandingi atas kerusi tradisi milik PAS. penulis mencadangkan pada seluruh ahli PAS, mari kita bangun dari lena diperkudakan PKR. kita ada maruah, kita ada matlamat dan kita parti yang lebih senior dari mereka.

KITA BIARKAN PARTI KEADILAN RAKYAT BERGERAK DENGAN JENTERA PILIHAN RAYA MEREKA SENDIRI, JANGAN DIBANTU MEREKA, MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG SOMBONG DAN BONGKAK. NEGARA MUNGKIN LEBIH PARAH JIKA MEREKA YANG MENGETUAI KERAJAAN. INGAT LAH PARA SAHABAT SAYA.






Friday, November 25, 2011

kita serupa


rosmah mansor


shahrizat jalil

dimana kah terletak nya serupa nya mereka.

dimana kah terletak nya minat mereka berdua yang serupa

adakah pada rupa nya, atau adakah pada pemborosan wang rakyat nya kah, atau pada kuasa 'queen control' nya kah.



Thursday, November 24, 2011

arah tuju bolasepak negara.



melihatkan kebolehan Harimau Muda memenangi serta menjuarai sukan SEA, penulis terpanggil untuk memberi sedikit pandangan sebagai penuntun dan peminat. kemenangan melalui sepakan penalti adalah satu kemenangan yg tidak begitu dibanggakan.

keadaan pemain untuk menamatkan 30 minit masa tambahan, dilihat saolah olah saperti terhoyong hayang, sepakan tidak kuat, lemah, passing tidak sampai, lari kejar bola saperti berjalan dan sebagai nya. ini bukan lah penulis pemain yang handal, tetapi ini menunjukkan bahawa pemain negara belum lagi malah jauh sekali untuk bertanding di peringkat Asia.

kekalahan pada syria yg bergolak, tiada imbuhan ratusan ribu, amat memalukan. bermain di padang sendiri, depan penyokong sendiri walaupun tak ramai, baru diumumkan imbuhan 30,000 ringgit setiap pemain, masih lagi tiada semangat. keletihan salepas tamat perlawanan dengan indonesia bukan lah alasan kita keletihan. kalau dibandingkan dengan liga inggeris yang bermain tanpa henti, siapa lah kita 'harimau malaya'.

selagi persatuan sukan negara diterajui oleh orang politik, selagi itu lah sukan negara bangga sebagai "Jaguh Kampung". kalangan asean kita keempat/lima, di peringkat asia kita sasarkan satu/dua saja pingat. wang jutaan habis untuk membangunkan sukan negara, sekolah sukan diujudkan untuk membantu, tetapi tiada hasil yg boleh dibanggakan.

penulis cadangkan adakan satu forum terbuka agar pandangan peminat dapat diluahkan untuk sukan kerana sukan.







Wednesday, November 23, 2011

wanita pertama - first lady yg dibanggakan.


ini adalah wajah permaisuri tuanku YDP Agung, dikatakan First Lady/Wanita Pertama Malaysia. wajah nya ayu dan sejuk mata memandang






ini pula gaya dan kebanggaan rakyat perancis dan sepanyol apa bila First Lady mereka bergaya dan cantik



ini pulak yang 'mengaku' dia First Lady, tetapi hakikat nya dia isteri kedua. gaya yang kekok dan ganjil dilihat, bergaya saolah comel dan cute.

Tuesday, November 22, 2011

kerjasama - dalam pakatan



satelah mencapai banyak kejayaan dalam PRU 12, keadilan bertambah yakin dan mula menunjukkan 'keras kepala' dan 'bongkak'. cakap kita (keadilan) akan bertanding di kebanyakkan kerusi yg tidak dimenangi oleh rakan PAKATAN dalam pru 13. sebagai permulaan nya dalam p/raya negeri sarawak. Keadilan sapu bersih 40 kerusi untuk ditandingi. akhir nya DAP menang 12 dari 16 kerusi, PKR, habuk saja dia dapat.

kekalahan PKR pada p/raya di sarawak membawa hikmah, jika ia menang besar, sudah tentu 'aku lah bos PAKATAN'. wakil rakyat dari Keadilan yg lompat tidak dikira oleh Keadilan. mereka masih nak kekal bertanding di kerusi yg dimenangi oleh 'katak jadian' nya. sungguh bongkak dan sombong nya pemimpin Keadilan. kata orang melayu 'tak sedarkan diri'.

mereka, pemimpin PKR, sedar bahawa mereka tidak mempunyai akar umbi yg kukuh untuk menegakkan mereka terus, tapi mereka mengharapkan sokongan akar umbi dari ahli PAS. disini lah penulis lihat bahawa pemimpin PKR pandai mengambil hati ahli PAS atas dasar wala'. ahli wala' menunggu arahan dari pimpinan tertinggi PAS untuk tindakan saterus nya.

mereka seru supaya kita bekerjasama dalam menentang UMNO/BN. dalam masa yg sama mereka juga lah yang memperkudakan ahli PAS. semua kawasan yang mereka bertanding, ahli PAS lah yang menjalankan kerja kerja p/raya. mereka lebih pada sikap 'mandor'. ahli PAS lebih pada tahap 'kuli'.

adakah ahli PAS akan terus diperkudakan oleh pemimpin PKR. fikirlah sendiri dan "entry" sateru nya akan menyusul, insyaallah.


Monday, November 21, 2011

PKR, parti "kayangan"



PKR tertubuh salepas insiden DSAI di lucutkan jawatan sebagai TPM dan didakwa liwat serta salah guna kuasa oleh mantan PM Mahathir. 1998/1999 bermula segala gala nya dengan satu gerakan dinamakan 'refomasi'. jeritan pemuda terutama nya telah menaikkan semangat sebilangan pimpinan anti UMNO untuk terus menubuhkan parti baru - Keadilan.

hampir 90% pimpinan Keadilan pada ketika itu terdiri dari mereka yang dilahirkan oleh UMNO dibawah pengaruh DSAI. mereka menyerang majikan lama mereka (UMNO) dari segala segi terutama Ezam md noor dengan kempen 6 kotak keramat nya. tahun demi tahun mereka terus menyerang UMNO/BN dan serangan demi serangan tidak juga dapat menembusi kubu kuat UMNO. dan disini lah bermula nya pimpinan yang lemah kembali rujuk pada 'bos' lama mereka.

satelah hampir 12 tahun Keadilan berjuang menentang UMNO, konsep dan gerakan kerja serta hala tuju perjuangan parti Keadilan masih lagi tidak jelas. pimpinan kanan mula menanam pengaruh dan sudah ada ciri ciri kelompok Anwar dan kelompok 'bebas'. kelompok anwar adalah mereka yang bergantung pada aura anwar dan ketokohan serta hormat nya masyarakat pada anwar. kelompok 'bebas' adalah mereka yang sedang berusaha untuk berjuang bukan kerana individu (anwar) tetapi kerana untuk membebaskan negara dari kemusnahan di bawah UMNO/BN.

pada keseluruhan nya, dari mana kolompok mereka, Parti Keadilan adalah satu parti yang ujud kerana ada nya pemimpin. jika diperhatikan mereka tiada ahli dan penyokong di peringkat bawah (grass root) untuk menjulang mereka naik keatas saperti lain lain parti di malaysia ini. mereka berjuang dan bergerak atas kehebatan individu dalam parti mereka. akhir nya kerana kehebatan pimpinan, mereka sudah menganggap mereka sudah boleh bertanding "dimana saja mereka suka". dikawasan milik tradisi PAS dan DAP, mereka kata mereka ada penyokong dan jentera untuk membantu mereka dalam p/raya. contoh nya, mereka menang besar dalam p/raya 2008.

berikutan kejayaan tersebut, keadilan sudah mula menunjukkan sikap "Besar kepala". mereka mula menuntut dan berkeras untuk terus memiliki kawasan yang mereka telah menangi. tiba tiba, muncul katak katak dikalangan wakil rakyat mereka. melompat serta ada nya paling tragik sekali hingga jatuh nya kerajaan PAKATAN di negeri perak. ini merupakan satu detik sejarah hitam dalam arena politik tanahair.

benarkah keadilan mempunyai ahli di semua peringkat dan mampu berdikari. akan dimuat dalam 'entry' akan datang.








Sunday, November 20, 2011

kelebihan ahli politik PKR

sejak tertubuh nya parti keadilan dalam era reformasi anuar ibrahim, lahir begitu ramai ahli politik dari kalangan mereka di PKR. seawal timbul nya Ezam md noor (senator) hingga lah yang terbaru srikandi PKR siti aishah. mereka ini bukan berpolitik kosong, tapi telah membuat kajian serta perancangan untuk menjatuhkan musuh mereka iaitu -UMNO.

dalam kes feedlot, mereka mengupas dan menyelidik sejarah timbul nya salah laku dalam pengurusan feedlot itu. mereka turun padang, cari sumber yg sahih dan mereka dedahkan pada masyarakat. mereka ini memang hebat dan berkualiti.

tidak ramai kumpulan mereka ini, tetapi pelaksanaan dalam menengahkan isu negara mereka sentiasa kehadapan. tetapi malang sekali, kerana kehebatan mereka ini lah yang menyebabkan ada dikalangan mereka yang dibeli dan sanggup menjual diri demi sesuap nasi yang haram.

tindakan ini lah lahir nya pula kumpulan kedua iaitu kumpulan lompat jauh (katak). zahrain hashim, zulkifli noordin, gopal, ezam, roslan kassim, jamaludin portman, osman jailu dan sebagai nya. kesemua mereka ini ada yang berjuang dalam PKR dari awal nya dan ada yang masuk dari 'perut UMNO'. akhir nya ahli dalam PKR terdiri dari tiga kumpulan
1. lahir dari dalam UMNO.
2. menyertai PKR pada awal penubuhan dalam era 'reformasi'
3. menyertai PKR dari golongan ' non partisan'

ada kah Parti Keadilan Rakyat ini memang hebat dan setanding dengan parti yang lama saperti PAS dan DAP. sudah tentu terdapat perbezaan antara PKR dengan DAP dan PAS. ulasan di entry akan datang.




Saturday, November 19, 2011

Hina kah Dato' Hassan Ali



sejak program HIMPUN untuk menentang MURTAD, yang Dato Hassan Ali sertai atas kapasiti individu, beliau di kritik dan di hentam 'left and right' oleh beberapa bloggers yang dikatakan pro PAS dan anti UG. sebagai exco agama negeri selangor, beliau bertindak bukan mewakili PAS maupun negeri. beliau hadir atas kesedaran dan tanggungjawab beliau terhadap AKIDAH umat melayu/islam yang sudah dan dalam proses kemusnahan.

kebencian dan penghinaan terhadap dato' hassan ali bermula dari konspirasi gabongan UG yang didakwa dianggotai beberapa pimpinan utama PAS termasuk mantan timbalan presiden malah dato' presiden itu sendiri. tuduh demi tuduhan dilakukan namun ust nasa dan dato presiden senyap, yang masih dimarahi dan dimaki hamun adalah dato' hassan ali sa orang.

pada satu ketika, beliau (hassan ali) mengeluarkan arahan pengharaman jualan arak di semua kedai 7 eleven di shah alam, tetapi tindakan beliau ditentang oleh pimpinan PAS selangor. dikatakan tindakan beliau tersebut mencabul HAK asasi rakyat bukan islam.

kehadiran beliau di perhimpunan HIMPUN menjadi kan beliau tempat maki hamun oleh bloggers pro PAS. dikata hassan ali lebih condong untuk bersama UMNO. tomahan ini disambut oleh dato' hassan dengan ikrar beliau tidak akan sekali kali menggadai akidah beliau kerana 'kemewahan' dunia yang sementara.

dan terbaru, apabila timbul isu penggunaan alat berteknologi tinggi dalam memesongkan akidah umat islam. kenyataan beliau dijawab oleh Dr Asri mantan mufti perlis. dikatakan kenyataan dato' hassan itu menghina umat islam. kenyataan dr asri, apa kah laungan azan dengan menggunakan pembesar suara sudah dapat mengIslamkan oang kafir. ini merupakan satu "statement" yang kebudakan bagi dihujahkan oleh dr asri.

kita mencegah, bukan menghalang penggunaan teknologi canggih dan terbaru. dalam satu kajian, sms memainkan peranan dalam menggoda anak gadis melayu/islam untuk melakukan sesuatu diluar kawalan ibu/bapa. ada cadangan dari bloggers agar alat canggih ini diberikan"tauliah" pula. ini menunjukkan bahawa pembenci dato' hassan sudah singkat dan bertambah dungu dalam mempertikaikan tindakan dato' hassan.

dalam isu "tauliah", kita sedar JAIS dan MAIS dikawal selia oleh UMNO. malah satu ketika kita mengaku bahawa dato' hassan tiada kuasa terhadap kedua jabatan tersebut. kenapa masih timbul lagi soal menganugerahan "tauliah" di selangor dipersalahkan pada dato' hassan.

ada dikalangan bloggers pro PAS yg terlalu rendah moral dan etika nya apabila menyamakan manusia itu saperti 'ANJING dan BABI'. apakah kita bersifat begitu. pada mereka kalau kita tidak bersetuju dengan sasaorang itu, jangan lah dimaki hamun dengan menyamakan dia nya dengan BINATANG.

kita berikan alternatif bukan terus menghentan. kita berikan cadangan bukan menghina. kita nyatakan kebenaran bukan memfitnah. renungkan lah . takbir




Friday, November 18, 2011

malaysia tarik diri

Malaysia menang dalam perlawanan kumpulan menentang Indonesia 1-0. kemenangan Malaysia disambut gembira rakyat di negara ini, tapi di Indonesia ia nya berlawanan apabila pasukan Malaysia diancam oleh para penyokong nya. sahingga pemain Malaysia terpaksa diusung dan dibawa pulang dengan menggunakan kereta perisai pasukan polis nya.

dalam sukan, jaminan keselamat pasukan pelawat adalah diutamakan oleh pasukan tuan rumah. tetapi di Indonesia ini kita lihat ini adalah kali kedua pasukan Malaysia di bawa balik ke hotel nya dengan kenderaan perisai. begitu fanatik nya penyokong Indonesia terhadap pasukan mereka. tetapi ini hanya berlaku pada pasukan Malaysia saja, tidak pada pasukan lain dalam sukan SEA.

apakah dendam nya rakyat Indonesia pada pasukan bolasepak Malaysia. FAM mesti kaji sebab nya perkara sebegini berlaku. demi keselamatan, penulis sarankan Pasukan Malaysia menarik diri dari perlawanan seterusnya di sukan SEA. kita tidak rugi, kita kena tunjukkan pada Indonesia kita utamakan keselamatan pemain dan pegawai nya. kita laporkan tingkah laku penyokong dan pemain serta pengurusan Indonesia yg sambil lewa pada FIFA. agar di masa depan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia diadakan di padang berkecuali.

maju sukan untuk negara, keselamatan peserta diutamakan.




selingan pagi Jumaat


kenderaan banjir di Thailand.

apabila musibah tiba, ada yg mengambil inisiatif untuk terus hidup. gambar diatas menceritakan segala nya. kita yg dijangka akan menghadapi banjir, adakah sudah bersedia untuk mereka peralatan sesuai dengan masa dan keadaan.

Wednesday, November 16, 2011

renungan - ikhlas kah aku.



ada kah ALLAH terima doa orang yg tak ikhlas, tolak hukum Nya, persenda hukum Nya, ibadah saperti budaya, menunjuk nunjuk serta sombong pada Pencipta Nya.








Tuesday, November 15, 2011

maruah diri dan keluarga lebih utama



pada shahrizat, dinasihatkan supaya meletak jawatan dari kabinet (dapur najib) kerana menjaga maruah diri dan keluarga adalah lebih utama dari menjawat jawatan menteri. anda telah diserang oleh kawan dan lawan. terbaru kawan anda sendiri ia itu bung mukhtar menyeru anda meletak jawatan.




kenapa bung mukthar gesa shahrizat meletakkan jawatan, ini adalah dendam lama bung apabila semasa bung menikahi artis popular, shahrizat suruh bung letak jawatan kerana kurang moral. sekarang dendam bung terbalas bila shahrizat pula jadi mangsa nya.


jangan hina orang kerana satu perkara kecil. bagi bung, dia nikah kedua adalah halal dan sah, dia tidak mencuri isteri orang apa tah lagi LEMBU .

Monday, November 14, 2011

mereka ini lebih MULIA dari Khairy Jamaludin


sejak kebelakangan ini, penulis lihat khairy jamaludin telah berusaha begitu gigih ubtuk mendapatkan perhatian dari perdana menteri Haji Najib. tetapi segala usaha nya saperti 'mencurah air di daun keladi'. dalam masa beliau berusaha, tiba tiba timbul sesumpah yang bertuah.



nallakarupan adalah 'mutiara hitam' yang timbul dari lautan dalam. memberi cahaya yang kelam pada masa depan politik tuan haji najib.




ezam juga merupakan tongkat sakti pada haji najib, pemberi semangat baru pada tuan haji najib dan rosmah untuk terus berjuang. ezam adalah 'sesumpah' yang ajaib kerana mempunyai 6 'kotak' yang masih lagi disimpan nya.

Sunday, November 13, 2011

ibrahim ali bermain tarik tali



ibrahim ali hadir dalam majlis pengurniaan darjah sempena hari keputraan tuanku sultan kelantan. sebagai rakyat kelantan beliau wajar hadirkan diri dalam majlis tersebut. kehadiran nya dilihat lebih pada ISU untuk memulihkah imej nya yang terjejas dikalangan istana kelantan apabila tuanku menarik balik darjah 'datuk' dari nya.

dari kelantan, ke kelantan juga akhirnya. ibrahim dilihat sudah hilang daya untuk bergerak serta mendapatkan sokongan dari luar kelantan. beliau mesti kembali ke kelantan untuk 'survival' diri nya dalam politik tanahair. kesian pun ada, menyampah pun ada.

muhasabah diri dan jangan terlalu celupar, hormat kan orang lain walaupun musuh politik kita.


Saturday, November 12, 2011

malang nasib Khairy lagi


Khairy jamaludin sentiasa saja malang nasib nya. dalam protes BERSIH, beliau cuba menjadi hero membela Najib dengan membawa Mamat Bangla menentang Himpunan BERSIH. beliau gagal apabila pemuda UMNO iaitu PATRIOT hanya turun dgn mengedar baju T saja pada mamat bangla.



pada isu terkini dan panas iaitu isu Feedlot/feed a lot, khairy sekali lagi turun mempertahankan shahrizat. dari isu ladang tak berlembu, dan kini mempertahankan pembelian kondo pula. apakah tujuan beliau mempertahankan shahrizat menjadi persoalan besar.

pada pandangan penulis lah, sharizat adalah diantara makhluk kegemaran Najib. bayangkan lah saorang ketua wanita yg kalah dalam p/raya, dilantik menjadi menteri penuh oleh Najib. disinilah penulis nampak, khairy cuba mendapatkan sokongan dari shahrizat agar khairy tetap menjadi calon dlm p/raya . sebab itu khairy minta semua ahli UMNO yg tak terpilih jgn sabotaj parti

Thursday, November 10, 2011

kenapa Rais Yatim bkn Muhyedeen


kenapa pada ketika ini Muhyideen , orang no 2 UMNO/BN di pinggirkan, kata pegawai khas Ku Li, sdr mohd lukman ghani. sebab nya sudah menjadi tradisi UMNO selama nya, ia itu dulu, kini dan selamanya isteri mereka tidak boleh bertudunggggg. cuba anda amati gambar dibawah ini.


isteri muhyideen bertudong walau pun isteri orang no 2. dikatakan sekarang ini Rais anak Yatim sudah mendapat tempat dihati Najib dan Rosmah. kenapa ye, kerana isteri Rais lagi dahsyat rambut nya. siap dengan blond lagi




baru ada ngam, kalau najib and isteri berjalan seiing dengan rais and isteri, baru nampak sesuai




Wednesday, November 9, 2011

Najib di sabotaj


Doto' Sri Najib dan isteri serta keluarga nya telah mengerjakan ibadah Haji. selamat sudah ibadah mereka. tetapi beberapa perkara yang luar biasa berlaku pada pemimpin negara ini sepanjang mereka berada di Mekah. jika diperhatikan satu persatu, terdapat satu konspirasi jahat terhadap Najib dan keluarga nya. mereka, ia itu musuh najib, disyaaki dari dalam UMNO sendiri telah merancang perkara ini dengan kerjasama pihak tertentu.



Jamil Khir adalah saorang ulama yang pakar dalam mengerjakan ibadah Haji. mana mungkin ia membenarkan Najib dikawal begitu ketat semasa melakukan Tawaf. sa olah olah Najib tidak percayakan Janji janji ALLAH bahawa Mekah adalah bumi yang dijamin keselamatan dan jauh dari segala penyakit. tindakan ini telah menyebabkan pandangan masyarakat bahawa Najib menghina kekuasaan ALLAH dibumi ini.

masyarakat sedia maklum, najib menghadapi tentangan yang hebat dari luar dan dalam UMNO itu sendiri. beliau jangka kan adegan mengerjakan haji akan menaikkan imej beliau yang tercalar, tetapi sebalik nya telah berlaku dimana beliau dipandang menghina Penguasa Alam ini dengan menggunakan pengawal peribadi semasa melakukan Tawaf.

tidak dinafikan juga, najib dilihat amat JAHIL dalam mengerjakan ibadah haji, dimana beliau bangga telah sempurna nya haji nya pada petang Ahad. dimana kah para ulama (ular dalam semak) yang bersama beliau, mengapa perkara ini boleh berlaku sahingga dipertikai kan oleh Dato Mufti Perlis sendiri.



Sunday, November 6, 2011

bumi Mekah diancam


Mekah adalah bumi para ambia, dilindungi sapenuh nya oleh ALLAH swt. tetapi ada manusia yg tidak yakin dgn janji janji dan pertolongan dari ALLAH apabila di tanah suci mengerjakan ibadah haji dikawal oleh puluhan manusia untuk keselamatan?




ini menunjukkan bahawa kepercayaan dan keyakinan kita yg dikatakan "Beriman' pada ALLAH sudah tiada. memang kita lihat tindakan ini tidak menyalahi ibadah, tapi dari segi akidah nya, apakah 'moral nya' perlu dilindungi dan diberi kelebihan pada najib dan rombongan.

ibadah haji satu daripada tujuan nya untuk mendapatkan rasa kesamarataan, pengabdian dan tiada darjat dihadapan ALLAH swt. aku berlindung dibawah kekuasaan Mu ya ALLAH

Saturday, November 5, 2011

AL FUTHUHAT: HULURKAN BANTUAN ANDA

AL FUTHUHAT: HULURKAN BANTUAN ANDA

akan di tanya nanti



apa yang kita lakukan didunia ini akan dipersoalkan dan ditanya di padang mashar nanti. jgn ingat kita sudah bebas, kita boleh berbangga dengan kezaliman kita didunia ini. setiap pemimpin akan ditanya apa yg dipimpin dan setiap rakyat juga akan ditanya dalam memilih pemimpin.





Friday, November 4, 2011

santapan minda


kalau sudah hati berkenan, ambil saja, yang utama haram tetap haram

Wednesday, November 2, 2011

haji mabbrur - berubah lah kerana iman




jangan lah kita anggap beribadah kepada ALLAH itu amt enteng. Ibadah Haji adalah rukun Islam. laksanakan lah dengan penuh keikhlasan semoga mendapat rahmat dari ALLAH.



kita doakan lah agar mereka berdua berubah demi diri sendiri dan rakyat kerana kamu adalah Pemimpin negara. penulis akan tuntut kezalimam dan ketidak adilan yang kamu lakukan terhadap kami semasa kamu memerintah di hari hisab kelak




Tuesday, November 1, 2011

gurau senda diawal november


liga inggeris, MU kalah pada MC dengan jaringan 6 -1. najib tetap senyum walaupun kelab 'nya' kalah.



PRU 13, jika pakatan rakyat gagal menawan 'putrajaya', insyaallah, 6 negeri akan menjadi milik Pakatan. najib tetap senyum walaupun hilang '6 negeri' , putrajaya tetap milik nya