Sunday, October 31, 2010

mca keluar bn





UMNO the big brother, mca dan mic small brother. apa umno cakap semua jadi, tak payah rujuk mca dan mic. bn umno punya, big share holder, mic dan mca listen to big umno. mca dan mic tiada maruah dan harga diri.more news will come





Friday, October 29, 2010

rindu pada berahim

perasaan rindu pada celotih dan garau senda ibrahim ali timbul tiba tiba. apa khabar beliau, lama tak dengar cerita dari beliau. sunyi rasa nya tanpa beliau terutama di galas. harap beliau kembali !!!!!!!!!!!!!!!








Monday, October 25, 2010

tuah tuan guru nik aziz



tuah ayam pada kaki nya, tuah harimau pada belang nya,tuan manusia pada IMAN nya.
timbalan perdana menteri telah mengistiharkan pembinaan 1,500 buah rumah, dengan terdiri nya 18 blok setinggi 5 tingkat dengan nilai RM 180 juta. kelantan bertuah kerana UMNO/BN masih menaruh harapan untuk menawan kembali negeri serambi Mekah itu.

ini lah yang dikatakan tuah rakyat kelantan kerana mereka pandai berpolitik. saperti kata tuan guru, beri kita ambil undi pada PAS. tidak saperti rakyat yang memilih UMNO/BN di perak, perlis dan terutamanya di trengganu, masih disisih dari pemberian durian runtuh oleh majikan mereka - UMNO

gula gula dari UMNO/BN adalah satu tuah untuk membangunkan kawasan tertentu apabila ada PRK. pada pengundi di galas agar berhati hati, gula di manik urai belun lagi diberi ini pulak dah berjanji di galas. gula nama lah pulak nak diambil oleh UMNO untuk diberi pada rakyat di galas.

kenapa kelantan menjadi sasaran untuk UMNO/BN rampas kembali? mungkin kerana minyak dan emas yang terdapat di dalam bumi bertuah itu.

projek mee segera dah tiada, tapi projek tayang pembangunan pulak dilakukan.

takbir!!!!!!!






Sunday, October 24, 2010

najib dalam ketakutan


indah dan sejuk mata memandang pasangan ini




apa kah ini akan terjadi asalkan undi dapat dari kaum india beragama hindu

dato' sri najib perdana menteri dilihat dalam ketakutan ketika ini. ini mungkin akan menjadi kan beliau kesejukan dan menggigil apabila PAS menang di Galas. beliau telah menghantar komando nya semalam ke galas untuk menentukan kemenangan UMNO. ini adalah talian hayat nya yang terakhir sebelum pilihanraya ke 13.

beliau telah menjelaskan dengan jelas kecuali mereka yang rabun, bahawa hak orang melayu dan bumiputra terjamin dan terkunci dengan kukuhnya dalam perlembagaan negara. tiada kuasa yang dapat mengubahkan nya kecuali dipersetujui oleh Duli Tuanku Raja Raja Melayu.

ini jelas menunjukan bahawa jika UMNO ditalkin dan dikuburkan, hak orang melayu tetap terjamin. jadi apa masaalah nya jika PR memerintah. najib telah buat satu kesilapan apabila cuba menenangkan hati orang melayu telah membuka ruang untuk rakyat memilih PR sebagai peneraju negara dalam pru ke 13.

HAK ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA ADA DITANGAN RAJA RAJA.


apa UMNO boleh buat untuk orang melayu, nak juga tanah kg baru lagi ada, pada orang melayu sedarlah bahawa UMNO lah yang sebenar nya menjual maruah dan tanah orang melayu.




Saturday, October 23, 2010

Harus kah Dato' Sri Harussani berubah



dewan pemuda PAS negeri perak telah menyerahkan memorendum kepada Dato' Sri Mufti Perak yang meliputi 2 perkara ia itu upacara meletak ancak ke tiang seri rumah dalam projek infra bina upaya (ibu) oleh menteri besar perak dato' sri zambry abdul kadir dan program islamik fashion festitival yang diadakan sempena seminar 1st lady anjuran datin sri rosmah mansor.

dilihat ketelusan dan kemampuan pemuda PAS membuat temu janji dengan dato' sri mufti adalah satu pergerakan posotif. kesudian dato' sri mufti menerima kehadiran pemuda PAS juga dilihat beliau ada kelonggaran dalam sikap pasif beliau. sekurang kurang nya beliau sedia menerima memorandum untuk rujukan serta tindakan beliau. sangka baik hendak lah diletakkan keutamaan agar dato' sri boleh memberi pandangan serta tindakan seterus nya atas 2 perkara yang merosakkan akidah umat islam keseluruhan nya. memorandum tersebut bukan bertujuan PAS menentang UMNO, tetapi menjaga akidah umat islam adalah yang UTAMA.

berdoa lah kita agar dato' sri tidak lagi menjadi pak turut dalam isu melibatkan AKIDAH. bersuaralah demi kebenaran agar tidak disoal di akhirat kelak atas jawatan yang disandang.

takbir!!!!!









Wednesday, October 20, 2010

harus kah tindakan ini ?





pada suatu ketika dulu, pernah dato' mufti perak dato' sri harussani memberi fatwa bahawa politik hendaklah di sangkut pada pagar masjid atau surau, itu pun kalau ada pagar nya, apabila mengajar pada jemaah. dalam islam politik dan ibadah tidak sama, makna nya sembahyang boleh judi pun boleh - MALAYSIA BOLEH.

mutakhir ini kelihatan perkara tersebut sudah mula diamalkan oleh puak UMNO secara bebas tanpa ada rasa WAS WAS untuk bertanya boleh ke atau tidak. dato' sri zambri menteri besar perak telah menepung tawar serta merenjis tiang seri sebuah rumah yang akan didirikan dalam program rumah bantuan kerajaan. kerja tepung menepung ini telah lama ditinggalkan oleh orang islam sezaman dengan mandi safar - mandi tolak bala sekitar awal 70an.

ini kerja khurafat dan syirik, kelihatan ianya sebagai budaya yang diharuskan. apa kah dato' sri mufti ingin membutakan mata nya dan memekakkan telinga nya dalam isu ini. jangan dalam usia yang sudah lanjut ini dibutakan mata yang belum buta lagi. kita bukan pertikaikan perkara itu berlaku kerana dilakukan oleh UMNO, tapi kerana ia akan menjadi ikutan pada masyarakat awam yang jahil kerana kejahilan UMNO. kalau pemimpin boleh sudah tentu rakyat pun boleh, kan ke Malaysia ini semua Boleh.

kerana ingin mengambil hati rakyat, sanggup kita hancurkan akidah yang menjadi pegangan kita. saya ingin sangat kalau dato' mufti dapat menghuraikan keadaan ini kepada masyarakat yang telah keliru atas tindakan pemimpin yang melaung kan berjuang untuk agama dan bangsa.

TAKBIR

Friday, October 15, 2010

Maaasih kah kau ingat!!!!

maaaaasih kah kau ingat!!!! satu lagu yang mengingatkan kita pada perkara lama yang menjadi kenangan. Kata kata Tengku Razali tersebut mengingatkan kita bahawa beliau sendiri mengaku bahawa kekalahan UMNO lebih baik untuk Malaysia. Tapi kini beliau sanggup menjadi pengarah PRK di Galas. apakah beliau lupa UMNO itu buruk dan teruk?

Kata di kota, jangan tengku lupa ikrar tengku masa dulu, jangan masa ditindas kita keluar kata hina, tapi bila disanjung lupa pulak pada kata dan janji.

biar lah hidup berprinsip, jangan jadi saperti anak kepada Yatim yang telah membakar jambatan kemudian sendiri bina kembali dan rujuk pada UMNO. malu kita pada masyarakat, masyarakat tidak semua nya lupa saperti yang dikatakan oleh mantan PM.

sendiri mau ingat, LU FIKIR LAH SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!!!!






Wednesday, October 13, 2010

anugerah DATO'




di negara Malaysia ini mempunyai 13 negeri, 1 wilayah persekutuan dan 1 persekutuan (Malaysia).
ada 15 belas tarikh dimana akan ada cuti sempena hari keputeraan ia itu:
a. Hari kesultanan - 9
b. Hari gabenor - 4
c. Hari wilayah persekutuan - 1
d. Hari Yang Di Pertuan Agong - 1

satu hari perayaan dianugerahkan 20 anugerah darjah gelaran DATO'(anggaran), ini menjadikan 300 orang akan dapat DATO' di negara yang kecil ini. Wilayah Persekutuan yang tiada raja/gabenor pun ingin memberi anugerah juga. secara keseluruhan nya anugerah Dato ini terlalu ramai sehinggakan kebelakangan ini mereka tidak menghormati anugerah yang disampaikan pada mereka oleh duli tuanku atau gabenor atau ketua kerajaan.

anugerah ini hendaklah dipandang serius sebagai satu anugerah yang tertinggi dan mahal dari segi penganugerahan nya. maka pemilihan nya juga hendak tidak terlalu longgar umpama koata tahunan atau isi penuh sempena hari keputeraan. biar tiada yang layak pada tahun tersebut di anugerahkan pingat Dato jika tiada yang layak. ini menunjukkan tidak semestinya tiap tahun ada yang layak di anugerahkan Dato'.

anugerah pingat ini juga hendaklah diambil kira jasa mereka terutama pada anak negeri. mana mungkin bukan anak negeri yang tiada jasa dalam negeri tersebut dianugerahkan pingat. contoh nya Dato Ibrahin Ali juga menerima anugerah dari Melaka, jasa nya di mana, adakah beliau menyumbang penbangunan fisikal atau kerohanian di melaka. adakah beliau menetap di melaka dan berjasa pada rakyat melaka.

biarlah anugerah yang diberikan itu mahal nilainya, dipandang tinggi oleh masyarakat, tinggi jasa pada rakyat setempat, tiada jenayah atau maksiat dilakukan nya, taat pada pemerintah, orang politik dan kakitangan kerajaan tidak layak sebenarnya untuk menerima pingat, kerana khidmat bakti mereka itu adalah tugas hakiki mereka. kalau saya jadi pengarah, kejayaan itu dilakukan kerena saya pengarah bukan dermawan.

tulisan ini untuk renungan dan jika terdapat tambahan atau bantahan sila beri komen membina untuk kebaikan kita dan negara





Monday, October 11, 2010

IJTIMAK PAS KAWASAN TAMBUN

Dewan utama Program Ijtimak PAS Kawasan Tambun di dewan terbuka AlFalah PAS cawangan Batu 8 Ulu Kinta


Penceramah jemputanUst Misbah


Barisan saf pimpinan PAS Kawasan Tambun - TYDP AF Ust Lokman sedang memberi ucapan


Wajah seorang Mujahid


Jemaah sedang beratur untuk menghadapi hidangan

Muslimat berbincang sambil bersantap


Muslimin menjamu selera


Saf Brigade Muslimat yang hadir


Wajah tenang seorang pejuang


Saf muslimin tekun mendengar amanat dari pimpinan


Program bulanan Ijtimak PAS Kawasan pada kali ini (Okt) diadakan di markas PAS cawangan Batu 8 ulu kinta pada 8 Okt 2010. Program bulanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para jemaah. Isian program ini ia itu bermula dengan solat berjemaah Maghrib dan di ikuti tazkirah yang dibawa oleh AF Ust Salleh Said.

Selepas solat Isyak jemaah menjamu selera dan seterus nya satu ceramah semasa dan motivasi pada jemaah di bawa oleh AF Ust Misbahul Munir.

TAKBIR!!!







Sunday, October 10, 2010

sambutan raya zon taman hiburan

AF Ust Fuad sebagai pengarah majlis memberi ucapan pada hadirin



AJK induk berbincang perkembangan dan persiapan majlis


sdr Zainal merangkap AJK makan/minum membuat tinjauan
tapak bakar lemang


gerai roti canai dan murtabak


sebahagian dari jemputan kalangan muslimat


gerai muslimat juga pemenang gerai terbaik


tetamu khas Tuan Hj Jamaludin merangkap pengarah MTD Ulu Kinta
bersama pengerusi majlis AF Ust Salleh


penyerahan sijil keahlian pada ahli baru cawangan Taman Hiburan
oleh Yg Bhg pengarah MTD Ulu Kinta


ruang untuk muslimin



sebahagian dari peserta anak anak yang menjadi bakal Pemuda PAS




Pada 24 sept 2010,PAS Cawangan Taman Hiburan telah menganjurkan jamuan sambutan aidil fitri dikawasan surau Jamaaiyah Taman Hiburan. Pada tahun ini majlis tersebut telah diadakan secara anjuran bersama dengan PAS Cawangan Taman Perpaduan dan PAS Cawangan Taman Bercam Raya. Gabongan majlis tiga cawangan di lihat bertambah meriah atas dasar ukhwah dan kerjasama antara cawangan tersebut.

Ini juga diambil kira kerana PAS cawangan Taman Bercam Raya ada lah cawangan PAS yang bungsu, dimana baru ditubuhkan secara rasmi nya pada bulan April 2010. Sambutan masyarakat setempat amat membanggakan, golongan Almalak sekitar zon tersebut juga tidak ketinggalan dijemput menghadiri majlis tersebut.

Program yang diadakan adalah gerai dari tiap cawangan, gerai Muslimat, gerai Pemuda, gerai Nisa', bantuan pada OKU, hadiah untuk gerai tercantik dan kemas, tokoh Muslimat, Pemuda dan Muslimin, pelajar SAR yang terbaik dan juga ahli yang berjaya dalam program mendaftarkan ahli baru (jumlah yang paling ramai).

Serahan sijil ahli baru telah disempurnakan oleh Pengarah MTD Ulu Kinta Tuan Hj Jamaludin Hashim. Majlis sambutan ini telah di pengerusikan AF Ust Salleh Said. Tahniah pada pada seluruh J/K majlis kerana berjaya mengeratkan lagi silaturrahim diantara ketiga tiga cawangan tersebut. TAKBIR






Thursday, October 7, 2010

UMNO BODOHKAN WARGA EMAS





Dalam kehangatan dunia menghadapi piala dunia bolasepak, UMNO mencadangkan judi bola dihalalkan melalui syarikat Tan Sri Vincent Tan. Tujuan nya adalah untuk menghalang aktiviti judi haram yg merugikan kerajaan. Hasil cukai judi tersebut boleh diagihkan pada rakyat atau untuk pembangunan. Satu cadangan yg cukup baik pada akal UMNO tanpa tahu hukum halal haram nya.

Atas desakan Pembangkang, akhir nya judi bola tidak diteruskan. Bermula dari sinilah kita lihat puak UMNO mula sedar haram nya judi, haram nya hasil judi, haram nya berjudi serta haram makan hasil judi. Apa bila Kerajaan P.Pinang memberi bantuan RM100 kepada warga emas yang hasil nya dikatakan dari judi, kita sokong apabila UMNO menolak bantuan tersebut.

Persoalan nya sekarang adalah:

1. Adakah pengharaman hasil judi ini diambil berat kerana bantuan/sumbangan nya dari PR
2. Bagaimana dengan sumbangan yang dihulurkan oleh syarikat judi dalam membantu OKU
3. Kenapa RM100 tersebut tidak diserahkan kembali kepada kerajaan P.Pinang yang
memberi nya
4. Kemana kah agak nya wang yang dikembalikan itu digunakan. (wang dikembalikan pada
UMNO)

Disini kita lihat warga emas telah di bodohkan oleh pemimpin UMNO. Mereka dapat percuma wang dari rakyat yang jahil dlm politik dan ugama. Pemimpin UMNO memang perlukan ahli yang jahil dlm politik dan agama supaya mereka sentiasa patuh dan akur dgn kehendak pimpinan mereka.