Tuesday, October 18, 2011

Dato' Hassan Ali merajuk ?

PAS selangor telah menghantar dua pucuk surat perlantikan pada dato' hassan ali, tetapi dijawab tidak terima. kenapa! kerana "sebab mulut badan binasa". bila dato hassan ali menjalankan tugas nya sebagai Exco kerajaan negeri, pas selangor dan pimpinan nya rasa dato hassan ali membelakangkan mereka dalam tindakan nya mencegah kemungkaran. dalam erti kata nya yg sabenar, apa jua tindakan yg akan diambil mesti mendapat restu dari PAS selangor.



dato hassan ali dikecam oleh sahabat nya sendiri tanpa belas ehsan. ditambah pula komen yg tidak ada usul periksa dari bloggers, dato hassan dikatakan mirip UMNO, belaci UMNO, dikudakan oleh UMNO dan sebagai nya. ada kah dato hassan malaikat, tiada perasaan kecil hati. tapi bila tindakan beliau disokong oleh tuanku sultan, ramai lah belaci memuji beliau. fikirkan lah sendiri perasaan orang yg berjuang tetapi dikatakan pengkhianat.

pada pimpinan PAS, sudah banyak kali penulis ingatkan supaya kita sabar dalam membuat keputusan. kaji dahulu sabelum mengeluarkan kenyataan. sepakat dalam membuat keputusan. apa kah kalau kita meminta maaf, maruah kita jatuh dan dipandang hina.

fikir lah untuk kebaikan ummah





No comments:

Post a Comment