Saturday, October 8, 2011

mulia dan cerdik nya Lim Guan Eng


Lim Guan Eng ada lah ketua menteri P.Pinang dari DAP dan seorang pemimpin bukan Islam. Tetapi beliau pernah berkata akan menjadikan Omar Bin Abdullah - sahabat Nabi sebagai Idola beliau dalam sistem pemerintahan nya. Beliau mengambil pemimpin Islam sebagai tauladan nya kerana beliau yakin akan mendapat kepercayaan dari orang islam di p.pinang. beliau juga cerdik dalam berhadapan dengan musuh dan sahabat. mari kita renung tindakan beliau menangani masaalah dengan musuh politik beliau



1. kes beliau didakwa menghina negeri Johor di singapura. seluruh jentera UMNO/BN menuduh beliau menderhaka pada tuanku sultan johor. bukti mengatakan beliau menghina kerajaan johor belum terbukti lagi, desakan demi desakan agar beliau memohon maaf di minta oleh UMNO dan pencacai nya.

sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi, beliau memohon maaf pada Tuanku sultan dan akhir nya isu ini tertutup dengan sendiri nya. seluruh pimpinan UMNO/BN hilang akal dan terkedu untuk terus menghina LGE. pada LGE, memohon maaf pada tuanku tiada rugi nya, tetapi kini beliau dipandang sebagai seorang pemimpin yang Berhemah tinggi dan mulia.

ada kah dengan memohon maaf tersebut bermakna beliau bersalah. tidak, LGE bertegas akan mencari bukti untuk mendakwa mereka yang menyebarkan berita beliau menghina kerajaan negeri johor.

2. hubongan mesra beliau dengan pimpinan pusat diteruskan dengan menganjurkan basikalthon di p.pinang bersama hampir 20,00 pelajar cina seluruh p.pinang. beliau ingin meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk sekolah sekolah cina, maka dianjurkan nya satu program dan menjemput perdana menteri untuk merasmikan nya.

najib turun dgn harapan akan mendapat sokongan masyarakat cina kelak dalam p/raya. PM berjanji akan membantu dan mengisytiharkan bantuan bernilai RM15 juta. akhir nya kita lihat betapa bijak nya LGE untuk mendapatkan bantuan untuk sekolah cina tanpa perlu sumbangan dari masyarakat. dengan hanya satu jemputan, beliau dapat 15juta. mudah dan mesra.

3. apakah yang dapat kita pelajari dari tindakan LGE, beliau dipuji dan disanjung oleh seluruh penyokong nya di p.pinang. musuh politik beliau pula hilang punca untuk menjatuhkan nya. beliau merendahkan diri tanpa perlu menggadai maruah nya.

4. apakah pimpinan kita (PAS) boleh lakukan saperti tersebut. khalid samad didesak oleh UMNO utk memohon maaf, beliau enggan dengan angkuh nya. mat sabu juga didesak seluruh NGO UMNO utk memohon maaf atas isu mat indra, tetapi tetap tegas dgn pendirian nya untuk tidak berbuat demikian. akhir nya mereka berdemo semasa ceramah mat sabu di Rembau.

cuba kita bayangkan, kalau mat sabu menerima perwakilan UMNO untuk bertemu dan menyerahkan memorandun semasa di Seremban. kalau beliau terima, penulis yakin tidak akan berlaku kejadian di Rembau. dalam masa yang sama kita sudah berdepan dengan mereka dan boleh jelaskan perkara yang sabenar nya pada pencacai UMNO.

kalau mat sabu memohon maaf atas ucapan beliau pada kes bukit kepong, sudah tentu waris dan pencacai UMNO tidak dapat memanjangkan isu tersebut.
tidak dinafikan isu bukit kepong telah memberi rahmat pada seluruh anggota polis dan tentera apabila kerajaan - najib memberikan insentif dalam bajet 2012.

sebagai renungan, apakah kita perlu bersikap tegas dalam semua bentuk, LGE tegas juga dalam menangi kes pentadbiran tetapi berlembut untuk isu kemasyarakatan.
a. marilah kita tunjukkan sifat bermaaf maafan.
b. hulurkan tangan untuk bersalaman dengan musuh.
c. anggap lah musuh batu loncatan untuk menaikkan imej kita.

berlapang dada lah kita dalam menyelesaikan isu isu berkaitan masyarakat




No comments:

Post a Comment