Thursday, October 6, 2011

siapa lah aku


esok, 7 okt, akan diumumkan belanjawan negara oleh YAB perdana menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. setiap kali pembentangan belanjawan, peruntukan pada tentera dianggap peruntukan LEBIHAN. tiada keutamaan yang serius terhadap kebajikan anggota tentera. janji demi janji telah ditaburkan untuk menaiktaraf kehidupan anggota dan keluarga tentera. ini jauh berbeza dengan kehidupan anggota polis diraja malaysia. mereka ini sentiasa mendapat perhatian yang istemewa dari kerajaan terutama UMNO.



adakah kerana pasukan polis ini berkhidmat terus pada kerajaan/UMNO. mereka telah melaksanakan tugas menjaga kepentingan UMNO. menerima arahan dari UMNO tanpa perlu dilakukan siasatan awal. polis telah menggunakan konsep cepat dan cekap. ini lah punca nya pasukan polis sentiasa mendapat perhatian khas dari jemaah menteri UMNO.

tentera terpinggir dalam isu kebajikan. memang tidak dinafikan terdapat pembangunan dalam pasukan tentera, tetapi pembangunan tersebut merupa perkembangan mengikut masa dan situasi saja. tiada pembangunan khas atau peruntukan serta merta saperti yang diberikan pada pasukan polis.

tetapi dalam masa terkini, nampak nya ada usaha untuk menawan kembali hati hati anggota tentera dan bekas bekas tentera apabila timbul isu Mat Indra yang berkaitan dengan PEJUANG tanah air dan Penjajahan oleh british. adakah perhatian ini dapat bertahan lama atau kata melayu 'hangat hangat tahi ayam'.

dalam pembentangan belanjawan kelak - esok kita harap ada peruntukan khas untuk anggota tentera dan bekas tentera. jangan diberikan perhatian apabila timbul isu yang berkaitan dengan kepentingan UMNO. tentera berkhidmat untuk AGUNG dan NEGARA, bukan untuk parti politik. memang benar, tentera tidak menyumbang pada negara dalam bentuk hasil - wang untuk negara. tentera bukan Lembaga Hasil , polis , kastam, UPP atau majlis tempatan yang membuat kutipan dalam bentuk cukai atau denda.

ingat lah, tanpa tentera, negara tidak dapat berfungsi dengan baik, rakyat dapat tidur lena, pelabur luar yakin dengan keselamatan pelaburan mereka dan sebagai nya.




Kami juga rakyat malaysia

No comments:

Post a Comment