Thursday, April 21, 2011

TGHA - president rakyat yg sejati




TG Hadi Awang - presiden PAS adalah merupakan pemimpin dan pejuang yang sejati. kenapa dikatakan begitu, kerana beliau sedia bertanding jawatan presiden jika ada pencalunan. ini menunjukkan beliau ada JATI DIRI dalam menjalankan tugas beliau sebagai presiden parti. beliau telah menunjuk bahawa beliau yakin akan kemenangan nya, kerana beliau telah melaksanakan tugas nya sebagai presiden parti dengan sebaik mungkin. beliau sanggup menerima kekalahan jika benar ada pimpinan lain yang lebih hebat dan berkarisma dari beliau. ini lah contah pemimpin yang utamakan parti dari DIRI SENDIRI.

Tapi malang sekali pada ketika ini terdapat segelintir pimpinan peringkat KAWASAN sudah gundah gulana apabila ada pertandingan untuk jawatan YDP kawasan. lobi melobi mula menular dalam kalangan jama'ah PAS. budaya buruk dan hina UMNO telah dibawa kedalam parti PAS. memburukkan calon yang bertanding telah timbul, pencacai terus memuji pimpinan yang disukai dengan kata kata yang cukup menakutkan. sehingga AJK kawasan memutuskan supaya tiada pertandingan diperingkat tertinggi parti diperingkat KAWASAN. adalah demokrasi dalam PAS sudah mulai hilang ?

pada hemat saya pimpinan yang sebegitu adalah pemimpin yang DAYUS dan hilang keyakinan DIRI. adakah kita perlukan pimpinan SEBEGINI. dia sendiri tidak yakin dengan diri sendiri, sehingga melobi, adakah kita boleh bergantung pada pemimpin yang tiada pendirian ?

FIKIRLAH DEMI PARTI DAN JAMA'AH

TAKBIR














No comments:

Post a Comment