Thursday, April 28, 2011

sekatan di lebuh raya




lebuh raya adalah satu rangkaian jalan raya yang menyambung antara bandar. jalan yang selamat dan diasingkan dari pengguna setempat. tiada simpang diantara perjalanan di sepanjang lebuh raya. perjalanan berterusan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. ini lah yang dinamakan LEBUH RAYA.

apa yg nak dibincangkan pada artikel kali ini ialah 'speed limit' atau 'had laju'. had laju dilebuh raya adalah 110 kmj. terlaju laju kah kenderaan dalam kelajuan 110 kmj ? jawapan nya ia dan tidak. kenapa, ia bergantung pada jenis kenderaan dan kuasa kuda nya.

kenderaan kancil dan viva, sudah tentu kelajuan tersebut laju dan sesuai dengan kuasa kuda yang kecil. tetapi bagi mereka yang memiliki BMW dan mercedes atau audi/volvo, kelajuan tersebut adalah dalam katogeri perlahan sederhana. kenapa, kerana kuasa kuda mereka besar dan kenderaan tersebut direka untuk kelajuan yang tinggi.

kelajuan dilebuh raya 110 kmj, telah menyekat keistimewaan dan hak mereka untuk memandu dikelajuan 180kmj atau lebih. kenapa mereka boleh memandu begitu laju, kerana mereka mempunyai semua ciri ciri keselamatan yang diperlukan saperti
a. air bag - bag angin
b. sistem brek yang bagus
c. tayar yang lebar dan besar untuk cengkaman
d. berat kenderaan juga menyumbang kepada keselamatan pemandu yg mana jika dihentikan dgn serta merta, ia tidak mengeluncur jauh kehadapan.

kenderaan berkuasa kecik ianya ringan dan tidak disediakan ciri ciri keselamatan yang cukup kecuali pembeli membuat tambahan ciri keselamatan. kenderaan yang ringan akan mengeluncur serta akan melanggar kenderaan dihadapan jika berhenti dalam keadaan mengejut.

maka disini kita lihat perbezaan antara kenderaan katogeri 1800cc ke bawah dengan yang tinggi kuasa kuda nya. adalah tidak ada adil bagi yang memiliki kenderaan besar dan berkuasa kuda tinggi memandu 110 kmj di lebuh raya.

kita buka untuk perbincangan






No comments:

Post a Comment