Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT




akhir akhir ini kita lihat satu trend telah berlaku dikalangan umat islam (dikatakan), ia itu BERSUMPAH. bersumpah ini telah menjadi amalan dan mainan bagi setengah mereka untuk menunjukkan bahawa mereka berada dalam keadaan BENAR.

yang ingin bersumpah laknat adalah mereka yang meragukan. saperti saiful - liwat 2, dan terbaharu datuk T, - video lucah. logik nya siapa yang harus bersumpah. yang menuduh atau yang dituduh?

datuk sri jamil khir pula berkata sumpah laknat dibolehkan atas dasar untuk membersihkan nama dan maruah. apakah ini jalan yang terbaik dengan mempermainkan AGAMA untuk melepaskan diri di dunia ini. tidak kah mereka ini takut akan akibat dari sumpah mereka itu. ini lah yang dibimbangi apa akan jadi pada keyakinan manusia di malaysia akan keutuhan dan kesucian agama ISLAM.

sumpah laknat menjadi senjata mainan ketika ini. apa kah apabila telah bersumpah, maka kita telah bersih dari fitnah. saya takut islam akan dipermain kan dan dijual oleh orang islam sendiri yang jahil dalam agama nya.

YA ALLAH, HAMBA MU INI MEMOHON PADA MU, JANGAN LAH KAU BIARKAN MEREKA MEMPERMAINKAN AGAMA MU, YA ALLAH ENGKAU TURUNKAN LAH HUKUMAN YANG JELAS PADA MEREKA YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA MU, JANGAN BIARKAN MEREKA HINA AGAMA MU, YA ALLAH JANGAN KAMI DAN UMAT MANUSIA HILANG KEYAKINAN TERHADAP AGAMA MU, YA ALLAH TUNJUKKAN YANG BENAR PADA MEREKA AGAR MENJADI TELADAN PADA UMAT AKAN DATANG, YA ALLAH KAMI MEMOHON KEAMPUNAN DARI MU AGAR KAMI TIDAK DITIMPA MALAPETAKA ATAS PERBUATAN MEREKA, AMINNNN









No comments:

Post a Comment