Thursday, February 2, 2012

JATI - benarkah bukan ancaman pada PR




sejak dato' hassan ali dipecat oleh PAS, beliau bergerak bebas dan akhir nya telah melakukan 3 'road show'. jika dilihat secara kasar nya, ke3 road show beliau berjaya. ada pemimpin PR yang berceramah dimana kehadiran tidak mencecah 1000 orang pun, tapi hassan ali berjaya mencapai angka tersebut.

PAS kata JATI tidak menjadi ancaman pada PAS, tapi matlamat hassan ali adalah untuk menjatuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). pada hassan ali, PKR adalah parasit pada PR kerana menolak islam dan menggunakan PAS untuk kepentingan politik mereka. kerana PKR lah beliau dipecat oleh PAS. dendam kesumat pada PKR begitu tinggi.

hassan ali adalah merupakan pemimpin PAS yang banyak jasa nya, (jangan lah pulak kerana beliau dipecat, maka jasa nya dihilangkan.) pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai pengikut aliran nya tersendiri. jangan kita nafikan kebolehan beliau kerana beliau tidak bersama kita.

kenapa JATI bukan ancaman pada PAS, kerana hassan ali akan bertanding di kawasan parlimen/dun yg hanya ditandingi oleh PKR. kemungkinan besar isu PAS diperkudakan/diperbodohkan oleh PKR menjadi alasan untuk ahli PAS menyokong beliau dan calon seangkatan dengan nya.

ahli PAS secara umum nya tidak puas hati/marah pada PKR kerana meraka menggunakan isu 'wala' dan tahalluf siasi' untuk mereka bergerak dengan menggunakan jentera PAS. secara am nya PKR tiada jentera pilihan raya mereka secara berkesan kecuali dibantu sapenuh nya olih ahli PAS atas dasar wala' dan tahalluf siasi. tahalluf siasi PAS adalah dalam bentuk kita membantu PKR, tapi PKR tidak perlu membantu PAS. ini lah tahalluf siasi yang berlaku sekarang ini. rata kawasan dan cawangan sedar akan kepincangan dalam sistem tahalluf siara yang diwar war kan oleh PAS.

ini lah isu yang akan dibawa oleh hassan ali. beliau akan mengambil kesempatan diatas sikap tidak puas hati ahli pada sistem 'memperhambakan diri' pada PKR. jelas lagi pada hassan ali, PKR pemimpin mereka lebih cepat menyalahkan PAS terutama dalam isu yang akan tidak membantu mereka. contoh terbaru isu KUIN/ust azizan.

persoalan yang timbul dikalangan ahli diperingkat bawah, benarkah PAS mempunyai kekuatan tersendiri atau bergantung pada kehebatan DSAI.

walaupun hassan ali bukan ancaman pada PAS, kita perlu ingat beliau ada lah ahli PAS sebelum ini dan mempunyai maklumat dalam PAS. harap pimpinan PAS tidak memandang rendah segala tindakan dan ucapan hassan ali.

membangun bersama islam





No comments:

Post a Comment