Thursday, February 9, 2012

bila suami isteri bercerai

gambar hiasan saja

bila rumah tangga bahagia, semua nya manis dan harum. tapi bila sudah bercerai, habis apa yang ada dalam kain didedahkan.

begitu lah yang berlaku pada pak hassan ali. bila dia diceraikan dengan talak tiga, semua yang dilakukan nya selama ini didiamkan, habis dibongkarkan. didedahkan satu persatu oleh bekas suami/isteri nya, kemudian datang pula bekas ipar nya turut sama mendedahkan apa yang dilakukan di belakang suami/isteri.

apabila hassan ali telah berpisah, khalid samad mendedahkan tujuan sabenar hassan ali untuk menjadi MB selangor. kemudian terkini ipar hassan ali, husam musa pula turut dedahkan tingkah laku ipar nya (hassan ali) bertemu dengan UMNO. dan kita tunggu pula ipar mana pula akan mendedahkan perangai buruk ipar tinggal mereka.

apa kah kita rasa bangga terus menerus mengaibkan ipar kita. adakah kita rasa hati kita lega apabila ipar kita itu dihina. tidak kah kita rasa 'berdosa' mengaibkan ipar kita. apa kah PAS menghalalkan tindakan tersebut kerana hassan ali bukan ahli PAS.

jangan kita (PAS) kalah dalam perjuangan hanya kerana saekor dua berok dalam PAS yang merosakkan bunga ditaman.

mari lah kita berdiam diri dari terus mengaibkan orang lain. biarkan lah ipar tinggal kita itu bersendirian, itu lebih baik.







No comments:

Post a Comment