Saturday, February 11, 2012

PAS merisik calon PRU ke13



Pilihan raya ke 13 sudah hampir, jemputan nak dihantar, persiapan kenduri, wang ringgit nak disediakan. calon pinangan belum ada, nafsu sudah membuak buak. Bapa sudah teringin sangat nak bermenantu.

tiba tiba menantu sedia ada (mat sabu) mencadangkan agar PAS masuk meninang duda terbiar (zaid ibrahim) untuk dijadikan calon ipar perempuan nya di kota baharu. apa kah sebenar nya yang membuatkan mat sabu tertarik pada zaid ibrahim untuk dijadikan 'biras' nya.

dalam Islam yang diperjuangkan oleh PAS, segala tindak tanduk mestilah ikut hukum juga termasuk memilih 'menantu' (calon pilihanraya). syarat nya:

1 agama nya
2 rupa nya
3 keturunan
4 harta nya


adakah mat sabu membantu ayah mertua nya untuk memilih calon yang sesuai. atau ada kah mat sabu mempunyai matlamat lain atau kepentingan diri dengan bakal 'biras' nya. mat sabu sudah hilang pertimbangan sebagai menantu sulang dalam memilih calon menantu mertua nya.

ramai ahli PAS berpendapat bahawa mat sabu sudah mencari pengganti kepada menantu tinggal nya (hassan ali) yang sama dan setaraf. adakah mertua nya (hadi) akan terima bakal menantu yang sama perangai 'buruk' nya dengan hassan ali. mat sabu sendiri belum tentu menjadi menantu kesayangan Hadi Awang.

kita berpendidikan asas agama, jangan lah kita suka bercakap kosong saja, kita (mat sabu) orang no 2 dalam PAS, apabila bercakap sebarangan, ia menjadi satu keputusan. jangan tunjukkan baik budi kita sahingga ia menampak 'kebodohan' kita.

kita nak menang dalam pilihan raya ke 13, maka disarankan supaya calon dipilih secara rapi dan tegas supaya kejadian saperti "Ibrahim Ali dan Hassan Ali' tidak berpanjangan dalam masyarakat PAS.

adakah zaid ibrahim sesuai ganti ibrahim ali.





No comments:

Post a Comment