Thursday, February 23, 2012

Peringatan pada PAS, jangan terlambat




PAS di ingatkan agar berhati hati dalam tindakan nya menangi satu satu isu secara kolektif. isu hassan ali telah memberi satu gambaran negatif apa bila tindakan tersebut diambil salepas Azmin ali dari PKR bersuara. kemudian Aziz bari pula cuba kayu sejengkal untuk menjatuhkan MB kedah ust azizan.

PAS dilihat hanya melihat dan tidak bertindak secara positif terhadap kedua isu tersebut dengan memberi 'amaran' pada PKR sudah lebih berdiplomatik. dan isu terkini apabila Anwar sendiri telah mengeluarkan satu 'kenyataan' yang amat membimbangkan seluruh ahli PAS. apabila anwar mengistiharkan akan menyokong keselamat israil jika negara palestin dijamin keselamatan nya.

TGNA telah bertemu secara berhemah dan bersopan serta menghormati kedudokan anwar ibrahim. ini adalah sifat yang mesra ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi PAS. tapi isu kenyataan anwar masih berlegar dikalangan ahli PAS. adakah kita juga secara tidak langsung mengiktiraf keselamatan israel.

PAS dikatakan tetap tidak akan iktiraf israel, tapi bagaimana dengan 'rakan' dalam PR yang mengiktiraf nya. adakah kita (PAS) sudah boleh dikebelakangkan oleh PKR - anwar. apakah kita hanya setakat mendengar penjelasan dari anwar tetapi tidak berdaya menghalang anwar dari terus mengakui akan kenyataan nya.

tindakan berdiam diri dan puas hati setakat diberikan penjelasan, menunjukkan bahawa PAS tiada 'PENDIRIAN' dalam matlamat perjuangan nya. apakah tanpa anwar, PAS akan berkubur, apakah anwar merupakan menyambung 'hayat' PAS dalam arena politik tanah air. apakah anwar itu pemimpin tertinggi dalam PAS. dimana letak nya kewibawaan pemimpin PAS.

jangan lah akhir nya kita PAS dituduh dan dicemoh dengan kata yang kurang enak apabila digelar sebagai 'budak suruhan PKR' saja. Ingat lah para pimpinan PAS, kita sudah berjuang terlalu lama sabelum ujud nya PKR, tapi kini kita menjadi budak suruhan dan herdikan PKR pula. dimana maruah dan kehebatan kita. jangan biarkan kami ahli dibawah menangis disuruh bekerja untuk PKR hanya atas nama wala' .

KEMBALI LAH KITA (PAS) PADA PERJUANGAN ASAL UNTUK MEMBANGUN BERSAMA ISLAM






No comments:

Post a Comment