Wednesday, February 15, 2012

arah tuju perjuangan PAS sudah melencong




hassan ali mendakwa bahawa perjuangan PAS dalam menegakkan syariat dan syiar islam sudah terpesong. beliau menegaskan perkara ini berlaku apabila golongan anwaryyun berada dalam PAS serta menguasai tampuk kuasa diatas.

sejak anwar disanjung tinggi oleh rakyat malaysia dipihak pembangkang, PAS juga turut akui kehebatan anwar. tetapi selama yang diketahui oleh penulis dan disokong oleh hassan ali, anwar tidak pernah secara terbuka menyokong 'hukum islam' dilaksanakan di malaysia atau di kelantan yang dikuasai oleh PAS.

sepanjang 12 tahun kita (PAS) bersama dengan PKR dan kemudian dengan DAP, PAS sentiasa disibukkan dengan perjuangan 'keadilan' terhadap anwar ibrahim. negara terutama Pakatan Rakyat bercakap tentang 'keadilan' pada individu bernama 'anwar ibrahim'. perjuangan untuk menegakkan syariat dan syiar islam juga tertumpu pada keadilan yang akhir nya kepada anwar ibrahim juga.

taksub pada perjuangan menuntuk keadilan, azmin ali mengambil kesempatan mengisytiharkan 'anwar ibrahim' adalah Perdana Menteri Malaysia ke 7. tanpa perlu berbincang dengan rakan dalam pakatan. begitu tinggi nya martabat anwar bila disebutkan nama nya, tiada siapa yang berani membantah walaupun pemimpin tertinggi PAS.

akibat berani nya azmin ali bersuara dan tiada bantahan, beliau lanjutkan kuasa nya dengan memerintah PAS supaya 'mengambil tindakan' terhadap hassan ali yang menginggung atau mengguris perasaan taukeh nya anwar ibrahim. dan arahan nya itu dituruti oleh pimpinan PAS dan hassan ali disingkirkan. azmin ali berjaya dan beliau mencuba lagi melalui aziz bari pula. aziz bari mencabar MB kedah, ust azizan supaya menyertai UMNO jika menyokong AUKU.

tetapi ust azizan bukan dari gerombolan anwaryyun, beliau mencabar kembali aziz bari. tindakan beliau menyebabkan PKR sedar, bahawa mereka masih perlukan sokongan dan kerja dari ahli PAS untuk menang dalam pilihan raya. kelak.

terkini, karpal sink pula mencampuri urusan agama islam. PAS dan ahli nya sudah mula sedar, bahawa selama ini PAS dipergunakan oleh sahabat nya PKR dan DAP selaku kuda tunggangan.
isu 'hari kekasih', haram pada umat islam, kenapa benggali ini sibuk pula untuk menuntut hak asasi manusia. penulis ucapkan syabas pada PAS Pulau Pinang apabila mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka pada DAP.

begitu juga syabas pada PAS kedah apabila memberi amaran pada PKR kedah agar patuh pada pimpinan negeri. tapi malang sekali bagi PAS perak yang masih kelihatan menjaga hati dan perasaan PKR dalam agihan kerusi untuk pilihan raya ke 13. PAS selangor juga dikatakan di sabotaj oleh PKR negeri dalam isu sampah.

bandar baru Bangi yang wakil rakyat nya dari PAS, tetapi kawasan bandaran nya kotor dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan negeri. kontraktor difahamkan cuba memburuk burukkan pentadbiran PAS di Bangi. kenapa bandaran selayang dan kelang boleh bersih. adakah kontraktor nya berbeza. jika ini benar, maka PKR zalim terhadap PAS, maka PKR sama saperti UMNO, dan harus ditentang.

PAS, jangan lah kerana perlukan sokongan dari orang bukan islam, kita terpaksa bertolak ansur dalam urusan agama. haram tetap haram. biarlah kita tidak ke putrajaya, asalkan islam itu tertegak dikalangan umat islam dari kita masuk putra jaya, islam tergadai. jika ini berlaku adalah lebih baik kekalkan pemerintahan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional. islam pun tidak, melayu pun tidak.

penulis seru pada pimpinan tertinggi PAS, kembali lah kita pada landasan yang benar dan biarlah kita berjuangan untuk islam didunia dan akhirat. kalah kita didunia, tetapi dijanjikan kemenangan di akhirat. TAKBIR













No comments:

Post a Comment