Monday, February 6, 2012

kalah - yang mana lebih parah



dalam politik malaysia terkini terdapat dua team yang unggul, ia itu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Pakatan mempunyai tiga komponen ia itu PAS, DAP dan PKR.
dalam pilihan raya juga pertandingan akan berlaku satu lawan satu.
matlamat utama ialah untuk mengalahkan Barisan Nasional/UMNO.
jika PAS berlawan dengan UMNO dan kalah, maka kesalahan, kelemahan dan segala postmortem tertumpu pada jentera pilihan raya PAS itu sendiri.
begitu juga jika DAP tewas, tetapi ini tidak berlaku dalam rakan kita PKR.
kenapa, kerana mereka tiada jentera pilihan raya. mereka bergantung pada jentera p/raya PAS.
jika PAS menang, ahli gembira. bila PKR menang ahli PAS juga turut gembira.
tetapi jika PKR 'lompat', sudah tentu ahli PAS lah yang paling kecewa.

bak kata 'pujangga',

lebih baik kita bertanding dan kalah, dari kita(PKR) menang, kemudian 'lompat'.

mana yang lebih kecewa, kalah kerana kelemahan kita atau kalah kerana wakil rakyat'melompat'.

fikir lah untuk kejayaan






No comments:

Post a Comment