Friday, June 17, 2011

garang dan tegas nya POLIS


kenyataan timbalan ketua polis dato' khalid dilihat tegas dan garang. tetapi ketegasan beliau tidak kena pada tempat nya. garang nya beliau apabila disuruh olih tuan nya - UMNO. beliau diberi makan makanan yang boleh menaikkan semangat. beliau bersedia menyalak dan menerkam dengan menunggu arahan dari majikan nya - UMNO.

kalau beliau seorang yang bertaraf manusia yang waras, beliau akan panggil PENGANJUR untuk mendapat penerangan akan perjalanan himpunan BERSIH 2. beliau boleh membantu program himpunan BERSIH berjalan dengan lancar dan aman. kesan nya
1, peniaga untung kerana kedatangan pelancong tempatan berjumlah 300,000
2. rumah tumpangan atau homestay juga ada penghuni nya
3. teksi dan bas tentu padat dengan penumpang.
4. pelancong asing juga melihat - malaysia sebuah negara demo yang aman

berunding dulu, jangan nak tunjuk garang engkau saja, ingat kesabaran ada had nya, jangan cuba meningkatkan kebencian rakyat pada POLIS.

2 comments:

otaklunyai said...

biasalah... anjing belaan memang garang lebih2 lagi depan tuannya... kalau tuannya tak da ... menchechet dia lari... hari2 tuan dia bagi makan telor supaya lebih garang lagi...

Kolek Kecil said...

Salam ukhuwah.

Pelik dengan kenyataan kesan BERSIH sebab tergantung. Tergantung dan cuma memberi makna tunggal tanpa melihat aspek yang lebih luas.

Definasi 'pelancong' tempatan mesti jelas. Pelancong ialah orang yang datang dengan mencapai tujuan 'lari dari kesibukan dan masalah, 'hendak bersuka-suka @ gembira' dan 'bukan mahu berkonflik'. Dalam kenyataan pertama tu eloklah guna istilah 'sukarelawan' berbanding 'pelancong'. Sukarelawan ini jelas mahu mendatangkan masalah walaupun dah tahu ditegah.

Teksi dan bas padat dengan penumpang. Mungkin betul tapi pergerakan trafik macam mana pula? Ibarat ada lauk yang banyak di depan mata tapi tak dijamah. Mungkin betul teksi penuh, tapi pengguna jalan raya yang lain pun mesti diambil kira. Pernah baca hasil kajian yang menyatakan aliran trafik yang terganggu antara penyebab penyakit stress? 2/3 masa yang diperuntukkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia berkerjaya ialah di jalan raya?

Aman macam mana pun satu-satu demo itu, tak akan datang dengan persepsi baik. Demo wujud sebab 'conflict of interest', yang mempengaruhi perilaku (behaviour) manusia. Ini persepsi asas. Kebanyakan orang yang berdemo ialah orang yang tak mampu mengawal pendirian ekstrim mereka, obsesi terhadap seseorang dan kurang mahir memajukan diri dan keadaan sekeliling untuk perbaiki keadaan.

Ini cuma menjatuhkan nama orang yang berdemo itu sendiri, dan juga nama Malaysia di depan pelancong asing.

Post a Comment