Monday, June 13, 2011

PR pemecah belah


JAMIL KHIR sekali lagi menunjukkan `bijak'nya di dalam isu agama dan politik. Apabila Kerajaan Negeri P.Pinang bercadang untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik AJK Masjid, maka Jamil Khir pun mengaitkan DYMM YDP Agung di dalam isu ini.

Jamil Khir mahu Kerajaan Negeri P.Pinang merujuk dahulu kepada YDP Agung kerana P.Pinang tiada mempunyai Raja yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal agama Islam. Ertinya, untuk menentukan perlantikan AJK Masjid, perlu ada perkenan YDP Agung/Sultan Negeri. Kita mahu bertanya adakah Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan selama ini mendapat perkenan YDP Agung sebelum melantik AJK Masjid?

apa yang jelas disini, apa saja yang dilakukan oleh PR untuk rakyat, mereka akan anggap tidak mengikut undang undang. kerana apa? ini akan merugikan mereka. bab agama kalau ada pemilihan pasti puak UMNO akan melepas, tiada jawatan dalam masjid. tiada jawatan tiada kuasa, tiada kuasa tiada lah segala nya termasuk yang hendak dilelapkan. sama saperti pemilih untuk jawatan di PBT, dilarang kerana mereka puak UMNO akan hilang jutaan ringgit.

No comments:

Post a Comment