Saturday, June 18, 2011

kalau jadi, ia lebih meriah dan ceria




perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan dilancarkan dan berjalan pada 9 julai akan kelihatan amat meriah serta bersemangat apa bila 2 lagi pertubuhan turut serta. difahamkn PERKASA akan turun serta pada hari yang sama tetapi ditempat yang lain, begitu juga PEMUDA UMNO akan perhimpun pada 9 julai juga ditempat yang lain.

ini bermakna ada 3 perhimpunan yang BESAR pada 9 julai 2011. ini adalah satu sejarah pada negara kerana seluruh rakyat turun bersatu untuk menunjukkan kekuatan persatuan mereka. dalam ke 3 perhimpunan kelak, penulis lihat seluruh perniagaan di bandaraya Kuala Lumpur akan menjana ekonomi mereka. bayangkan sekitar 500,000 orang akan berhimpun di sana. ini menunjukkan bahawa Peniaga sudah tentu akan untung berlipat kalai ganda.

persoalan nya kelak adalah perhimpunan MANA yang akan dinamakan 'perhimpunan aman.' pihak polis akan dapat kita lihat di manakah hala tuju mereka dalam menangani isu ini. berapa ribu lagi anggota polis yang akan dikerahkan. ini juga akan memeriahkan suasana dan memberi peluang peniaga untuk naik HARGA.

adakah polis akan mengawal perhimpunan perhimpunan tersebut, atau hanya BERSIH saja diraikan dengan air kimia dan gas pemedih mata.

No comments:

Post a Comment