Tuesday, June 14, 2011

90% kerusi di Perak selesai diagihkan


Pembahagian kerusi bagi tiga komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) sudah 90 peratus selesai manakala selebihnya masih dalam pertimbangan.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, DAP, PKR dan Pas melaksanakan tanggungjawab itu dalam suasana mesra dan bersetuju akan keputusan yang dicapai.

“Jika dilihat secara keseluruhan PR di Perak amat kukuh kerana sikap kerjasama yang diterapkan antara ketiga-tiga parti komponen sangat baik.

“Sejak kerajaan pemerintahan PR diambil alih Barisan Nasional (BN) pada 2008, kami tidak pernah berputus asa malahan meneruskan kempen dan ceramah kepada rakyat bagi menjelaskan situasi politik sebenar yang berlaku di negeri ini,” katanya.

persoalan yang timbul ketika ini adalah kerusi mana yang akan ditandingi oleh Parti berkenaan. pihak PR perlu keluarkan senarai kerusi yang telah selesai diagihkan agar jentera p/raya parti berkenaan boleh bergerak sekarang dengan sepenuh nya. terdapat desas desus pertukaran kerusi, jangan keputusan agihan kerusi dikeluarkan pada akhir masa hampir pada p/raya. ini akan menjejaskan persiapan pada jentera p/raya. contoh nya, DUN Hulu Kinta, 2008 ditandingi oleh PKR, tapi mereka tiada jentera p/raya dan juga ahli, maka PAS minta kembali untuk bertanding di DUN tersebut. majlis PR mesti jelaskan dengan segera agar tidak berlaku sikap menunggu pada jentera p/raya PAS di Hulu Kinta

fahami lah hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS di DUN Hulu Kinta

pilihanraya dikatakan sudah hampir, apa lagi nak tunggu untuk isytiharkan agihan kerusi.




No comments:

Post a Comment