Monday, June 6, 2011

kemana pemimpin perak


selesai sudah muktamar PAS di taman melewar, keputusan sudah diketahui, tapi sayang seribu kali sayang, senarai AJK PAS pusat tiada nama besar dari perak. ada kah ini sebagai petunjuk PAS Perak ketandusan pemimpin besar ? satu ketika dulu nama Dato' Sri Nizar cukup hebat, tapi selepas dua tahun saja, ia hilang dari perhatian perwakilan.

tidak dinafikan, begitu lah hebat dan bijak nya perwakilan memilih AJK Pusat. mereka telah memilih AJK yang benar benar telah berkhidmat untuk Parti dan Masyarakat. wakil dari perak sebenar nya tiada yang menonjol dalam politik. tiada satu kes pun yang bawa untuk diketengahkan samaada dalam parlimen, dewan undangan negeri ataupun di tengah masyarakat.

kita lihat satu contah yang baik ia itu sdr mazlin aliman, bukan YB tetapi mengambil satu juzuk ia itu FELDA utk diperjuangkan. kenapa pimpinan dari perak tidak begitu. banyak isu masyarakat yang boleh diperjuangkan. mahfuz omar dengan KASE nya, kenapa tidak perjuangkan isu tarif elektrik, bekalan air, salah urus pembalakan, sistem pendidikan dan yang berkaitan isu masyarakat - PTPTN/biasiswa.

jangan masih lagi bawa isu lapok saperti "kerajaan haram" di perak dan 'menteri haram'

mungkin kah PAS perak boleh mencapai kemenangan dalam PRU 13 ?



No comments:

Post a Comment