Sunday, June 26, 2011

khairy jamaludin - hero yang sebenar


dato' ambiga telah menerima ugutan berhubong dengan perhimpunan BERSIH. beliau pada ketika ini adalah sri kandi disebelah pembangkang. nama beliau disebut sebut kerana kekal dengan keputusan untuk meneruskan perhimpunan BERSIH. mati bukan halangan beliau untuk terus dengan matlamat untuk mendapatkan satu sistem p/raya yang adil dan bersih serta telus.

dato'(dulu dulu) ibrahim ali juga cuba menjadi jaguh dengan mengisytiharkan PERKASA akan turun dan menentang perhimpunan BERSIH. beliau mengugut akan bertempur denga kumpulan BERSIH jika perlu. kenyataan raja katak ini lebih pada tunjuk lagak saja. ia harap UMNO akan mempertahankan tindakan nya itu. beliau adalah WIRA bagi orang melayu dan UMNO. berbagai golongan mengecam beliau dan menentang rancangan nya. beliau popular dengan sekelip mata atas isu menentang BERSIH.

khairy jamaluddin - menantu pak lah terpinggir pula dalam isu ini. beliau juga mengambil pendekatan dengan mengiystiharkan Pemuda UMNO juga akan turut turun menentang perhimpunan BERSIH. Pemuda akan bermandi darah mempertahankan sistem yang ada sekarang. semangat beliau lebih hebat dari ibrahim ali. tidak cukup dengan turun padang, untuk bertambah hangat lagi, beliau juga menerima sms ugutan sama saperti yang diterima dato' ambiga. itu kata khairy jamaludin, siapa yang tahu.

diantara tiga jaguh ini siapa yang hebat

1 dato' ambiga - terima ugutan dibunuh.
2 dato' (dulu) ibrahim ali - menentang habis habisan BERSIH.
3 khairy jamaludin - terima ugutan dibunuh dan menetang BERSIH habis habisan

keterangan diatas jika diundi, pasti juara nya adalah - KHAIRY JAMALUDIN

pada presiden UMNO, sila ambil perhatian pada ketua pemuda anda, beliau adalah yang sebenar nya WIRA




No comments:

Post a Comment