Wednesday, June 8, 2011

mohon simpati dato' presiden PAS


muktamar PAS ke 57 telah memilih dan melantik kabinet baru untuk menghadapi p/raya ke 13 dengan gandingan padu diantara dua golongan ia itu ulama dan profesional. presiden seorang ulama yang unggul di bantu aktivis yang kental dan berpengalaman. dilihat gerak kerja untuk menawan putrajaya semakin tersusun rapi dan InsyaAllah mendapat sokongan padu dari seluruh jentera dan rakyat.

dalam keadaan kabinet yang kukuh dan padu itu, penulis ingin meluahkan kekecewaan kerana tiada nya wakil dari negeri PERAK. penulis ingin memohon belas ihsan dari Dato' Presiden agar melantik wakil dari Perak ke dalam kabinet PAS yang baru. suara anak perak agar tidak ketinggalan atas kegagalan wakil perak meyakin kan perwakilan muktamar memilih mereka ke dalam kabinet PAS.

tidak dinafikan bahawa wakil dari perak tiada yang unggul, kecuali sdr Idris Ahmad.

untuk renungan dan perhatian

No comments:

Post a Comment