PKR tertubuh salepas insiden DSAI di lucutkan jawatan sebagai TPM dan didakwa liwat serta salah guna kuasa oleh mantan PM Mahathir. 1998/1999 bermula segala gala nya dengan satu gerakan dinamakan 'refomasi'. jeritan pemuda terutama nya telah menaikkan semangat sebilangan pimpinan anti UMNO untuk terus menubuhkan parti baru - Keadilan.
hampir 90% pimpinan Keadilan pada ketika itu terdiri dari mereka yang dilahirkan oleh UMNO dibawah pengaruh DSAI. mereka menyerang majikan lama mereka (UMNO) dari segala segi terutama Ezam md noor dengan kempen 6 kotak keramat nya. tahun demi tahun mereka terus menyerang UMNO/BN dan serangan demi serangan tidak juga dapat menembusi kubu kuat UMNO. dan disini lah bermula nya pimpinan yang lemah kembali rujuk pada 'bos' lama mereka.
satelah hampir 12 tahun Keadilan berjuang menentang UMNO, konsep dan gerakan kerja serta hala tuju perjuangan parti Keadilan masih lagi tidak jelas. pimpinan kanan mula menanam pengaruh dan sudah ada ciri ciri kelompok Anwar dan kelompok 'bebas'. kelompok anwar adalah mereka yang bergantung pada aura anwar dan ketokohan serta hormat nya masyarakat pada anwar. kelompok 'bebas' adalah mereka yang sedang berusaha untuk berjuang bukan kerana individu (anwar) tetapi kerana untuk membebaskan negara dari kemusnahan di bawah UMNO/BN.
pada keseluruhan nya, dari mana kolompok mereka, Parti Keadilan adalah satu parti yang ujud kerana ada nya pemimpin. jika diperhatikan mereka tiada ahli dan penyokong di peringkat bawah (grass root) untuk menjulang mereka naik keatas saperti lain lain parti di malaysia ini. mereka berjuang dan bergerak atas kehebatan individu dalam parti mereka. akhir nya kerana kehebatan pimpinan, mereka sudah menganggap mereka sudah boleh bertanding "dimana saja mereka suka". dikawasan milik tradisi PAS dan DAP, mereka kata mereka ada penyokong dan jentera untuk membantu mereka dalam p/raya. contoh nya, mereka menang besar dalam p/raya 2008.
berikutan kejayaan tersebut, keadilan sudah mula menunjukkan sikap "Besar kepala". mereka mula menuntut dan berkeras untuk terus memiliki kawasan yang mereka telah menangi. tiba tiba, muncul katak katak dikalangan wakil rakyat mereka. melompat serta ada nya paling tragik sekali hingga jatuh nya kerajaan PAKATAN di negeri perak. ini merupakan satu detik sejarah hitam dalam arena politik tanahair.
benarkah keadilan mempunyai ahli di semua peringkat dan mampu berdikari. akan dimuat dalam 'entry' akan datang.
No comments:
Post a Comment