Sunday, November 20, 2011

kelebihan ahli politik PKR

sejak tertubuh nya parti keadilan dalam era reformasi anuar ibrahim, lahir begitu ramai ahli politik dari kalangan mereka di PKR. seawal timbul nya Ezam md noor (senator) hingga lah yang terbaru srikandi PKR siti aishah. mereka ini bukan berpolitik kosong, tapi telah membuat kajian serta perancangan untuk menjatuhkan musuh mereka iaitu -UMNO.

dalam kes feedlot, mereka mengupas dan menyelidik sejarah timbul nya salah laku dalam pengurusan feedlot itu. mereka turun padang, cari sumber yg sahih dan mereka dedahkan pada masyarakat. mereka ini memang hebat dan berkualiti.

tidak ramai kumpulan mereka ini, tetapi pelaksanaan dalam menengahkan isu negara mereka sentiasa kehadapan. tetapi malang sekali, kerana kehebatan mereka ini lah yang menyebabkan ada dikalangan mereka yang dibeli dan sanggup menjual diri demi sesuap nasi yang haram.

tindakan ini lah lahir nya pula kumpulan kedua iaitu kumpulan lompat jauh (katak). zahrain hashim, zulkifli noordin, gopal, ezam, roslan kassim, jamaludin portman, osman jailu dan sebagai nya. kesemua mereka ini ada yang berjuang dalam PKR dari awal nya dan ada yang masuk dari 'perut UMNO'. akhir nya ahli dalam PKR terdiri dari tiga kumpulan
1. lahir dari dalam UMNO.
2. menyertai PKR pada awal penubuhan dalam era 'reformasi'
3. menyertai PKR dari golongan ' non partisan'

ada kah Parti Keadilan Rakyat ini memang hebat dan setanding dengan parti yang lama saperti PAS dan DAP. sudah tentu terdapat perbezaan antara PKR dengan DAP dan PAS. ulasan di entry akan datang.




No comments:

Post a Comment