melihatkan kebolehan Harimau Muda memenangi serta menjuarai sukan SEA, penulis terpanggil untuk memberi sedikit pandangan sebagai penuntun dan peminat. kemenangan melalui sepakan penalti adalah satu kemenangan yg tidak begitu dibanggakan.
keadaan pemain untuk menamatkan 30 minit masa tambahan, dilihat saolah olah saperti terhoyong hayang, sepakan tidak kuat, lemah, passing tidak sampai, lari kejar bola saperti berjalan dan sebagai nya. ini bukan lah penulis pemain yang handal, tetapi ini menunjukkan bahawa pemain negara belum lagi malah jauh sekali untuk bertanding di peringkat Asia.
kekalahan pada syria yg bergolak, tiada imbuhan ratusan ribu, amat memalukan. bermain di padang sendiri, depan penyokong sendiri walaupun tak ramai, baru diumumkan imbuhan 30,000 ringgit setiap pemain, masih lagi tiada semangat. keletihan salepas tamat perlawanan dengan indonesia bukan lah alasan kita keletihan. kalau dibandingkan dengan liga inggeris yang bermain tanpa henti, siapa lah kita 'harimau malaya'.
selagi persatuan sukan negara diterajui oleh orang politik, selagi itu lah sukan negara bangga sebagai "Jaguh Kampung". kalangan asean kita keempat/lima, di peringkat asia kita sasarkan satu/dua saja pingat. wang jutaan habis untuk membangunkan sukan negara, sekolah sukan diujudkan untuk membantu, tetapi tiada hasil yg boleh dibanggakan.
penulis cadangkan adakan satu forum terbuka agar pandangan peminat dapat diluahkan untuk sukan kerana sukan.
No comments:
Post a Comment