Saturday, November 19, 2011

Hina kah Dato' Hassan Ali



sejak program HIMPUN untuk menentang MURTAD, yang Dato Hassan Ali sertai atas kapasiti individu, beliau di kritik dan di hentam 'left and right' oleh beberapa bloggers yang dikatakan pro PAS dan anti UG. sebagai exco agama negeri selangor, beliau bertindak bukan mewakili PAS maupun negeri. beliau hadir atas kesedaran dan tanggungjawab beliau terhadap AKIDAH umat melayu/islam yang sudah dan dalam proses kemusnahan.

kebencian dan penghinaan terhadap dato' hassan ali bermula dari konspirasi gabongan UG yang didakwa dianggotai beberapa pimpinan utama PAS termasuk mantan timbalan presiden malah dato' presiden itu sendiri. tuduh demi tuduhan dilakukan namun ust nasa dan dato presiden senyap, yang masih dimarahi dan dimaki hamun adalah dato' hassan ali sa orang.

pada satu ketika, beliau (hassan ali) mengeluarkan arahan pengharaman jualan arak di semua kedai 7 eleven di shah alam, tetapi tindakan beliau ditentang oleh pimpinan PAS selangor. dikatakan tindakan beliau tersebut mencabul HAK asasi rakyat bukan islam.

kehadiran beliau di perhimpunan HIMPUN menjadi kan beliau tempat maki hamun oleh bloggers pro PAS. dikata hassan ali lebih condong untuk bersama UMNO. tomahan ini disambut oleh dato' hassan dengan ikrar beliau tidak akan sekali kali menggadai akidah beliau kerana 'kemewahan' dunia yang sementara.

dan terbaru, apabila timbul isu penggunaan alat berteknologi tinggi dalam memesongkan akidah umat islam. kenyataan beliau dijawab oleh Dr Asri mantan mufti perlis. dikatakan kenyataan dato' hassan itu menghina umat islam. kenyataan dr asri, apa kah laungan azan dengan menggunakan pembesar suara sudah dapat mengIslamkan oang kafir. ini merupakan satu "statement" yang kebudakan bagi dihujahkan oleh dr asri.

kita mencegah, bukan menghalang penggunaan teknologi canggih dan terbaru. dalam satu kajian, sms memainkan peranan dalam menggoda anak gadis melayu/islam untuk melakukan sesuatu diluar kawalan ibu/bapa. ada cadangan dari bloggers agar alat canggih ini diberikan"tauliah" pula. ini menunjukkan bahawa pembenci dato' hassan sudah singkat dan bertambah dungu dalam mempertikaikan tindakan dato' hassan.

dalam isu "tauliah", kita sedar JAIS dan MAIS dikawal selia oleh UMNO. malah satu ketika kita mengaku bahawa dato' hassan tiada kuasa terhadap kedua jabatan tersebut. kenapa masih timbul lagi soal menganugerahan "tauliah" di selangor dipersalahkan pada dato' hassan.

ada dikalangan bloggers pro PAS yg terlalu rendah moral dan etika nya apabila menyamakan manusia itu saperti 'ANJING dan BABI'. apakah kita bersifat begitu. pada mereka kalau kita tidak bersetuju dengan sasaorang itu, jangan lah dimaki hamun dengan menyamakan dia nya dengan BINATANG.

kita berikan alternatif bukan terus menghentan. kita berikan cadangan bukan menghina. kita nyatakan kebenaran bukan memfitnah. renungkan lah . takbir




No comments:

Post a Comment