Wednesday, May 23, 2012

PAS menjadi suruhan dan penjaga pada PKR



PKR telah berusia hampir 13 tahun, jika di ibaratkan saperti kanak yang sudah lepasi peperiksaan UPSR. sudah tiga p/raya mereka lalui, tapi sahingga kini kelihatan saperti kanak kanak yang masih perlu dipakaikan 'pampers' oleh PAS. perlu disediakan botol susu untuk disusui. perlu dibantu jika ingin berjalan. apa kah boleh kita katakan PKR sudah matang ?

contoh terbaik di Parlimen Tambun, PAS masih lagi memberikan bantuan sahingga ke tahap 90% untuk PKR bergerak. dalam masa yang sama apabila bermesyuarat, mereka PKR masih tidak mengaku akan kelemahan mereka, tetap juga menyatakan bahawa mereka sudah bersedia dengan jentera p/raya mereka dengan kekuatan sepenuh nya.

betapa sombong nya mereka, tetapi kesombongan mereka ini mendapat sokongan dari YDP Tambun merangkap Ketua Cabang 2 PKR tambun. YDP telah mengarahkan keseluruhan ahli dan jentera p/raya PAS menbantu sepenuh nya PKR dalam p/raya kerana alasan nya, untuk menawan PERAK.

mana mungkin kita memberikan kerjasama sapenuh nya begitu saja, jika PAS bertanding di DUN Manjoi, PKR hanya akan membantu untuk 2 UPU tetapi 2 saluran saja. bila PAS Ulu Kinta juga memberi kan alasan akan membantu PKR di 1 UPU dan 1 saluran saja, kerana mereka bertanding di DUN ulu kinta dan parlimen tambun, PKR kata mana boleh.

PAS di DUN ulu kinta tidak dapat mengibarkan bendera kebanggaan ahli PAS dalam p/raya ke 13 kerana tidak bertanding di kedua dua kerusi parlimen dan dun. tetapi YDP merangkap Ketua cabang tetap juga mengarahkan ahli PAS di ulu kinta memberikan bantuan 100% tanpa mengira parti mana yang bertanding. penulis ingin menyatakan disini, kita ada semangat setia pada parti, jika kita diperkudakan, kami akan melawan arus.

selepas 13 tahun PKR bertapak, adakah mereka masih perlu PAS pakaikan 'pampers' dan menyediakan segala keperluan hidup mereka, penulis harap mendapat pertimbangan dari yang berkenaan.

membangun bersama islam




No comments:

Post a Comment