Friday, May 18, 2012

calon untuk PRU ke 13



semua parti yang akan bertanding dalam PRU ke 13 telah menyatakan akan meletak calon yang boleh menang. memang lah itu kehendaki semua parti agar mencapai kemenangan. beberapa kritiria telah digariskan sebagai panduan dalam memilih calon untuk bertanding.

kritiria pertama, calon tersebut mesti lah saorang yang mesra rakyat, popular dikalangan mengundi, selalu mengadakan program untuk masyarakat setempat.

kritiria kedua, seboleh nya calon adalah anak tempatan, dikenali diri nya dan keluarga oleh pengundi. jika calon tersebut dari keluarga yang baik, ini satu peluang besar untuk meraih undi.

kritiria ketiga, jika bakal calon tersebut adalah saorang profesional, saperti dokter, ia mempunyai kelebihan memberikan khidmat masyarakat nya pada pengundi sepanjang masa sabelum P/Raya. adakan klinik bergerak setiap dua minggu sekali contoh nya, hanya rawatan saja, bukan beri ubat.

kritiria ke 4, selalu turun padang, menziarahi masyarakat terutam warga emas, yang sakit, menghadirkan diri dalam majlis saperti kenduri jika di jemput, kematian dan sebagai nya.

penulis lihat kritiria diatas ini lah yang tiada pada calon di DUN Hulu Kinta. kerana apa

pertama, sahingga kini kita tidak tahu siapa bakal calon yang akan bertanding di DUN Hulu Kinta.

kedua, tiada gerak kerja kemasyarakatan dilaksanakan di dun ini kecuali ceramah politik saja.

ketiga, pihak UMNO sudah melangkah jauh kehadapan untuk meraih undi

ke 4, jika ada calon pun, yang didengar secara tidak rasmi adalah yang amat meragukan kebolehan nya dari segi, kemesraan masyarakat, kekukuhan kewangan nya, peribadi nya tidak diketahui oleh pengundi.

kemungkinan akhir nya apa yang akan berlaku, jika calon menang, besar kemungkinan akan 'melompat' kerana kesempitan 'wang', UMNO pasti suka calon ini dan mudah untuk diurus niagakan.

penulis bukan merayu, tetapi minta mereka yang dudok diatas jangan fikir kerana kawan, diberikan nya untuk bertanding walaupun ada seribu masaalah. fikirkan lah usaha dan kerja yang akan disumbangkan oleh ahli untuk menghadapi p/raya nanti. jika berlaku saperti 2008, sia sia kerja ahli PAS dalam usaha untuk memenangkan calon saperti berlaku di Cangkat Jering dan Behrang serta Bagan Serai.

fikr lah untuk kebaikkan PARTI, bukan untuk individu.












No comments:

Post a Comment