Monday, May 7, 2012

ada kah PKR bersama PAS


Lim Kit Siang meluangkan masa nya menziarahi TGNA. ini menunjukkan betapa rapat nya hubongan antara PAS dan DAP. ini juga menunjukkan bahawa PAS dan DAP memang boleh bekerjasama.




pimpinan DAP telah menunjukkan bahawa mereka sudah faham apa itu ISLAM. sudah tidak janggal lagi bagi pimpinan DAP untuk dudok bersama walaupun di dalam masjid. PAS telah berjaya meyakinkan DAP akan kebesaran ISLAM.






dengan dudok dalam kuliah terutama yang dibawa oleh TGNA, maka lebih jelas lah apa itu ISLAM. tidak timbul fitnah lagi saperti yang dibawa oleh UMNO.






kebenaran dan keikhlasan telah timbul, maka bekas menteri UMNO turun menziarahi TGNA.

persoalan nya pada ketika ini ialah tiada kelihatan kunjungan mesra dari pimpinan PKR. jelas bahawa pemimpin PKR merasakan mereka lebih hebat dari pimpinan PAS. mereka (PKR) serba serbi hebat, ini menunjukkan bahawa mereka tidak mesra dengan PAS. APA KAH KITA MESTI IKUT CAKAP DAN ARAHAN PKR.

keangkuhan PKR sahinggakan mereka mengistiharkan Anuar Ibrahim sebagai 'perdana menteri' jika Pakatan memang. pengistiharan ini dilakukan tanpa rundingan dengan rakan dalam Pakatan saperti DAP dan PAS.

pada pimpinan dan ahli PAS, dulu kita dikatakan "kuda tunggangan" DAP, tapi sebenar nya PAS telah diperkudakan oleh PKR. terdapat pemimpin PAS yang sanggunp menjual kedudokan demi menjadi kuda tungangan saperti yang berlaku pada PAS kawasan TAMBUN pada ketika ini



2 comments:

Anonymous said...

1.Pengaihan kuasa perlu ada mechanism dalam persetujuan perlantikan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Sudah semesti nya parti yang banyak meletakan calon menang akan meneraju kepimpinan. 2.Artikel 153 Perlembagaan telah mengariskan penjelasan keutamaan menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.
3. Diandaikan DAP meletakkan semua calon Melayu dan memenangi pilihan raya. LKS sebagai pengerusi DAP tidak boleh menjadi PM.
4. Yang dipertuan Agong membuat perlantikan PM akan merujuk Artikel 153.
5. Situasi yang sama pernah terjadi di Perak bilamana DAP mengatasi semua kerusi kemenangan akan tetapi terpaksa meletakan calon PAS sebagai MB, merujuk artikel 153.
6. Jika PKR memenangi banyak kerusi berbanding PAS, maka pemimpin parti itu layak utk menjadi PM.Begitulah juga jika PAS menguasai banyak kemenangan kerusi.
7. Apa yang penting adalah parti parti ini perlu memecahkan pemusatan kuasa PM untuk mengurangkan jenayah peyalahguanaan kuasa serta rasuah.
8. Begitulah juga kepada pemecahan pemusatan kuasa oleh menteri di kementerian, agar segala berkenaan proses permohonan rakyat kepada system kerajaan perlu mengikut undang undang dan tidak di overite oleh menteri.
9. Jika pembangkang masih meneruskan legasi format kepimpinan BN, maka tiada perbezaan yg dapat rakyat saksikan. Hanya bersalin kulit sahaja.

-Saaya-

Greenboy said...

PASKAWASAN.BLOGSPOT.COM - kenyataan di BLOG ini adalah pandangan peribadi pemilik blog ini dan bukan pandangan PAS Kawasan Tambun : sila rujuk kepada Setiausaha PAS Kawasan Tambun Dan YDP PAS Kawasan Tambun

Post a Comment