Tuesday, July 5, 2011

Gempar - bom dijumpai polis



Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2011/07/05

Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai

KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

jika di ikutkan jalan yang akan dilalui oleh BERSIH, dibuat pemeriksaan, penulis jangka lebih banyak lagi bom dan senjata merbahaya akan dijumpai. polis boleh letakkan BOM dan senjata dimerata tempat dan seterusnya membuat kenyataan tindakan tersebut dilihat oleh '"ORANG"' DALAM KEADAAN YANG AMAT MENCURIGAKAN.

kenyataan begini sentiasa berlaku dan menjadi satu skrip yang tetap untuk pihak polis lakukan. kalau nak HARAMKAN perhimpunan BERSIH, haramkam saja lah. gunakan kuasa dharurat, habis cerita



No comments:

Post a Comment