Tuesday, May 10, 2011

ibrahim ali terbakar




Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada peguam Syahredzan Johan agar tidak menjadi “pengkhianat kepada Islam” ekoran kenyataanya mengenai status Islam dari sudut Perlembagaan Persekutuan.
kita lihat siapa bermain dengan api. umno dengan menggunakan pencacai nya cuba menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang Islam akan isu kristian agama rasmi negara. Sekarang timbul lah perkara yang selama ini tidak dibincangkan oleh masyarakat secara terbuka.
kerana memerlukan undi orang melayu, segala rahsia perlembagaan telah terbongkar. di bincangkan secara formal oleh para cendiakawan.
perdana menteri boleh bukan orang melayu dan islam. agama kristian juga boleh diangkat menjadi agama rasmi, ini semua timbul kerana siapa? kalau bukan mereka yang mendabik dada sebagai pejuang melayu dan islam.

hak orang melayu sendiri mereka gadaikan, sekarang marah bila orang lain tuntut hak mereka. PERKASA bising saperti ANJING menyalak bukit, bukit tak juga runtuh.siapa yang buang BAHASA MELAYU, TULISAN JAWI, BIASISWA,TANAH REZAB MELAYU,

siapa yang menghalang ISLAM berkembang, siapa angkara SURAU DIROBOHKAN, SEKOLAH AGAMA RAKYAT ditindas, MASJID DAN SURAU yang ditadbir oleh orang PAS, dihalang beroperasi dan diarah tutup. penyokong PAS yang berkhidmat dengan agensi kerajaan, di tukar tempat kerja, ditindas secara halus.

terbaru kerana nak menang, umno sanggup memberi kerakyatan pada pendatang, mereka lupa apa yang akan terjadi 10 tahun akan datang. negara kita penuh dengan rakyat berbagai kaum dan bangsa. dulu yang ada melayu, cina, india, sikh dan orang asli di semenanjung. kini akan ada tambahan orang bangla, myammar, burma, nepal dan lain lain nya. 20 tahun kemudian mereka tuntut hak mereka sebagai rakyat malaysia.

siapa kah dalang kepada semua ini. tentu lah UMNO dan PERKASA. siapa pengkhianat yang sebenarya, renung dan fikir lah untuk geneasi kita yang akan datang. akhir sekali pepatah melayu menyatakan,

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI



No comments:

Post a Comment