Monday, January 3, 2011

renungan 03 - tahun tanpa rasuah




alhamdulillah, hari ini hari ke-3 tahun 2011. masih mentah lagi dan boleh dibuat perubahan. apa kata kita mulakan tahun ini dengan slogan dan tindakan kerja tanpa "RASUAH". kita renung seketika, kakitangan kerajaan majoriti nya orang yang mempertahankan ketuanan MELAYU. bila melayu berkuasa, kerja mereka menahan orang yang disyaki bersalah dan perlu dihukum.

agensi penguatkuasa samaada di pusat maupun dinegeri serta majlis tempatan, rata rata nya orang MELAYU. sifat pahlawan dalam diri orang melayu ujud sejak zaman dulu lagi. sifat ini dibawa sahingga ke hari ini. sejarah mengatakan yang buat undang orang melayu dan melanggar undang juga orang melayu. ini lah yang dikatakan KETUANAN MELAYU.

tahan menahan orang secara bebas atau dalam kata yang mudah sesuka hati menjadikan amalan beri dan terima rasuah berlaku. dalam renugan 01 yang terdahulu ada dikatakan sekatan jalanraya mesti dilakukan secara profesional, ia itu sekatan yang dirancang dan teratur. bukan sekatan dengan 2 orang anggota polis bermotosikal sahaja.

banyak berlaku rasuah untuk tidak diambil tindakan pada kesalahan apabila ditahan disekatan. jika tugas JPJ tidak diambil alih oleh polis, kita yakin sungguh, rasuah dapat diatasi. sebagai ulangan dan saranan supaya polis tidak melakukan tugas hakiki JPJ saperti
1. pemeriksaan lesen memandu
2. cukai jalan
3. keadaan kenderaan yang diubah suai
4. asap kenderaan yang melebihi kadar yang dibenarkan - tugas jab alam sekitar
5. pemeriksaan enjin kenderaan
6. kenderaan lebih muatan

perkara diatas yang menjadi tunjang kepada berlaku nya rasuah ia lah pada para 1 dan 2. pihak polis disarankan tumpu pada disipliun jalan raya saperti - cadang je

1. memandu dalam keadaan merbahaya - mabuk
2. pada kelajuan yang melebihi had
3. memotong garis yang tak dibenarkan
4. tidak memakai topi keledar

dengan agihan tugas, JPJ dapat menguatkuasakan undang jalanraya dalam bidang kuasa mereka. JPJ juga nak tunjuk juga kebolehan mereka mengawal serta menyelia kenderaan
kedudukan serta kemewahan anggota juga boleh diambil kira dalam menentukan ia pengamal rasuah atau tidak. jika kakitangan kerajaan atau "makan Gaji" boleh pakai kereta baru berjenama hebat dan tinggal dirumah dengan yang cukup menggerunkan, ini amat meragukan "keadaan nya".

rezeki yang halal menjadikan kehidupan kita tenang dan mendapat berkat. gejala sosial yang luar biasa berlaku pada ketika ini adalah hasil dari makan makanan yang dibeli oleh ibu/bapa pengamal "RASUAH".

apakah itu rasuah - yang mudah adalah - pendapatan yang lebih dari sepatut nya.


takbir

No comments:

Post a Comment