Saturday, January 15, 2011

melayu mudah melatah





pembangkang di selangor pada ketika ini menyerang kerajaan dengan begitu hebat dan bersistematik serta tersusun. mereka mulakan dengan menghantar perancang negeri iaitu khusrin. khusrin ditolak secara total oleh seluruh pimpinan kerajaan selangor.

dato hassan ali bersuara dalam perlantikan khusrin dengan menyatakan jika ia(khusrin) melaksanakan tugas dengan tidak mengganggu pentadbiran kerajaan, kita terima tindakan tersebut.

kenyataan dato hassan tersebut telah disanggah oleh ahli dan pimpinan tertentu dengan melebalkan beliau perancang utama UG. ini adalah kali kedua dato hassan dikritik dengan ungkapan perancang UG selepas mengkritik kerajaan selangor. selepas itu mereka melabalkan beliau sebagai pejuang apabila didapati tindakan beliau adalah benar dan betul.

begitu juga kali ini, beliau disokong pula apabila beliau mengeluarkan arahan menghalang umat islam bekerja di sektor berkaitan arak. apa yang nak dikatakan, ahli dan pimpinan PAS juga cepat melatah dan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan PAS tidak konsisiten dalam perjuangan.

jangan kita cepat menuduh, bertanya akan kebenaran tindakan sebelum membuat kenyataan balas. tunjukan PAS bertindak atas Iman bukan perasaan serta dendam

takbir








No comments:

Post a Comment