Friday, January 20, 2012

wajar kah tol dimansuhkan




memang benar syarikat konsesi lebuh raya sudah untung banyak. ketika ini mereka mengaut keuntungan yang luar biasa dan beberapa cadangan untuk menghapuskan nya telah disuarakan.
terkini, Lim Guan Eng dari DAP menyatakan bahawa jika Pakatan menguasai Putrajaya, tol akan dihapuskan.

ini satu cadangan yang ditunggu tunggu oleh penyokong Pakatan. tindakan yang kurang membebankan pengguna jalanraya/lebuh raya. pengguna bebas bergerak tanpa perlu berhenti untuk bayaran tol.

tetapi apakah tindakan ini tidak menyebabkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan l/raya akan terjejas. kos selenggaraan lebuh raya terpaksa kerajaan tanggung dan kos pengurusan nya juga tinggi. bagaimana dengan kebajikan dan masa depan para pekerja lebuh raya terutama yang berkhidmat di kaunter bayaran, ribuan juga jumlah nya. adakah mereka ini akan diberikan pekerjaan yang lain atau dibiarkan menganggur.

saya mencadangkan jumlah keuntungan yang diperolehi dari tol tersebut dikurangkan dengan mengenakan cas yang minima saperti diturunkan kadar tol sekitar 20% ke 30%. yang lebih utama dalam urusan lebuh raya ini, kerajaan mesti ambil alih sapenuh nya, agar keuntungan nya dapat di agihkan untuk rakyat dalam bentuk pembangunan dan perkhidmatan.

ini satu cadangan dan harap mendapat maklum balas.





3 comments:

Anonymous said...

salam .. untuk pengetahuan kerajaan telah membayar pampasan kepada pengendali lebuhraya melebihi kos penyelengaraan.. sekiranya kerajaan membeli lebuhraya malaysia, kerajaan masih lagi dapat berjimat wang rakyat jika di bandingkan dari kos yang kerajaan bayar sebagai pampasan... untuk keterangan lanjut sila layarai video rafizi ramli...

Anonymous said...

setuju dgn Anonymous di atas.....mungkin tuan punya blog tak tahu hal2 seperti ini.....tingkatkan ilmu sebelum menulis

Anonymous said...

tolong bg link video rafizi ramli!

Post a Comment