Saturday, January 21, 2012

PKR tunjuk PAS cara siapa ada 'kuasa'



hassan ali di lucutkan jawatan exco nya tanpa perlu tunggu rayuan hassan ali pada PAS. alasan nya mudah, hassan sudah dipecat oleh PAS. sama ada hassan merayu atau tidak sahingga tarikh 'keramat' Pas, khalid tidak peduli. memang hebat khalid yang mewakili PKR.

Azmin mengumumkan bahawa DSAI adalah PM ketujuh dalam konvension PKR di Johor. dia angkat ketua nya dengan ego tanpa rujuk pada kawan dalam Pakatan. semua senyap dan kemungkinan besar ramai yang tak berani nak "tegur" azmin. hebat sungguh azmin ali yang mewakili PKR.

Dia orang juga kata, jika DSAI "tiada", Nurul Izzah akan dilantik sebagai pengganti ayahanda nya. memang hebat PKR. boleh buat keputusan dengan cepat dan pantas. semua pemimpin PAS dan DAP "senyap sunyi" tak berkata, lidah kelu untuk berucap.

tiga wakil rakyat nya telah bertukar menjadi "katak" di perak. kerana mereka bertiga dari PKR melompat, jatuh kerajaan Pakatan dan berlaku drama terbaik di "kurun" ini. memang hebat orang PKR. dia lompat, jatuh kerajaan. semua diam tak salahkan PKR. siapa berani kata PKR adalah dari golongan yang sama dengan UMNO, pantang ada pangkat mula nak kaya "CEPAT".

PAS Perak tuntut kerusi "katak" yang lompat, PKR kata itu hak aku. PAS Perak takut dan rujuk perkara ini ke PAS pusat. ahli dan akar umbi di perak sudah tahu keputusan nya. KITA IKUT TAHLUF SIASI, APA YANG MEREKA BERTANDING PADA PRU KE 12, KITA IKUT. TIDAK PERLU TUKAR KERUSI, KITA MESTI TAAT PADA PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA PAKATAN. itu lah skrip yang akan diucapkan oleh "tauke" kecut dalam PAS.

handal atau tidak nya PKR kita lihat dan amati ucapan mereka ini. dalam mesyuarat Pakatan antara PAS dan PKR peringkat Kawasan di Tambun, PAS tambun minta untuk bertanding di kerusi Ulu Kinta, mereka tak beri. alasan nya mereka sudah siap sedia untuk menghadapi PRU13 bila bila masa saja.

kita tanya mereka berkenaan dengan jentera pilihan raya yang dikatakan sudah siap sedia, jawapan yang diberikan adalah sungguh bijak. PAS Ulu Kinta telah siap sedia, jadi itulah jentera pilihanraya PAKATAN (milik bersama PKR) yang akan digerakan. bila kita kata, kita tak akan gerakkan jentera kita, mereka kata ahli PAS berdosa besar kerana tidak "WALA'" pada arahan pimpinan tertinggi PAS. menang mereka, PKR hebat, mereka hebat hebat dan memang hebat.

azmin ali suruh PAS ambil tindak kan pada hassan ali, 2 hari saja selepas itu hassan ali dipecat tanpa diberi peluang saperti digantung dulu keahlian nya. memang hebat azmin dari PKR.

apa kah kepimpinan PAS lebih utama menjaga hati dan sanubari Sahabat terutama PKR. jangan ingat ahli diakar umbi lihat dan diam saja. jangan sampai "wala" ahli pada pimpinan menjadi sampah. kemahuan ahli tamat dengan ucapan "wala". PKR gunakan "wala" yang direka oleh PAS untuk menikam dan memaksa ahli PAS menjadi HAMBA pada ikataan Pakatan untuk bekerja untuk PKR selama lama nya.

RASULLULAH JUGA DITEGUR OLEH ALLAH swt - ada kala nya.

JANGAN JADIKAN UCAPAN PEMIMPIN PAS ITU MACAM ALQURAN, TIDAK BOLEH DITEGUR

JANGAN JADIKAN PEMIMPIN KITA DIATAS SAPERTI NABI TIDAK BOLEH DITEGUR. Auzubilah.

HARAP PEMIMPIN DI ATAS BERCAKAP ATAS KAPASITI KEBENARAN PERKARA YANG BERLAKU DI BAWAH.








No comments:

Post a Comment