Thursday, October 7, 2010

UMNO BODOHKAN WARGA EMAS





Dalam kehangatan dunia menghadapi piala dunia bolasepak, UMNO mencadangkan judi bola dihalalkan melalui syarikat Tan Sri Vincent Tan. Tujuan nya adalah untuk menghalang aktiviti judi haram yg merugikan kerajaan. Hasil cukai judi tersebut boleh diagihkan pada rakyat atau untuk pembangunan. Satu cadangan yg cukup baik pada akal UMNO tanpa tahu hukum halal haram nya.

Atas desakan Pembangkang, akhir nya judi bola tidak diteruskan. Bermula dari sinilah kita lihat puak UMNO mula sedar haram nya judi, haram nya hasil judi, haram nya berjudi serta haram makan hasil judi. Apa bila Kerajaan P.Pinang memberi bantuan RM100 kepada warga emas yang hasil nya dikatakan dari judi, kita sokong apabila UMNO menolak bantuan tersebut.

Persoalan nya sekarang adalah:

1. Adakah pengharaman hasil judi ini diambil berat kerana bantuan/sumbangan nya dari PR
2. Bagaimana dengan sumbangan yang dihulurkan oleh syarikat judi dalam membantu OKU
3. Kenapa RM100 tersebut tidak diserahkan kembali kepada kerajaan P.Pinang yang
memberi nya
4. Kemana kah agak nya wang yang dikembalikan itu digunakan. (wang dikembalikan pada
UMNO)

Disini kita lihat warga emas telah di bodohkan oleh pemimpin UMNO. Mereka dapat percuma wang dari rakyat yang jahil dlm politik dan ugama. Pemimpin UMNO memang perlukan ahli yang jahil dlm politik dan agama supaya mereka sentiasa patuh dan akur dgn kehendak pimpinan mereka.




No comments:

Post a Comment