Wednesday, October 13, 2010

anugerah DATO'




di negara Malaysia ini mempunyai 13 negeri, 1 wilayah persekutuan dan 1 persekutuan (Malaysia).
ada 15 belas tarikh dimana akan ada cuti sempena hari keputeraan ia itu:
a. Hari kesultanan - 9
b. Hari gabenor - 4
c. Hari wilayah persekutuan - 1
d. Hari Yang Di Pertuan Agong - 1

satu hari perayaan dianugerahkan 20 anugerah darjah gelaran DATO'(anggaran), ini menjadikan 300 orang akan dapat DATO' di negara yang kecil ini. Wilayah Persekutuan yang tiada raja/gabenor pun ingin memberi anugerah juga. secara keseluruhan nya anugerah Dato ini terlalu ramai sehinggakan kebelakangan ini mereka tidak menghormati anugerah yang disampaikan pada mereka oleh duli tuanku atau gabenor atau ketua kerajaan.

anugerah ini hendaklah dipandang serius sebagai satu anugerah yang tertinggi dan mahal dari segi penganugerahan nya. maka pemilihan nya juga hendak tidak terlalu longgar umpama koata tahunan atau isi penuh sempena hari keputeraan. biar tiada yang layak pada tahun tersebut di anugerahkan pingat Dato jika tiada yang layak. ini menunjukkan tidak semestinya tiap tahun ada yang layak di anugerahkan Dato'.

anugerah pingat ini juga hendaklah diambil kira jasa mereka terutama pada anak negeri. mana mungkin bukan anak negeri yang tiada jasa dalam negeri tersebut dianugerahkan pingat. contoh nya Dato Ibrahin Ali juga menerima anugerah dari Melaka, jasa nya di mana, adakah beliau menyumbang penbangunan fisikal atau kerohanian di melaka. adakah beliau menetap di melaka dan berjasa pada rakyat melaka.

biarlah anugerah yang diberikan itu mahal nilainya, dipandang tinggi oleh masyarakat, tinggi jasa pada rakyat setempat, tiada jenayah atau maksiat dilakukan nya, taat pada pemerintah, orang politik dan kakitangan kerajaan tidak layak sebenarnya untuk menerima pingat, kerana khidmat bakti mereka itu adalah tugas hakiki mereka. kalau saya jadi pengarah, kejayaan itu dilakukan kerena saya pengarah bukan dermawan.

tulisan ini untuk renungan dan jika terdapat tambahan atau bantahan sila beri komen membina untuk kebaikan kita dan negara





No comments:

Post a Comment