Wednesday, October 20, 2010

harus kah tindakan ini ?





pada suatu ketika dulu, pernah dato' mufti perak dato' sri harussani memberi fatwa bahawa politik hendaklah di sangkut pada pagar masjid atau surau, itu pun kalau ada pagar nya, apabila mengajar pada jemaah. dalam islam politik dan ibadah tidak sama, makna nya sembahyang boleh judi pun boleh - MALAYSIA BOLEH.

mutakhir ini kelihatan perkara tersebut sudah mula diamalkan oleh puak UMNO secara bebas tanpa ada rasa WAS WAS untuk bertanya boleh ke atau tidak. dato' sri zambri menteri besar perak telah menepung tawar serta merenjis tiang seri sebuah rumah yang akan didirikan dalam program rumah bantuan kerajaan. kerja tepung menepung ini telah lama ditinggalkan oleh orang islam sezaman dengan mandi safar - mandi tolak bala sekitar awal 70an.

ini kerja khurafat dan syirik, kelihatan ianya sebagai budaya yang diharuskan. apa kah dato' sri mufti ingin membutakan mata nya dan memekakkan telinga nya dalam isu ini. jangan dalam usia yang sudah lanjut ini dibutakan mata yang belum buta lagi. kita bukan pertikaikan perkara itu berlaku kerana dilakukan oleh UMNO, tapi kerana ia akan menjadi ikutan pada masyarakat awam yang jahil kerana kejahilan UMNO. kalau pemimpin boleh sudah tentu rakyat pun boleh, kan ke Malaysia ini semua Boleh.

kerana ingin mengambil hati rakyat, sanggup kita hancurkan akidah yang menjadi pegangan kita. saya ingin sangat kalau dato' mufti dapat menghuraikan keadaan ini kepada masyarakat yang telah keliru atas tindakan pemimpin yang melaung kan berjuang untuk agama dan bangsa.

TAKBIR

No comments:

Post a Comment