Friday, December 23, 2011

Mahfuz - pemecahbelahkan rumah tangga



Datuk Mahfuz Omar telah menasihatkan pada dato' hassan ali supaya meninggalkan PAS. ini adalah satu nasihat yang cukup tidak beradab. beliau sebagai naib presiden sepatut nya mencari titik penyatuan dan persefahaman. tetapi beliau bertindak menyuruh dato' hassan ali keluar dari parti.

semua warga yang prihatin dengan wala' dalam PAS akan bertanya, apakah datuk mahfuz tidak berfikir sebagai sa orang islam yang beriman. sabelum menghadapi pilihanraya ke 12, semua calon PAS telah bersumpah tidak akan meninggalkan PAS dalam apa jua bentuk kecuali 'kematian'. meninggalkan parti samaada dalam bentuk 'lompat' atau 'keluar' sama saja iaitu maka jatuh lah talak 'tiga' terhadap isteri nya.

disini penulis ingin kan penjelasan dari datuk mahfuz, adakah beliau cuba atau memaksa dato' hassan ali menceraikan isteri nya dengan talak tiga !.

jika datuk mahfuz se orang yang beriman, beliau sepatut nya menasihat dato' hassan ali supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menyebabkan dato' hassan bercerai dengan isteri nya.

disini kita minta Ulama PAS memberi komen terhadap hasutan atau tindakan desakan dari datuk mahfuz supaya dato' hassan ali meninggalkan PAS. apakah tidak berdosa jika kita meruntuhkan rumah tangga saorang insan yang sayangkan keluarga nya?

pada datuk mahfuz, carilah pahala dengan menasihati sesama insan dari menghasut untuk keburukan.

kita jemaah dalam PAS, belum tentu Syurga tempat nya, jika silap, fitnah amalan nya, lebih dulu masuk Neraka dari UMNO laknatullah.

FIKIR LAH UNTUK UMMAH



2 comments:

Anonymous said...

PASal politik pun jatuh talak? Masuk akal ke buat peraturan camni???

Anonymous said...

Mana tuan tahu Org UMNO masuk neraka dulu....siapa kita nak letakkan kedudukkan seseorang ke dalam api neraka? Siapa kita nak kata orang laknatullah...SIAPA TUAN NI???? bukan ke kita sesama mukmin hendaklah berkata baik sesama kita. Banyakkan isytifar tuan...

Post a Comment